Andy Carroll Bakal Melakukan Debut Dalam Saingan UCL Di Usia 33 Tahun

Telah tersebar rumours yang agak mengejutkan berkait perpindahan pemain pada musim panas ini, dengan Andy Carroll dikatakan bakal kembali beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Legenda Premier League itu dikatakan sedang berunding dengan kelab dari Belgium, Club Brugge berkait perpindahan pada musim panas nanti.

Pemain penyerang berusia 33 tahun itu pada ketika ini boleh menyertai Club Brugge sebagai pemain bebas ejen selepas kontraknya bersama West Brom ditamatkan pada penghujung musim lalu.

Andy Carroll bakal menyertai kelab darI Belgium itu dengan perjanjian jangka masa pendek bermula pada musim panas ini.

Hal itu telah didedahkan oleh The Daily Mail, yang melaporkan bahawa Carroll bakal menjalani medical dalam masa terdekat ini sebelum menandatangani kontrak bersama Club Brugge.

Carroll sebelum ini pernah tampil dalam aksi saingan Europa League bersama West Ham dan beliau kini berpotensi untuk membuat kemunculan dalam saingan Champions League andai perpindahan itu berlaku.

Para peminat di media sosial tidak henti-henti menghamburkan pujian kepada bekas bintang Liverpool itu dan mereka turut teruja mahu melihat beliau beraksi di pentas saingan Champions League.

“Carroll bakal mendapat minit permainan dalam saingan Champions League yang lebih banyak berbanding Cristiano Ronaldo pada musim hadapan.”

“Adakah ini boleh dianggap sebagai peningkatan dalam karier dia?”

“Carroll tentu tak sabar mahu beraksi dalam saingan Champions League, setidak-tidaknya dia dapat juga sesuatu yang membanggakan dalam kariernya.”

Bekas bintang Liverpool, Newcastle dan West Ham itu berjaya menjaringkan tiga gol dari 15 penampilan dalam saingan Championship bersama West Brom pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, pencapaian beliau itu dirasakan tidak mencukupi dan kerana itulah West Brom memilih untuk tidak menawarkan kontrak baru kepadanya.

Pada April lalu, pemain penyerang berpengalaman itu mengakui yang beliau masih mahu terus beraksi di bawah kendalian Steve Bruce di Hawthorns.

“Saya cuma mahu tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.”

Jelas Carroll pada April lalu.

“Saya sangat berbangga andai saya dapat kekal, tapi saya hanya mampu tunggu dan lihat sahaja.”

“Saya suka bekerja keras. Saya akan buat apa yang boleh saya buat dan jika saya tak mampu bermain selama 90 minit dan saya akan berikan segalanya selepas 70 ke 80 atau berapa minit sekalipun.”

“Itulah saya, itu tugas yang perlu saya sempurnakan. Saya ada banyak masalah sejak kebelakangan ini, dan semoga saja semuanya tidak berulang.”

“Saya rasa sangat hebat, saya rasa saya terlepas satu sesi latihan dan satu perlawanan musim ini.”

Agak menarik untuk melihat Andy Carroll kembali meneruskan karier profesionalnya di pentas bola sepak Eropah, dan lebih menarik lagi beliau bakal membuat kemunculan dalam saingan Champions League.

Para peminat jelas sekali sangat berharap agar Andy Carroll akan mampu mendapatkan tahap persembahan terbaiknya selepas ini walau beliau pada ketika ini dianggap sudah berada di hujung-hujung kariernya.

Keputusan Club Brugge mahu menandatangani Andy Carroll juga boleh dianggap sebagai keputusan yang bijak dek kerana pemain penyerang itu mempunyai pengalaman yang sungguh dasyat.

Memandangkan saingan liga bola sepak Belgium tidak sekompetetif seperti saingan Premier League, maka tidak hairanlah andai Andy Carroll akan mampu bersinar bersama bakal kelab barunya itu.

Seandainya rundingan tersebut berjaya dimuktamadkan, Andy Carroll sepertinya akan sah menjadi pemain Club Brugge bermula pada musim baharu nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Chelsea Berminat Dapatkan Andy Carroll Secara Tetap