[VIDEO]: Andy Carroll Akhirnya Cetak Jaringan Tercantik Sepanjang Kariernya Dari Jarak 40 Meter

Bekas penyerang Liverpool, Andy Carroll menjaringkan gol jarak jauh menakjubkan apabila menghasilkan bola lambung yang memerangkap penjaga gol lawan untuk kelab baharunya Amiens.

Carrol melambungkan bola dari jarak 40 meter untuk penyudah liar biasa sekaligus membantu kelabnya memperolehi satu mata dalam perlawanan Ligue 2 menentang Annecy.

Carroll menyertai kelab Ligue 2 Perancis Amiens pada 1 September 2023 yang lalu selepas bertindak secara sendiri mengaktifkan klausa pelepasan bersama kelab terdahulu Reading sehari sebelum itu.

Kini berusia 34 tahun, Carroll pernah mencipta nama di Premier League bersama Liverpool, Newcastle United dan West Ham United.

Pemain penyerang itu beraksi bersama Liverpool selama dua musim namun melalui tempoh yang sukar bersama kelab Merseyside itu.

Sepanjang tempoh tersebut Carroll hanya berjaya menjaringkan enam gol daripada 44 penampilan.

Pada musim lalu legenda Premier League itu dikatakan sedang berunding dengan kelab dari Belgium, Club Brugge berkait perpindahan pada musim panas musim lalu.

Perpindahan tersebut bagaimanapun tidak menjadi kenyataan, dan ini bermakna Carroll adalah antara nama besar yang tidak pernah melakukan sebarang penampilan di Champions League.

Carroll sebelum ini pernah tampil dalam aksi saingan Europa League bersama West Ham.

Ini bukan kali pertama Carroll menjaringkan gol cantik. Pada Januari tahun lalu ketika masih bersama Reading Andy Carroll berjaya menjaringkan dua gol yang boleh dianggap sebagai gol tercantik sepanjang kariernya, namun kedua-dua gol tersebut dibatalkan oleh pengadil.

Insiden luar biasa menakjubkan itu telah berlaku pada aksi babak pertama pertembungan bertemu Fulham dalam saingan Championship

Carroll menjaringkan gol dengan menggunakan teknik lipat gulung yang sungguh kemas dan sempurna.

Walau bagaimanapun, gol cantik jaringan beliau itu telah dibatalkan kerana beliau dilihat berada dalam kedudukan sedikit offside sebelum menjaringkan gol tersebut.

Tidak sampai seminit selepas itu, Carroll menjaringkan satu lagi gol yang cukup padu dan diakui antara gol tercantik sepanjang kariernya.

Beliau mendada bola di kawasan berhampiran kotak penalti Fulham, sebelum melepaskan volley yang cukup padu tepat ke penjuru gawang gol.

Walau bagaimanapun, bendera linesman sekali lagi diangkat kerana mendakwa beliau berada di kedudukan offside.

Reading dalam perlawanan tersebut telah dibelasah tanpa belas oleh Fulham dengan mereka tewas 7-0 di halaman sendiri.

BACA:Β  Calvin Ramsay Dedah Sebab Utama Mengapa Beliau Memilih Liverpool