Arsene Wenger Berlari 8 Hingga10 KM Setiap Hari Pada Umur 69 Tahun

Sekiranya anda memerlukan motivasi untuk berlari, ingatlah bahawa bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger berlari 8 hingga 10 kilometer setiap hari walaupun sudah mencecah usia 69 tahun.

Dalam satu temu ramah bersama The Guardian, Wenger bercerita mengenai kehidupannya selepas setahun meninggalkan kerjaya sebagai pengurus bola sepak. Pada Mei 2018, Wenger meninggalkan Arsenal selepas 22 tahun berkhidmat untuk kelab tersebut.

Wenger tinggalkan Arsenal selepas 22 tahun berkhidmat, menjadikan beliau pengurus asing paling lama berkhidmat di England.

“Saya banyak membaca, dan melakukan banyak aktiviti sukan yang lain setiap hari untuk mengisi masa lapang.”

“Saya berlari 8 – 10 km setiap hari . Saya banyak melancong. Saya juga menyaksikan banyak perlawanan bola sepak, perlawanan amal, terlibat dalam banyak persidangan bola sepak mengenai pengurusan, motivasi dan juga erti hidup.”

“Secara peribadi, saya juga tidak tahu apa makna semua ini. Saya sentiasa berada dalam tekanan yang sedikit tetapi apa yang baiknya, saya tidak lagi perlu bangun pada awal pagi. Saya juga tidak lagi perlu meningalkan sesi makan tengah hari atas sebab komitmen.”

“Saya akhirnya merasai nikmat mempunyai masa lapang. Ia merupakan perasaan yang baik.”

Mengenai masa depannya dalam bidang pengurusan, Wenger buat pertama kali mengakui beliau mungkin tidak akan menjadi pengurus lagi selepas ini tetapi tidak menolak kemungkinan mencuba peranan baru.

Wenger berlarih 8-10 km setiap hari walaupun sudah mencecah usia 69 tahun. Paduu

“Saya ingat saya akan kembali sebagai pengurus secepat yang mungkin, tetapi saya menikmati masa yang terluang ini.”

“Sekarang saya berada di persimpangan.”

“Anda akan melihat saya dalam bola sepak lagi. Sebagai pengurus…. saya tidak tahu.”

“Tahun ni, saya banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan, persidangan dan saya menyukainya. Saya berasa lebih gembira tidak lagi menjadi tumpuan media dan tahap stress juga berkurangan.”

“Saya mempunyai perspektif yang lebih baik tentang apa yang berlaku. Saya melihat kesilapan yang dilakukan pengurus lain tanpa perlu membayar kesilapan tersebut.”

“Saya berada pada tahap dimana saya ingin berkongsi tentang perkara yang saya belajar sepanjang saya hidup. Kerana saya rasa hidup saya hanya berguna jika saya berkongsinya dengan orang lain.”

“Bola sepak masih lagi kegilaan saya. Saya akan kembali tidak lama lagi – tetapi saya tidak boleh beritahu atas kapasiti apa.”

BACA:  Wenger Pernah Ramal Perpindahan Messi Dan Ramos Pada Hari Ini