Pemain sayap Manchester United yang telah dibeli dari Ajax dengan harga pecah kepala pecah muka, £86 juta telah dilabel sebagai ‘pemain bola sepak Youtube oleh Darren Bent.
Pemain berusia 22 tahun itu hanya menjaringkan tiga gol dan tiada assist di Premier League sejak dibeli dan kritikan padu datang dalam aksinya ketika Manchester United tewas 3-2 kepada Arsenal.
Antony gagal memberi sebarang pengaruh apatah lagi impak dalam perlawanan itu untuk membolehkan Setan Merah meraih kekalahan kelima musim ini.
Pemain Brazil itu sebelum ini telah dibandingkan dengan pemain Arsenal yang gagal teruk dan flop Nicolas Pepe selepas Manchester United sekadar seri menentang Crystal Palace.
Former Aston Villa centre-forward Gabriel Agbonlahor has slammed Manchester United winger Antony and compared him to Arsenal flop Nicolas Pepe. https://t.co/5Z6aGdah00
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 19, 2023
Darren Bent yang merupakan bekas penyerang Tottenham dan Aston Villa itu turut menggelarnya sebagai ‘pemain bola sepak YouTube’ dalam penilaian kejam apabila menganalisis persembahannya.
“Semua helah dan flick, tiada hasil pada saat ini,” katanya kepada talkSPORT.
“Dia melakukan semua perkara ini tetapi dia tidak akan melepasi sesiapa. Ia bukan seperti dia melakukan helah untuk memanipulasi bola untuk melepasi seseorang, dia hanya melakukannya untuk kepentingannya.”
“Sedikit seperti putaran, pada masa itu saya seperti ‘ah ayolah ia hanya putaran’.”
👀 “All tricks & flicks, no substance.”
😳 “People would call those players YouTube footballers, is that him? A bit…”
Darren Bent hasn’t been impressed at all by #MUFC’s Antony so far pic.twitter.com/7m8sgTi9Tw
— talkSPORT (@talkSPORT) January 23, 2023
Darren Bent merasakan segala skil yang dilakukan Antony dalam permainan tiada guna langsung hanya untuk menunjuk-nunjuk dan tidak berjaya melepasi seorang pun pun lawan.
Hos Andy Goldstein bertanya kepada Bent sama ada dia menggambarkan pemain sayap Man United itu sebagai ‘pemain bola sepak YouTube’ dan dia menjawab:
“Sedikit ya. Anda merakam semua aksi terbaik pemain bola sepak dan anda melihatnya di YouTube dan berkata ‘wow, saya tidak percaya kami menandatanganinya!”
“Tetapi di mana intinya, di mana produk akhir? Saya tahu dia bermula dengan baik di United, beberapa gol yang baik, tetapi di manakah produk akhirnya?”
Antony’s end product has been questioned despite his ‘tricks and flicks’ at Manchester United #MUFC https://t.co/o0rNU6E0yT
— talkSPORT (@talkSPORT) January 24, 2023
Apa yang dilakukan Antony di dalam padang adalah perkara tidak perlu dan jika diletak di Youtube dengan sedikit suntingan ia akan menjadi sangat menarik hakikatnya di padang tiada hasil.
Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand juga telah menyatakan kebimbangan terhadap Antony dan senada dengan Darret Bent apabila mendakwa Abtony tidak ‘menewaskan sesiapa’.
“Dia tidak menewaskan sesiapa dan saya duduk di sana berfikir, ‘Adakah itu selalu begitu? Saya telah melihat klip dia ketika dia di Ajax dan dia adalah seseorang yang pernah mengalahkan pemain lawan.”
“Saya melihat Thomas Partey, yang saya tidak akan meletakkannya sebagai pelari pecut, telah berjaya melepasinya, dan saya berfikir, ‘Wah, dia (Antony) tidak mempunyai banyak kuasa di kakinya!”
'He can't beat anyone' – Rio Ferdinand criticises Manchester United ace Antony #mufc https://t.co/pZd7qNwmWW
— Man United News (@ManUtdMEN) January 23, 2023
Keraguan yang ditimbulkan Rio Ferdinand ini jelas, apabila seorang pemain sayap yang licik dengan skil penuh berseni sepatutnya mampu menewaskan pemain lawan untuk mencipta assist atau menjaringkan gol.
“Dia seorang pemain sayap yang licik, tetapi dengan pemain sayap yang licik anda mahu mereka sebolehnya menewaskan pemain pertahanan.”
Di sebalik prestasinya, Antony sudah mempunyai lima gol dalam semua pertandingan atas namanya, setelah menjaringkan gol pada penampilan sulungnya menentang Arsenal dan terbaru menjaringkan gol menakjubkan menentang Charlton dalam Piala EFL.
Namun itu tidak cukup kerana tugas utamanya adalah membekalkan bola ke dalam kotak penalti lawan sebanyak yang mungkin namun dia sendiri bergelut untuk melepasi lawan dengan skil-skill yang tidak mendatangkan hasil.