Antonio Tak Mahu Liverpool Juara EPL Kerana Perangai Penyokong Mereka Yang Macam Sial

Penyerang West Ham United, Michail Antonio telah menjelaskan bahawa dia tidak mahu Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Perkara itu dinyatakan dengan terbuka oleh bintang West Ham itu yang menyatakan bahawa dia penuh percaya bahawa perkara itu akan berlaku.

Sentimen Antonio berpunca daripada diejek oleh penyokong Liverpool pada awal kempen. Antonio koyak diejek peminat Liverpool selepas dia pada awal musim menyatakan West Ham jauh lebih bagus daripada Liverpool.

Ini kerana musim lalu West Ham sangat cemerlang dan menjadi juara UECL. Itu yang membuatkan Antonio sangat yakin bahawa Liverpool akan berada di bawah tapak kaki West Ham.

Antonio malah menyatakan bahawa West Ham akan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini di atas Liverpool.

Antonio ketika itu berkata: “Saya yakin dengan diri sendiri tentang Liverpool. Kamu tahu tak, saya sebenarnya berpendapat kami akan menamatkan saingan di atas Liverpool musim ini. Saya letakkannya di sana.”

Tidak lama selepas itu West Ham menentang Liverpool. Dan malangnya West Ham telah dikalahkan 3-1 oleh The Reds dalam perlawanan di mana dia terlepas peluang besar pada awalnya.

Kemudian West Ham dibelasah pula 5-1 dalam saingan Piala Carabao. Membuatkan nama Antonio terus diejek oleh peminat Liverpool.

Liverpool kini mendahului kedudukan liga dengan West Ham di tempat keenam dan walaupun selepas empat bulan, Antonio terus menerima komen troll  daripada peminat Liverpool di media sosial, menyebabkan dia tidak menyukai penyokong Liverpool.

Baginya penyokong Liverpool tak rileks dan pendendam. Mereka turut berterusan menghantar mesej mengejek Antonio.

Dia beberapa kali membalas mesej itu dengan menyuruh peminat peminat itu berambus dari kotak mesejnya.

Bercakap mengenai podcast Footballers’ Football, Antonio meluahkan perasaannya terhadap peminat Liverpool, berkata: “Saya tidak mahu Liverpool memenangi liga kerana anda peminat Liverpool masih berada di dalam peti mesej saya. Pergi berambus la wei! Saya mengatakannya dengan penuh kepercayaan dalam diri saya. Saya tidak mahu Liverpool memenangi liga!”

Antonio kemudian menyatakan dia tak takut dikecam. Kerana dia benar benar mahu Arsenal atau Manchester City yang akan memenangi Liga Perdana Inggeris pada akhir musim ini.

“Ayuh datang la. Arsenal dapatkannya. Man City, dapatkannya. Itu sahaja yang saya perlu katakan tentang itu!”

Kemudian Callum Wilson turut menyatakan bahawa dia turut menjadi mangsa kecaman Liverpool. Hanya kerana dia berada dalam perbincangan tersebut dengan Antonio sebelum ini.

Adakah Michail Antonio akan melihat hasratnya tertunai pada akhir musim ini?

Kerana kini Liverpool kehilangan ramai pemain mereka kerana kecederaan dan pemain utama mereka Mohamed Salah serta Wataru Endo telah pergi menyertai kejohanan serantau bersama negara masing masing.

Terbaru Liverpool kehilangan Trent Alexander Arnold pula. Membuatkan mereka terpaksa memanggil mana mana calon SPM atau STPM untuk bersama sama dengan pasukan utama.

Dan mungkin ini peluang terbaik West Ham dapat memintas Liverpool. Kerana mereka hanya dibezakan 11 mata sahaja.

West Ham di bawah bimbingan David Moyes bukan calang calang pasukan. Mereka antara pasukan yang mampu membuat kejutan ke atas lawan mereka.

Mereka menang ke atas Man United dan Arsenal sebelum ini. Itu sudah cukup memberikan peminat Liverpool amaran bahawa West Ham dan Antonio boleh membantu City atau Arsenal menjuarai EPL.

West Ham berpotensi besar untuk membuatkan Liverpool keciciran mata selepas ini.

BACA:  Tindakan Pep Guardiola Menolak Antonio Selepas Tamat Perlawanan Mencuri Perhatian Peminat