Andriy Yarmelenko Tiba Di West Ham Dalam Perjanjian Bernilai £17.5 Juta

Kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham terus memperkuatkan skuad mereka bagi menghadapi saingan liga musim hadapan dengan mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ukraine, Andriy Yarmalenko.

West Ham bersetuju untuk membayar £17.5 juta kepada Borussia Dortmund bagi memperkuatkan lagi jentera hadapan The Hammers yang agak tumpul musim lalu.

Legenda Football Manager, Andriy Yarmalenko akan merumput di England musim hadapan bersama kelab Buih London

Sebaik sahaja kedua-dua buah kelab mencapai persetujuan mengenai yuran perpindahan, Yarmalenko terus menjalani pemeriksaan perubatan di Switzerland, di kem latihan pra-musim West Ham. Beliau dilaporkan telah menandatangani kontrak selama 4 tahun untuk bermain dengan West Ham.

“West Ham merupakan sebuah kelab yang besar dan mempunyai peminat yang bagus. Saya sangat gembira diberikan peluang untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.”

“Semua orang tahu Liga Perdana Inggeris merupakan liga terbaik di dunia dan saya juga tahu West Ham sedang membina satu projek yang mengujakan. Pasukan ini mahu mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan saya teruja untuk  menyahut cabaran tersebut.”

Pemain berusia 28 tahun itu baru sahaja menyertai Borussia Dortmund pada musim panas 2017 tetapi mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab Jerman itu berikutan prestasi hambar dalam Bundesliga musim lepas.

Jack WIlshere pindah tak jauh. Kota yang sama tetapi lencana je lain

Yarmalenko merupakan pemain kelima yang ditandatangani pengurus West Ham, Mauricio Pellegrini sejak mengambil alih tampuk pengurusan daripada David Moyes.

West Ham telah menandatangani pemain tengah Arsenal yang tamat kontrak, Jack Wilshere dan penjaga gol Swansea, Lukasz Fabianski.

Kelab London itu juga berbelanja besar untuk mendapatkan pemain muda Perancis, Issa Diop dari Toulouse dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar £22 juta. Selain itu, West Ham turut menandatangani bek kanan Fulham, Ryan Fredericks secara percuma.

Direktor Bola Sepak West Ham, Mario Husillos berkata sebaik sahaja pihak pengurusan kelab mengetahui Yarmalenko berada dalam pasaran, mereka tidak berfikir dua kali untuk mendapatkan pemain tersebut.

“Yarmalenko merupakan pemain yang kami sedang cari. Beliau merupakan pemain kaki kiri tetapi mampu bermain di sebelah kanan dan juga sangat laju. Beliau amat baik dalam situasi satu lawan satu menentang pemain pertahanan.”

“Yarmalenko akan memberikan lebih banyak pilihan kepada West Ham dari segi serangan dan juga mampu menjaringkan gol dengan banyak. Beliau sangat pantas ketika counter-attack dan berbahaya dalam situasi bola tinggi kerana ketinggiannya.”

Adakah Pellegrini mampu mengulangi prestasi cemerlang beliau ketika bersama Manchester City ?

“Beliau mempunyai pengalaman yang amat baik sebelum ini dimana beliau pernah beraksi dengan beberapa kelab besar dan bersaing merebut piala.”

“Ketika berada di Dortmund, beliau ada menunjukkan permainan yang baik dalam beberapa perlawanan tetapi itu mungkin bukan tahap terbaiknya.”

“Walaubagaimanapun, saya percaya Manuel Pellegrini merupakan jurulatih yang sesuai dengan gaya permainan yang dimiliki Yarmalenko.”

“Saya percaya Yarmalenko menyertai West Ham pada waktu yang tepat. Beliau kini mencecah usia 28 tahun, usia terbaik bagi seorang pemain bola sepak dan kami meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap Yarmalenko musim hadapan.”

BACA:  Klopp Samakan Liverpool Dengan 'Rocky Balboa', Akui Pasukannya Masih Lagi Underdog