Arturo Vidal Sunting Gambar Pemain Brazil Jadi Badut

Telah berlaku drama kontroversi antara bintang Chile, Arturo Vidal dengan beberapa orang pemain Brazil di media sosial ketika ini, selepas The Selecao berjaya menewaskan Chile 1-0 awal pagi tadi.

Chile jelas gagal untuk menewaskan Brazil walau skuad Samba turun dengan tidak membawa skuad terbaik mereka dalam aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Walau turun tanpa kelibat ramai pemain utama, Brazil tetap berjaya mencatatkan kemenangan selepas Everton Ribiero menjaringkan gol pada aksi babak kedua perlawanan tersebut.

Kemenangan itu jelas satu hal yang sangat manis untuk Brazil yang turun tanpa sembilan pemain utama mereka kerana terikat dengan peraturan Premier League.

Premier league tidak membenarkan para pemain untuk terbang ke negara zon merah, bagi mengelakan pemain menjalani sesi kuarantin wajib di UK.

Dan itu bukanlah satu-satunya alasan mengapa kemenangan itu dianggap manis untuk mereka. Bermula pada Julai lalu, ketika kedua-dua pasukan dipertemukan di peringkat suku akhir, saingan Copa America.

Dalam perlawanan itu, Brazil turut berjaya menewaskan Chile, namun pasukan pelawat mengkritik kemenangan mereka dan menganggap pengadil punca Brazil menang.

Ketua pasukan Chile, Arturo Vidal kemudiannya memuat naik status di laman instagram miliknya dengan menulis:

“Jumpa kamu di Chile dengan tidak ada bantuan.”

Ia jelas ditujukan kepada skuad Brazil dan Vidal juga turut menganjing mereka seolah kemenangan mereka hanya atas bantuan dari pengadil perlawanan.

Richarlison yang juga merupakan sebahagian dari skuad Brazil ketika menewaskan Chile dalam saingan Copa America, menangkap layar muat naik Vidal dan jelas sekali beliau menunggu masa yang sesuai untuk menganjing semula bekas bintang Barca dan Juventus itu.

Sebaik kejayaan Brazil menewaskan Chile awal pagi tadi, Richarlison memuat naik gambar tangkap layar tersebut, dan ia jelas mendapat perhatian dari Vidal.

Vidal kemudiannya memuat naik gambar Richarlison namun beliau menyunting gambar tersebut dengan meletakkan kepala badut di muka bintang Everton itu.

Ia merupakan sebuah drama yang sangat kontroversi telah dicetuskan antara kedua-dua pemain tersebut, dan jelas sekali ia manis untuk Richarlison dan sedikit pahit untuk Vidal.

Dalam keadaan Vidal yang sudah koyak, Richarlison kemudiannya membalas muat naik bintang Chile itu dengan memuat naik meme yang membawa maksud, ‘kami dapat dia’.

Kedua-dua pihak tidak henti-henti saling menganjing antara satu sama lain, dan mereka saling banter membanter secara terbuka di media sosial.

Jarang untuk peminat melihat drama seperti ini dalam dunia bola sepak hari ini. Mungkin peminat boleh tanya Roy Keane adakah beliau akan memuat meluahkan kekecewaanya di laman instagram selepas tamat perlawanan….

Sementara Richarlison tidak boleh beraksi bersama skuad Brazil ketika bertemu Chile awal pagi tadi, sahabat beliau Neymar mencetuskan kontroversi di atas padang.

Bintang PSG itu bersemuka dengan Vidal dan mengungkit semula muat naiknya pada Julai lalu dengan menyatakan, ‘Si lemah cuba untuk tunjuk kuat, dengan si kuat kekal percaya pada takdir.”

Komen tersebut kemudiannya di muat naik bersama gambar Neymar ketika melepasi Vidal, yang melakukan slide tetapi tidak mengenai sasaran.

Richarlison bersama rakan senegaranya yang beraksi dalam saingan Premier League sangat berharap agar mereka akan mampu untuk diturunkan pada Mac nanti.

Yang mana pemain mungkin boleh melihat sambungan episod drama ini pada ketika itu, dan mungkin Vidal bakal mencari alasan baru untuk terus mencipta kontroversi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Arturo Vidal Berminat Untuk Sertai Newcastle United