Vidal & Boateng Kecam Mutu Pengadilan Berkenaan Insiden Bola Terkena Tangan Marcelo

Arturo Vidal dan Jerome Boateng mempersoalkan mutu pengadilan pegawai perlawanan ketika Bayern Munich disingkirkan oleh Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Bayern Munich terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, Joshua Kimmich selepas kelam kabut dalam kotak penalti Real Madrid. Kegembiraan Bayern tidak bertahan lama kerana Karim Benzema berjaya menanduk masuk untuk memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Tangan ref !!! REF GILO

Kesilapan penjaga gol Bayern Munich, Sven Ulreich menahan dengan baik hantaran dari rakannya mengundang padah dengan Benzema pantas menghukum kesilapan tersebut untuk gol kedua Real Madrid dalam perlawanan tersebut.

Pemain Real Madrid yang kini dipinjamkan kepada Bayern, James Rodriguez berjaya menjaringkan gol pada babak kedua untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2. Bayern yang ketinggalan 3-2 secara aggregat terus menekan Real Madrid menyedari mereka hanya memerlukan satu gol sahaja lagi untuk layak ke perlawanan akhir.

https://twitter.com/SalahEnthusiast/status/991404638107852800

Tetapi barisan pertahanan Real Madrid yang dipimpin Sergio Ramos kukuh bertahan sehingga tamat perlawanan untuk mara ke final Liga Juara-Juara buat kali ke-3 berturut-turut. Ini merupakan kali ke-2 berturut-turut Bayern Munich tumpas di tangan Real Madrid di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Real Madrid boleh dikatakan agak bernasib baik berjaya menyingkirkan juara Jerman tersebut kerana Bayern Munich dilihat pasukan yang lebih kuat sepanjang pusingan ini. Kesilapan individu daripada Rafinha dan Sven Ulreich menjadi punca mengapa Bayern tersingkir lagi sekali di tangan Real Madrid.

Selain itu, anak buah Zinedine Zidane turut mendapat ‘keistimewaan’ daripada pengadil perlawanan, Cuneyt Cakir terutamanya insiden bola terkena tangan Marcelo dalam kotak penalti Real Madrid tetapi pengadil enggan melayan protes pemain Bayern.

Selepas tamat perlawanan, Marcelo berkata beliau bernasih baik pengadil tidak memberikan penalti kepada Bayern walaupun mengakui bola mengenai tangannya dalam kotak penalti dan wajar diberikan penalti.

Boateng dan Vidal antara pemain Bayern Munich yang lantang bersuara di media sosial mempersoalkan keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah. Kedua-dua pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan timbal balik kerana masalah kecederaan.

Vidal menerusi akaun Instragram melabel keputusan pengadil untuk tidak memberikan penalti sebagai ‘shit’ atau dalam Bahasa Melayunya, tahik.

Walaupun tewas, Boateng sempat memberikan ucapan tahniah kepada Real Madrid atas kejayaan mereka mara ke final walaupun hati masih panas.

BACA:  Pochettino Jadi Sasaran Real Madrid Untuk Ganti Tempat Zidane