Jawapan Padu Antonio Kepada Penyokong Yang Menganjing Beliau Tanpa Belas

Michail Antonio memberi jawapan padu ketika ada penyokong Eintracht Frankfurt yang menceroboh masuk ke padang untuk menganjing beliau.

Selepas tamat aksi kekalahan West Ham di tangan Eintracht Frankfurt dalam aksi saingan Europa League, salah seorang peminat yang menceroboh masuk ke padang telah mengganggu Michail Antonio.

Ia jelas sekali detik yang sangat mengecewakan untuk skuad West Ham pada hujung minggu lalu, selepas perjalanan cemerlang mereka dalam saingan Europa League musim ini terhenti di peringkat separuh akhir.

West Ham melalui musim yang sungguh luar biasa menakjubkan di pentas bola sepak Eropah, namun sayangnya mereka tewas di tangan wakil Bundesliga itu.

Skuad kendalian David Moyes sememangnya turun dengan misi wajib menang dalam perlawanan tersebut selepas mereka mencatatkan kekalahan 2-1 ketika aksi di London Stadium.

Walau mereka hanya memerlukan satu gol untuk comeback, namun bukan mudah sebenarnya untuk The Hammers melakukan hal itu apa lagi kerana mereka turun beraksi di halaman lawan.

Malang untuk West Ham apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Aaron Cresswell dilayangkan kad merah pada minit ke-19 permainan.

Dengan West Ham terpaksa bermain walau kekurangan seorang pemain, ditambah pula mereka perlu menang dalam perlawanan ini, ia jelas satu tekanan yang sangat luar biasa untuk para pemain.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, West Ham turut terpaksa bermain tanpa pengurus mereka ditepi padang selepas David Moyes turut dilayangkan kad merah.

Wakil dari saingan Premier League itu terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 di tangan Eintracht Frankfurt seterusnya tersingkir dari kejohanan.

Selepas tamat perlawanan, para penyokong Frankfurt mula menceroboh masuk ke padang untuk meraikan kejayaan mereka layak ke perlawanan akhir pertama mereka di pertandingan Eropah sejak 1980.

Salah seorang dari penceroboh padang itu menghampiri Michail Antonio dan menganjing pemain West Ham itu tanpa belas.

Rakaman itu menunjukkan bagaimana penyokong tersebut menjerit-jerit, ‘Macam mana bro!, Apa jadi bro!’ seperti dirasuk.

Pemain penyerang kebangsaan Jamaica itu kemudiannya dengan tenang menjawab:

“Duit masih cukup bagus.”

Hal itu bukanlah satu-satunya insiden menarik yang berlaku dalam perlawanan ini dengan Declan Rice turut tampil memaki hamun pengadil perlawanan kerana ketidakadilan beliau mengadili perlawanan tersebut.

Jesus Gil Manzano merupakan pengadil dalam perlawanan tersebut dengan beliau juga merupakan individu bertanggungjawab yang melayangkan kad merah pada Cresswell.

Rice jelas sekali tidak gembira dengan mutu pengadilan dalam perlawanan tersebut dengan beliau kemudiannya dilihat memaki hamun pengadil tersebut dan turut menganggap beliau memakan rasuah.

Pemain berusia 23 tahun itu didengari telah menyatakan bahawa:

“Pengadil sangat teruk, sepanjang malam ia sangat teruk!”

“Bagaimana kamu boleh seteruk itu? Sejujurnya saya rasa kamu dibayar. Rasuah jahanam.”

Kekalahan itu bermaksud skuad kendalian David Moyes itu terlepas kesempatan untuk menjuarai saingan Europa League musim ini.

Ia juga secara tak langsung menggagalkan impian untuk menyaksikan perlawanan akhir all British memandangkan Rangers turut berjaya layak ke pentas perlawanan akhir selepas menewaskan RB Leipzig.

Selain gagal untuk menjuarai saingan Europa League, West Ham turut terpaksa akur harapan mereka untuk beraksi di pentas saingan Champions League musim depan juga turut semakin samar-samar.

The Hammers pada ketika ini sedang bersaing rapat dengan Arsenal, Tottenham Hotspur dan Manchester United untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Arsenal dan Tottenham Hotspur sepertinya lebih berpotensi untuk layak dengan West Ham dan Man Utd perlu bersaing untuk memburu slot ke Europa League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Aksi Penjaga Gol Paul Pogba Bantu Antonio Jana Hampir RM1.4 Juta