Antonio Conte Sedia Bekhidmat Untuk Man Utd Dengan Beberapa Syarat

Bekas pengurus Itali, Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte dilaporkan sudah bersedia untuk berkhidmat dengan Manchester United dengan memberikan beberapa syarat yang mudah tapi tidak mudah.

Ahli Lembaga pengarah Manchester United dilaporkan telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masa depan pengurus berwajah bayi mereka, Ole Gunnar Solskjaer yang semakin mengarut kerjanya.

Menurut laporan daripada satu sumber yang entah boleh dipercayai atau tidak, Antonio Conte terbuka dan bersedia untuk menerima tawaran menggantikan Ole Gunnar Solskjaer namun ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi Setan Merah.

Namun setakat ini tiada lagi lamaran rasmi kerana Manchester United tidak lagi membuat keputusan untuk memecat atau mengekalkan Ole.

Nama Antonio Conte terus berada dalam tangga carta teratas dalam senarai pengganti Ole Gunnar Solskjaer selepas Manchester United lunyai diperlakukan oleh Liverpool.

Oleh kerana kekalahan kini menjadi santapan maka masa depan Ole bersama kelab semakin goyah ini sekaligus membuka peluang untuk Conte mengisi jawatan yang bakal kosong itu.

Berdasarkan laporan Manchester Evening News (MEN), Antonio Conte terlebih dahulu mahukan jamin mengenai hala tuju kelab dan beliau tidak akan terpengaruh dalam membuat keputusan berdasarkan ‘Kuasa Pasaran’.

Sebagai pengurus bertaraf elit, Conte mahukan kuasa penuh untuk membuat keputusan akhir mengenai perpindahan pemaim dan situasi mudah ini menjadi agak rumit buat Ed Woodward yang masih lagi bergelar naib pengerusi kelab sehingga penghujung tahun ini.

Ed Woodward meletakkan jawatan pada april lalu selepas terlibat dalam cubaan untuk mewujudkan Liga Haram, Super League dan kedudukan sebenar Ed Woodward akan diketahui pada hujung tahun ini.

Antonio Conte terkenal dengan sikap tegasnya dalam pemilihan pemain yang wajib mengikut selera beliau dan jika ada yang tidak dipenuhi Conte tidak teragak-agak untuk berundur.

Musim panas lalu menyaksikan Antonio Conte dan Inter Milah sah bercerai selepas mencapai persetujuan bersama dan punca penceraian ini adalah disebabkan oleh masalah kewangan kerana kekurangan wang.

Penceraian tercetus apabila Antonio Conte mahukan kelab mengeluarkan dana bagi membeli pemain baru untuk memperkuatkan lagi pasukan untuk mengekalkan kejuaraan domestik dan mencabar kejuaraan Eropah.

Manakala pihak kelab mahu menjual beberapa orang pemain dan mengumpul dana sebanyak €80 juta dan perkara ini tidak dipersetujui oleh Conte mungkin kerana Romelu Lukaku turut mahu dilepaskan.

Inter Milan perlukan dana segera €80 juta bagi melangsaikan hutang jangka pendek mereka yang telah tiba masanya untuk dibayar yang dilaporkan berjumlah €100 juta.

Secara logiknya jika kelab menjual pemain untuk membayar hutang maka tidak akan ada dana untuk Conte mendapatkan pemain baru yang pasti sudah ada senarainya.

Romelu Lukaku pemain yang kembali mendapat rentak menjadi mesin pencetak gol di Itali nyata sedih dengan berita ini dan Lukaku sendiri telah dijual kepada Chelsea.

Antonio Conte dan Inter bersetuju untuk berpisah, dengan pengurus berusia 51 tahun itu menerima pembayaran sebanyak €7 juta (£6 juta) serta masih mempunyai satu tahun kontrak dengan gaji € 13 juta setahun.

Antonio Conte terkenal dengan kemampuannya yang mempu memberikan kejuaraan dalam masa singkat kepada kelab jika semua permintaan mampu dipenuhi dan tidak teragak-agak untuk pergi jika hati terluka dan tidak dituruti.

Antonio Conte telah membawa Inter Milah menggondol kejuaraan Serie A bagi musim 2020/21 sekaligus menamatkan penguasaan Juventus yang telah menjuarai Scudetto selama 9 musim secara berturut-turut.

Kejuaraan sembilan kali Juventus secara berturutan dimulakan oleh Antonio Conte sendiri pada tahun 2012 sebelum disambung Max Allegri dan Maurizio Sarri.

Kali terakhir Inter Milan bergelar juara pada tahun 2010 di mana Jose Mourinho bersama Samuel Eto’o, Wesley Sneijder dan Patrick Vieira mencatatkan kejuaraan treble.

Ada yang berpendapat Conte bukanlah seorang calon yang sesuai dan tepat lantaran rekodnya yang tidak lama ketika menguruskan sebuah kelab walaupun mampu membuahkan kejayaan segera,

Jodoh Conte tidak lama bersama kelab lantaran keinginan dan permintaannya gagal dipenuhi dan jika ini tiada masalah buat Setan Merah, Conte adalah calon yang tepat.

BACA:  Man United Akan Menyesal Tidak Lantik Antonio Conte