Alisson Penjaga Gol Ke-6 Jaring Gol Di EPL, Pertama Melalui Tandukan Dan Memberi Kemenangan

Alisson Becker telah menjadi penjaga gol ke-6 yang menjaringkan di Premier League dan penjaga gol pertama menjaringkan gol melalui tandukan ketika Liverpool menewaskan West Bromwich Albion 2-1.

Selain itu Alisson Becker juga menjadi penjaga gol pertama di Premier League yang telah menjaringkan gol kemenangan yang menukar keputusan seri kepada kkemenangan lalu meraih tiga mata.

Perlawanan antara Liverpool dan Wes Bromwich Albion ini bukanlah satu perlawanan yang akan diingati ramai selepas berlangsung selama selama 6,095 saat.

Namun tempoh enam saat dengan apa yang telah dilakukan oleh Alisson Becker akan kekal dalam ingatan dan memori peminat bola sepak yang menontonnya buat sepanjang hayat.

Sudah pasti dengan dunia media sosial hari ini, memori pada hari ini akan sentiasa diungkit saban tahun apabila tiba tarikh 17 Mei 2021.

Inilah kronologi kisah klasik enam saat untuk masa depan dari Alisson Becker untuk dunia bola sepak:

Minit 94:12 โ€“ Allison Becker yang kebosanan di bawah tiba di kawasan kotak penalti West Bromwich Albion.

Minit 94:17 โ€“ Trent Alexander-Arnold membuat sepakan penjuru.

Minit 94:18 โ€“ Allison Becker melonjak melakukan tandukan ke gawang West Bromwich Albio.

Gol kemenangan melalui tandukan daripada Alisson Becker ini pasti disambut dengan teriakan yang penuh kekaguman tidak kira mereka peminat Liverpool atau pembenci tegar.

Dalam 127 perlawanan bersama Liverpool, Alisson Becker tidak pernah melakukan sebarang percubaan atau menyentuh bola di dalam kotak pasukan lawan sehinggalah perlawanan menentang West Bromwich Albion ini.

Percubaan pertama telah menghasilkan satu percubaan tepat yang membawa kepada jaringan gol. kadar penukaran atau conversion rate 100 peratus.

Tajam bukan dah macam rekod kemenangan 100 peratus Sam Allerdyce ketika menjadi pengurus pasukan England.

Kemenangan ini merupakan kemenangan ke-38 Liverpool di mana mereka memperoleh gol kemenangan pada minit ke-90 atau selepas minit ke-90, 13 kali lebih banyak berbanding pasukan lain.

Arsenal, Manchester United dan Tottenham Hotspur hanya berjaya mendapatkan gol kemenangan pada minit ke-90 sebanyak 25 kali sahaja. Ini gol kemenangan minit akhir bukan comeback.

Fergie time tu menda? Ni Liverpool time.

Peter Schmeichel, Brad Friedel, Paul Robinson, Tim Howard dan Asmir Begovic merupakan lima penjaga yang pernah menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing.

Berikut merupakan enam penjaga gol yang pernah menjaringkan gol di Premier League dari yang terdahulu hingga terkini. Benda jarang-jarang terjadi.

1. Peter Schmeichel (Aston Villa) โ€“ 2001

Peter Schmeichel menjaringkan gol untuk Aston Villa pada 20 Oktober 2001 ketika perlawanan menentang Everton melalui satu rembatan padu voli kaki kanan pada minit ke-90.

Dalam perlawanan ini Aston Villa tewas 2-3 kepada Everton dan gol Peter Schmeichel ini dijaringkan ketika Aston Villa ketinggalan 3-1.

2. Brad Friedel (Blackburn Rovers) โ€“ 2004

Pada tanggal 21 Februari 2004, Brad Friedel yang pada ketika itu beraksi bersama Blackburn Rovers telah menjadi penjaga gol kedua menjaringkan gol di Premier League selepas Peter Schmeichel.

Walaubagaimanapun Blackburn Rovers telah tewas kepada Charlton 3-2 dan hanya nama Brad Friedel tercatat dalam sejarah bola sepak selepas menjaringkan gol penyamaan.

3. Paul Robinson (Tottenham Hotspur) โ€“ 2007

Tottenham Hotspur berjaya menewaskan Watford 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung pada 17 Mac 2007 di mana gol kedua telah dijaringkan oleh Paul Robinson pada minit ke-63.

Gol Paul Robinson menjaringkan gol melalui sepakan percuma dari luar kawasan gol sendiri di mana bola melantun melepasi jangkauan Ben Foster yang keluar agak jauh dari kawasan gol.

4. Tim Howard (Everton) โ€“ 2012

Pada 4 Januari 2012 satu lagi gol ikonik dari seorang penjaga gol telah terhasil menjadi milik penjaga gol Everton, Tim Howard yang melakukan clearance dari jarak 101 ela dengan bantuan angin.

Bola telah melantun ke kotak penalti dan melemaskan penjaga gol Bolton Wanderers, Adam Bogdan namun Everton tewas 2-1 dalam perlawanan ini dan Tim Howard tidak meraikan jaringan ini kerana memahami perasaan Adam Bogdan.

5. Asmir Begovic (Stoke City) โ€“ 2013

Asmir Begovic telah menjadi penjaga gol paling pantas menjaringkan gol iaitu selepas 13.64 saat perlawanan berlangsung dan melakukannya ketika menentang Southampton pada 2 November 2013.

Pada ketika itu gol Asmir Begovic menjadi gol keempat terpantas dalam sejarah Premier League.

6. Alisson Becker (Liverpool) โ€“ 2021

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker telah menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan sekaligus menjadi detik paling gila dalam sejarah bola sepak dunia ketika ini.

Kemenangan dan tiga mata yang amat penting dihadiahkan oleh Alisson Becker bagi mencerahkan peluang Liverpool untuk mara ke Champions League musim hadapan.

Liverpool bermain seperti tiada pedoman dan keputusan seperti sudah pasti akan berakhir dengan kedudukan 1-1 apabila pemain penyerang Liverpool bermain seperti otak ditinggalkan di rumah.

Berbaki beberapa saat sebelum tamat perlawanan, Liverpool memperoleh sepakan penjuru, Alisson Becker naik untuk turut sama menambahkan kepadatan pemain Liverpool dalam kotak penalti.

Sepakan penjuru Trent Alexander Arnold merupakan peluang terakhir Liverpool dan pengadil akan meniup wisel penamat bila-bila masa.

Bola sepakan cantik Trent Alexander Arnold tepat menuju ke arah Alisson Becker yang tidak dikawal mungkin dianggap tidak mampu memberi ancaman.

Tandukan cantik, padu, tepat, sendat dengan sedikit flick daripada Alisson Becker berjaya menewaskan penjaga gol West Bromich Albion, Sam Johnstone.

Seluruh dunia tidak kira peminat atau pembenci Liverpool pasti menjerit melihat jaringan yang penuh dramatik dan agak gila itu.

BACA:ย  Mike Dean Dihentam Kerana Tak Menghukum Alisson Yang Menangkap Bola Di Luar Kotak