Arsene Wenger Merungkai Punca Kesenduan Liverpool Musim Ini

wenger

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang sememangnya seorang pakar bola sepak telah merungkai persoalan ramai akan punca membawa kepada kesenduan Liverpool musim ini.

Aksi Liverpool di padang sejak awal musim sangat tidak meyakinkan dan serba tidak menjadi, kehebatan Liverpool hanya tersisa di bibir peminat mereka yang angkuh dengan sembang kencang.

Liverpool sangat bergelut dan gagal mempamerkan aksi konsisten dan selepas 7 perlawanan the reds berada ditangga ke-9 dengan mengumpul 10 mata sehaja, 11 mata dibelakang pendahulu liga, Arsenal.

Perlawanan menentang Brighton merupakan kekecewaan terbaru Liverpool yang mencipta kebangkitan selepas ketinggalan, Brighton berjaya menyamakan leat permainan kedudukan untuk berkongsi mata.

Kekecewaan dirasai oleh peminat Liverpool dan terus hidup dalam penipuan lalu telah memuji Leandro Trossard sebagai pemain hebat kerana berjaya mencetak hatrik.

Skrip sama penyokong seperti musim-musim lalu apabila mereka tewas dengan mengangkat pemain lawan sebagai hebat paling tidak pun akan mengaku sebagai mangsa VAR serta pengadil.

Kegembiraan penyokong Liverpool hadir dengan kekalahan Manchester United kepada Manchester City yang merupakan satu keputusan yang sudah dijangka.

Bercakap kepada beIN Sports, Arsene Wenger menyatakan punca yang membawa kepada kesenduan Liverpool adalah kerana ketidakmampuan Darwin Nunez menyesuaikan diri dengan cepat di England.

“Ia sesuatu yang sukar untuk difahami. Mereka mempunyai pemain sama yang menjadi tonggak dan bermain dengan gaya yang sama.”

“Mereka kini kurang efisyen untuk memenangi kembali bola berbanding sebelum ini.”

“Darwin Nunez pula ketika ini tidak berfungsi untuk mereka dan mereka telah melakukan pelaburan besar. Nunez hanya duduk dibangku simpanan.”

Selain itu kehilangan Sadio Mane yang menjadi tonggak penting sejak bermusim lalu yang memilih untuk ke Jerman bersama Bayern Munich antara faktor utama di mata Wenger.

“Mereka kehilangan Sadio Mane yang merupakan pemain handalan tingkat atas, pemain perlawanan besar. Mane mempunyai sesuatu, sikap yang agresif dan keazaman.”

“Mane akan menjaringkan gol tidak kira apa yang terjadi, dia akan menjadikan sesuatu itu menjadi realiti.”

“Sangat sukar untuk dikira berapa banyak pemergian Mane memberi kesan. Mereka merindui sesuatu yang telah mereka miliki sebelum ini.”

Mane telah menjaringkan 23 gol untuk Liverpool musim lalu merentasi semua pertandiangan dan secara keseluruhannya telah menjaringkan 120 gol sepanjang kariernya bersama Liverpool.

Jadi tidak pelik jika Liverpool merasakan mereka telah kehilangan sesuatu kerana telah hilang punca kepada penghasilan gol.

Darwin Nunez pula hanya menjaringkan dua gol sahaja selepas 7 perlawanan dan kebanyakkan perlawanan hanya masuk dari bangku simpanan walaupun pembeliannya adalah untuk menjadi mesin gol.

Mohamed Salah juga mengalami kesenduan walaupun menjadi penjaring terbanyak Premier League musim lalu, sejak tahun 2022 menjelma Salah tidak prolifik seperti tahun-tahun sudah.

Roberto Firmino menjadi penyelamat Liverpool dari terciduk teruk apabila menanggung bebab untuk menjadi penjaring dan telah menjaringkan 5 gol setakat ini.

Barisan pertahanan Liverpool juga tidak lagi kebal, Virgil Van Dijk hampir saja bertukar menjadi Harry Maguire dengan beberapa siri aksi kelakar.

Pemain muda berbakat dan kapten masa depan Liverpool, Trent Alexander Arnold juga tidak terlepas menjadi lubuk kerana umum sedia maklum akan kualiti pertahanannya yang merupakan tugasan hakiki sangat lemah berbanding serangan.

Namun Liverpool mungkin dapat mengulangi pencapaian musim lalu yang sendu namun berjaya bangkit untuk mengejar City sehingga hari terakhir musim.

Dua musim yang lalu juga Liverpool hampir kehilangan slot Eropah namun sempat mengejar di penghujung musim untuk mara ke final musim lalu.

BACA:  Vieira: Wenger Berhak Tentukan Masa Depannya Bersama Arsenal