Lionel Messi telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik untuk menerima anugerah utama FIFA Best, menewaskan pesaing terdekatnya seperti Erling Haaland dan Kylian Mbappe.
Bintang Argentina yang memiliki koleksi lapan trofi Ballon d’Or itu memenangi anugerah tersebut buat kali ketiga sepanjang kariernya.
Walaupun tidak beraksi di liga dan pertandingan yang kompetitif seperti di Eropah setelah menyertai Inter Miami pada musim panas lalu, Messi tetap menjadi pilihan untuk anugerah tersebut sejak dari awal.
Haaland pula merupakan tunjang utama Manchester City memenangi treble pada, menjuarai Premier League, Piala FA, dan Champions League pada musim lalu.
🚨
Haaland's father after Lionel Messi was announced as the winner.
His reaction tells us everything. pic.twitter.com/vfHeg6pU5z
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) January 15, 2024
Manakala Mbappe membantu PSG menjuarai Ligue 1 selain Trophee des Champions.
Messi terus menggemparkan dunia bola sepak walaupun Inter Miami mengakhiri musim 2023 dengan mengecewakan apabila sekadar menduduki tempat ke-14, iaitu tempat kedua tercorot di Eastern Conference.
Dan ketika nama Messi diumumkan sebagai pemenang, ayah kepada Haaland, Alf Inge menunjukkan memek muka tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Erling Haaland's father still can't believe that Lionel Messi won FIFA THE BEST twice, because of a world cup he won two years ago.😭 😭
I'm sorry football authorities failed your son sir😭pic.twitter.com/3MSASnVxb7
— CR7's PR manager (@RONALDOthabeast) January 15, 2024
Messi tidak menghadiri majlis yang diadakan di London itu dan Thierry Henry secara sukarela naik ke pentas bagi mewakili kapten skuad kebangsaan Argentina itu menerima trofi.
Legenda Arsenal itu kemudiannya sempat berseloroh kepada penyampai trofi, Rashmin Chowbury dengan berkata:
“Malam ini seseorang masih perlu naik ke pentas untuk menerima trofi, bolehkah saya?”