Andy Robertson Melalui 10 Hari Yang Paling Mengecewakan Sepanjang Kariernya

Andy Robertson mengakui yang beliau pada ketika ini sedang melalui 10 hari terakhir yang paling menyakitkan sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.

Hal ini kerana beliau berdepan tiga kekecewaan dari tiga pertandingan berbeza baik di peringkat kelab mahupun negara.

Ketua pasukan kebangsaan Scotland itu merupakan antara pemain yang turun beraksi ketika kekalahan 3-1 mereka bertemu Ukraine di peringkat separuh akhir pusingan play off kelayakan Piala Dunia.

Ia bermaksud harapan Scotland untuk kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat pertama kali selepas 24 tahun terkubur selepas mereka disingkirkan oleh Ukraine.

Ia jelas sekali satu hal yang sangat mengecewakan untuk Andy Robertson kerana gagal membawa skuadnya untuk beraksi di pentas Piala Dunia di Qatar nanti.

Walau bagaimanapun, lebih pedih untuk Andy Robertson beliau sebelum itu turut gagal untuk membantu Liverpool memenangi gelaran quadruple pada musim ini.

Manchester City berjaya mengesahkan kejuaraan mereka menjuarai saingan Premier League musim ini selepas mencatatkan kemenangan dramatik menewaskan Aston Villa pada hari terakhir saingan liga musim ini.

Sejak dari itulah awal mulanya satu demi satu kekecewaan hadir menimpa kem Liverpool, terutama Andy Robertson.

Selepas kegagalan beliau membantu Liverpool memenangi gelaran Premier League, Robertson turut gagal membantu skuadnya mencatatkan kemenangan dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

Kekalahan 1-0 bertemu Real Madrid menyebabkan Liverpool gagal untuk membawa pulang gelaran Champions League ketujuh dalam sejarah mereka itu.

Walau turun sebagai calon kegemaran untuk muncul juara, namun Liverpool terpaksa akur barisan pertahanan Madrid dan Thibaut Courtois terlalu handal untuk ditewaskan.

Malang terus menimpa Andy Robertson selepas beliau berdepan satu lagi kekecewaan kerana gagal membawa Scotland beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Pemain berusia 28 tahun itu turut teruk dihentam oleh para penyokong Scotland yang menganggap beliau tidak bersungguh-sungguh dalam perlawanan terbesar negara mereka itu.

Selepas melalui segala hal tersebut, jelas sekali Andy Robertson pada ketika ini sedang sangat berduka dan menderita mengenangkan apa yang sudah berlaku dalam tempoh 10 hari terakhir ini.

“Secara peribadi, ia merupakan 10 hari paling sukar sepanjang karier saya dalam dunia bola sepak. Sudah tentu ia satu hal yang sangat mengecewakan. Emosi, mental, fizikal segalanya. Jadi ia memang hal yang tak baik.”

Jelas Robertson.

“Tapi sejujurnya, saya akan uruskan itu dengan diri saya sendiri, saya akan pergi dan fikirkan tentang hal itu sendiri.”

“Saya sangat kecewa untuk semua pemain di sana. Jelas sekali saya sangat terdesak mahu bawa mereka ke Piala Dunia dan bermain di pentas terbesar dalam dunia bola sepak.”

“Walau bagaimanapun, sedikit malang untuk kami kerana kami gagal.”

“Tapi kita perlu bersedia untuk hadapi yang seterusnya di masa hadapan. Inilah perjalanan dalam dunia bola sepak antarabangsa, orang semakin berusia dan kamu tidak akan tahu bila kali terakhir peluang itu akan datang kepada kamu. Kerana itulah ia sangat menyakitkan.”

Ada segelintir penyokong Scotland yang mendesak agar Andy Robertson digugurkan dari terus menjadi ketua pasukan mereka selepas mempamerkan aksi mengecewakan di Hampden Park itu.

Gol jaringan Andriy Yarmolenko, Roman Yaremchuk dan Artem Dovbyk sudah cukup untuk membantu Ukraine layak ke perlawanan akhir bertemu Wales.

“Kami bermain dengan tidak cukup bagus untuk melayakan kami berhak mara ke peringkat seterusnya.”

Sambung Andy Robertson lagi.

“Kami tak bersungguh mengawal bola, kami lambat bertindak. Kebiasaannya dalam perlawanan seperti ini, pasukan yang lebih pantas yang akan menang dan itulah yang berlaku.”

“Kami tidak bermain cara permainan bola sepak kami sehingga ia sudah terlambat. Kami tahu mereka akan bersungguh tapi kami tak mula beri tekanan sehingga 15 minit terakhir kami sudah ketinggalan 2-0 dan kami baru mula mengejar dan hal itu menyebabkan kami beri ruang untuk mereka lakukan serangan pantas.”

“Tapi kami terpaksa menekan dan kami sebenarnya bermain dengan baik pada 15 minit terakhir, tapi itu tak cukup bagus untuk menang perlawanan ini.”

Robertson pada ketika ini masih kekal lagi dianggap sebagai pemain left back terhebat dalam dunia bola sepak dengan beliau musim ini membuat 46 penampilan bersama Liverpool.

Beliau berjaya menjaringkan tiga gol dan turut berjaya mencatatkan 15 assists dengan 10 darinya berjaya beliau lakukan dalam saingan Premier League.

Hanya rakan sepasukannya, Trent Alexander Arnold dan Mohamed Salah yang berjaya mencatatkan lebih banyak assists berbanding beliau dalam saingan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Robertson Harap Isu Kontrak Salah Diselesaikan Dengan Segera