Ramalan Wenger Pada 2016, Takuma Asano Bakal Jadi Penyerang Masa Depan Ternyata Benar

Ramalan Arsene Wenger yang dibuat pada tahun 2016 mengenai pemain Jepun, Takuma Asano yang dikatakan bakal menjadi penyerang masa depan ternyata benar.

Perkara ini kembali menjadi bualan terutamanya di kalangan peminat Arsenal selepas Jepun berjaya mencipta kejutan besar di Piala Dunia 2022.

Jepun bangkit untuk membenam Jerman selepas ketinggalan satu gol dengan dua jaringan yang dijaringkan dalam tempoh 8 minit sahaja.

Gol kemenangan Jepun itu telah dijaringkan oleh Ritsu Doan dan juga Takuma Asano yang merupakan bekas pemain Arsenal.

Takuma Asano yang merupakan pemain kebangsaan Jepun telah diikat oleh Arsenal pada tahun 2016 yang pada ketika itu masih lagi dibimbing oleh Arsene Wenger.

Baru berusia 21 tahun ketika itu, Takuma Asano telah ditandatangani dengan reputasi yang cerah tetapi kariernya di Stadium Emirates tidak berjalan seperti yang dirancang.

Bercakap mengenai perpindahan itu selepas terlepas perpindahan bintang Leicester Jamie Vardy, Arsene Wenger berkata:

“Takuma adalah penyerang muda yang berbakat dan sangat sesuai untuk masa depan.”

“Beliau mempunyai permulaan yang mengagumkan dalam kariernya di Jepun dan kami berharap dia berkembang dalam beberapa tahun akan datang.”

Ternyata ramalan Arsene Wenger mengenai wira Jepun yang membuka peluang Jepun ke pusingan kalah mati semakin cerah itu ternyata benar.

Takuma Asano membuktikan kata-kata Arsene Wenger di pentas paling tinggi dalam carta bola sepak iaitu Piala Dunia membenam pula gergasi Eropah, Jerman.

Penyerang Jepun berdepan dengan isu permit kerja dan tidak dapat beraksi walau satu perlawanan pun bersama Gunners menyebabkan dia pergi ke Jerman bermain untuk Hannover dan Stuttgart secara pinjaman.

Tiga tahun selepas menyertai Gunners, Asano berlepas ke Partizan Belgrade dengan perjanjian tetap dan terus menjadi pemain utama dengan 22 jaringan dalam 56 perlawanan.

Dan kini berusia 28 tahun, dia kembali ke Bundesliga untuk bersama Vfl Bochum dan Asano sudah menjadi nadi pasukan Jepun sejak tahun 2015 lagi.

Takuma Asano telah menjaringkan gol kemenangan Jepun dengan menewaskan Manuel Neuer dari sudut sempit dan sukar menjadikan gol kemenangan itu lebih istimewa.

Masuk pada minit ke-57 dari bangku simpanan, Takuma Asano memberi impak segera yang merancakkan bahagian serangan Jepun.

Takuma Asano telah melakukan 5 percubaan untuk Jepun ketika menentang Jerman termasuklah gol kemenangan pada minit ke-83.

Dalam perlawanan itu juga tiada pemain Jepun yang berjaya melakukan lebih dari satu percubaan.

Jerman 1-2 Jepun

Jerman tumbang 1-2 kepada Jepun dalam perlawanan di atas kertas sepatutnya menjadi milik mereka dan dalam padang juga hampir menjadi milik mereka kecuali sentuhan penyudah.

Perlawanan di antara Jerman dan Jepun menjadi perlawanan pembuka tirai bagi kumpulan E yang turut dihuni Costa Rica dan satu lagi gergasi Eropah, Sepanyol.

Jelas permainan menjadi milik Jerman yang menguasai 3/4 perlawanan di mana Jepun hanya mampu berkampung di kawasan sendiri.

Jerman akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan melalui sepakan penalti yang telah disempurnakan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-33.

Penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda, telah menjatuhkan David Raum dua kali berturut-turut, kali pertama kelihatan seperti David Raum bersimulasi namun yang kedua jelas ada sentuhan ketika bola sudah tiada.

Minit ke-60 Gundogan hampir menggandakan kedudukan dengan rembatan jauh yang dinafikan tiang walaupun semua sudah tertewas.

Jepun membalas dengan satu serangan balas pantas yang tidak menepati sasaran.

Selepas sejam permainan berlalu, jelas Jepun menukar mode mereka kepada mode menyerang dan pada minit ke-75 Ritsu Doan berjaya menyamakan kedudukan.

Hanya empat minit diperlukan Ritsu Doan berada di padang untuk memberi impak. Semangat Samurai terus meningkat, Jerman terus ditekan.

Pada minit ke-83 seorang lagi pemain gantian yang masuk pada minit ke-57, Takuma Asano membawa perubahan untuk Jepun bangkit berada di depan.

Satu kebangkitan sensasi telah dicetuskan oleh Jepun dengan dua gol terhasil dalam tempoh 8 minit sahaja untuk meraih tiga mata berharga.

Kesebelasan Utama Germany: Neuer, Sule, Rudiger, Schlotterbeck, Raum, Kimmich, Gundogan, Gnabry, Muller, Musiala, Havertz.

Pemain Simpanan: Ginter, Kehrer, Goretzka, Fullkrug, Gotze, Trapp, Klostermann, Brandt, Hofmann, Sane, Gunter, ter Stegen, Adeyemi, Kotchap, Moukoko.

Kesebelasan Utama Japan: Gonda, Sakai, Itakura, Yoshida, Nagatomo, Tanaka, Endo, Junya Ito, Kamada, Kubo, Maeda.

Pemain Simpanan: Kawashima, Yamane, Taniguchi, Shibasaki, Doan, Mitoma, Minamino, Morita, Tomiyasu, Asano, Machino, Ueda, Schmidt, Soma, Hiroki Ito.

BACA:  Pembantu Jurgen Klopp Dilaporkan Bakal Menjadi Pengurus Arsenal Yang Seterusnya