Bagaimana Ozil Boleh Terlepas Peluang Yang Terhidang Luas?

Bagaimanakah Mesut Ozil boleh terlepas peluang terbuka ketika gawang telah terbuka seluas-luasnya tanpa pemain pertahanan dan penjaga gol yang masing-masing sudah kehilangan posisi mereka?

Mesut Ozil belum menjaringkan sebarang gol atau mencipta sebarang bantuan gol sejak menyertai Fenerbahce pada Januari lalu selepas pembatalan kontrak bersama Arsenal yang lemah dan lembik.

Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol apabila memperoleh peluang yang terbuka dan besar.

Tindakan pemain Antalyaspor yang bermain hantaran ke belakang selepas ditekan pemain Fenerbahce nyata mengundang padah dan petaka.

Hantaran penjaga gol Antalyaspor kepada pemain pertahanan bertukar menjadi bala apabila bola dihantar tepat ke kaki Mesut Ozil yang tidak dikawal.

Antalyaspor dengan mudah kehilangan bola dan Ozil menerima bola di luar kotak penalti dan ketika itu penjaga gol Antalyaspor berada di luar posisi beliau.

Pemain pertahanan jugak pecoh berai dan konsep sek kito jange pecoh tidak diamalkan dan Ozil mempunyai masa untuk menjaringkan gol dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun sentuhan pertama Ozil yang kelaut membuatkan Ozil tidak mempunyai masa yang cukup dan rembatan Ozil lalu sipi sahaja ke tepi tiang. Lagu mana la buleh tak gol.

Seminit sebelum terlepas peluang terbesar itu, Ozil telah dinutmeg oleh pemain Antalyaspor.

Kalau lah Ozil terus merembat sejurus bola tiba ke kaki beliau sudah pasti gol telah terhasil. Tu kalau main buah kalau la.

Malang buat Ozil dalam perlawanan ini apabila mengalami kecederaan selepas diterjah keras dari belakang oleh pemain Antalyaspor, Fredy.

Mesut Ozil tidak mampu untuk meneruskan permainan dan terpaksa diusung keluar pada minit ke-67 dan digantikan dengan Papiss Demba Cisse.

Ozil bermula baik dalam perlawanan pertama beliau ketika bersama Fenerbahce dan memberi sinar walaupun 13 minit bermain namun selepas itu terus kemarau gol dan assist.

Selepas hampir setahun atau lebih tepatnya 322 hari, Ozil buat pertama kalinya tampil untuk beraksi dan menghiburkan dunia dengan bakatnya.

Dalam debutnya selama 13 minit Ozil telah merencanakan satu gerakan membolehkan Fenerbahce menjaringkan gol kedua dan menang perlawanan 2-1.

Selepas itu Ozil dilihat bergelut untuk terus mengembalikan prestasinya dan gagal memberi impak seterusnya gagal membantu Fernerbahce mendapat keputusan yang sedap.

BACA:  Arsene Wenger Dedah Punca Mengapa Ozil Gagal Menyerlah Di Piala Dunia