Kisah Ozil Terpaksa Bersara Dari Pasukan Jerman Hanya Kerana Bergambar Dengan Erdogan

ozil bersara

Kisah Mesut Ozil yang terpaksa bersara dari persada arena antarabangsa bersama pasukan Jerman hanya kerana bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bukanlah satu rahsia.

Pada ketika itu Mesut Ozil masih lagi pemain tengah Arsenal telah mengumumkan keputusannya untuk bersara dari bermain untuk Jerman di arena antarabangsa selepas terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum berlangsungnya Piala Dunia 2018.

Mesut Ozil pemenang 5 kali pemain terbaik Jerman juga merupakan sebahagian daripada skuad Jerman yang tersingkir seawal peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia.

Sebelum bermula Piala Dunia 2018, Ozil dan rakan sepasukannya, Ilkay Gundogan pergi berjumpa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan menghadiahkan jersi Arsenal dan Manchester City yang tertera nama Ozil dan Gundogan kepada Erdogan.

Tindakan tersebut menyebabkan Ozil dikritik teruk dan pihak media mempersoalkan di mana letaknya kesetiaan beliau, ditambah pula ia berlaku beberapa hari sebelum Jerman memulakan kempen Piala Dunia menentang Mexico.

Ozil diminta untuk menjelaskan sebab mengapa beliau pergi berjumpa Erdogan ketika itu, tetapi Ozil tidak mengedahkan gesaan tersebut.

Kordinator pasukan Jerman, Oliver Bierhoff turut mendesak Ozil digugurkan dari skuad Jerman kerana pertemuan tersebut kerana didakwa tidak ‘patriotik’.

Prestasi Hambar Jerman di Rusia

Jerman hadir di Piala Dunia Rusia 2018 dengan reputasi gah selaku juara dunia dan telah diundi bersama Sweden, Mexico dan Korea Selatan dalam kumpulan F.

Dengan status juara bertahan menghuni pula kumpulan yang boleh dikatakan lemah Jerman telah terciduk teruk dan pulang lebih awal dengan penuh keaiban.

Jerman telah dikejutkan Mexico dalam perlawanan pertama dengan kekalahan 1-0 namun bangkit untuk menundukkan Sweden 2-1 walaupun beraksi 10 pemain.

Laluan Jerman dilihat mudah apabila berdepan Korea Selatan di perlawanan akhir namun tewas dua gol tanpa balas lalu terus dihantar pulang.

Sweden dan Mexico mara ke pusingan 16 dan Jerman hanya menamatkan saingan ditangga tercorot kumpulan F. Rekod memalukan tercipta, buat pertama kali sejak 1938, Jerman gagal untuk lepas peringkat kumpulan.

Lantaran kegagalan ini kambing hitam perlu dicari bagi menutup kemaluan yang sangat besar.

Ozil dituduh Punca Kegagalan Jerman

Berikutan prestasi hambar Jerman di Russia, Ozil merupakan pemain yang paling banyak menerima kritikan dari pelbagai pihak kerana gagal membantu Jerman mara lebih jauh.

Ozil bermain dalam dua perlawanan iaitu ketika menentang Mexico dan Korea Selatan. Malang buat Ozil, kedua-dua perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan dan segelintir pihak menyalahkan Ozil atas persembahan hambar Jerman.

Lantaran itu ada juga pihak yang mendesak supaya Ozil tidak dipilih lagi untuk menyarung jersi Jerman pada masa hadapan walaupun pemain tersebut baru sahaja berusia 29 tahun pada ketika itu.

Isu Ozil dan Gundogan bergambar bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum Piala Dunia bermula terus dimainkan kembali dan kesalahan diletakkan ke bahu Ozil.

Ilkay Gundogan tidak menerima kritikan seteruk Ozil kerana Gundogan bukanlah seorang pemain yang dapat dijual ceritanya oleh media walaupun seorang pemain yang hebat.

Ketika prestasi hambar Ozil dituduh sebagai punca kemerosotan Jerman, statistik membuktikan perkara sebaliknya.

Statistik dari Opta membuktikan bahawa prestasi Mesut Ozil tidaklah seteruk prestasi Jerman yang pulang awal apabila mencipta peluang lebih banyak dari pemain lain di Piala Dunia 2018 dalam tempoh 90 minit.

WhoScored juga menyatakan bahawa tiada pemain lain yang membuat ‘Key passes’ atau hantaran kunci lebih banyak dari Ozil dalam satu perlawanan.

Ozil melakukan 7 hantaran kunci ketika tewas kepada Korea Selatan.

Jelas di sini bahawa Ozil sekadar dikambing hitamkan kerana susur galurnya seorang pelarian dari Turki dan perjumpaannya dengan Edrogan menjadi titik tolak kebencian rakyat Jerman kepada Ozil.

Ozil Umum Persaraan

Akhirnya Mesut Ozil telah mengumumkan persaraannya dari arena antarabangsa dan tidak lagi akan menyarung jersi Jerman serta turut menjelaskan sebab mengapa beliau pergi bertemu Erdogan.

Ini merupakan kali pertama Ozil membuka mulut mengenai isu ini dan beliau juga mendedahkan keluarganya ada menerima panggilan telefon berunsur ugutan dan kecaman di media sosial selepas pertemuan tersebut.

Ozil telah menjelaskan bahawa dirinya adalah pemain bola sepak bukan ahli politik dan dia bergambar bersama Erdogan hanyalah kerana susur galurnya berasal dari Turki.

“Bagi saya, bergambar dengan Mr. President Erdogan bukan mengenai politik atau pilihan raya. Ia sebenarnya mengenai perasaan hormat saya terhadap asal usul keluarga saya.”

“Kerja saya adalah sebagai seorang pemain bola sepak dan bukannya ahli politik. Pertemuan kami bukan mengenai sokongan saya terhadap mana-mana parti.”

Ozil tegaskan pertemua ini bukan mengenai politikus

Diskriminasi yang jelas ditunjukkan oleh Perseketuan Bola Sepak Jerman (DFB) antara punca utama persaraan Ozil.

“Layanan yang saya terima daripada Perseketuan Bola Sepak Jerman (DFB) dan beberapa pihak lain menyebabkan saya tidak mahu lagi menyarung jersi Jerman.”

“Saya berasa diri ini tidak dihargai dan kejayaan yang saya capai di peringkat antarabangsa sejak 2009 telah dilupai. Individu yang mempunyai latark belakang perkauman tidak patut dibenarkan menguruskan persekutuan bola sepak terbesar di dunia yang mempunyai ramai pemain dari sulur galur campuran.”

Aku adalah seorang Jerman sejati ketika kami menang tetapi aku hanyalah seorang pendatang ketika kami kalah.”

Kalau Jerman menang, aku orang Jerman. Kalau Jerman kalah, aku seorang immigran dari Turki

“Sikap golongan ini tidak mencerminkan pemain yang mereka wakili. Dengan perasaan berat hati dan berdasarkan beberapa perkara yang berlaku sebelum ini, saya tidak akan lagi bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa selagi saya merasakan isu perkauman masih lagi ada dalam kem Jerman.”

“Saya sering menyarung jersi Jerman dengan perasaan bangga dan teruja, tetapi perasaan itu tidak ada lagi hari ini. Ini merupakan keputusan yang sukar untuk diambil kerana saya seorang yang memberikan segala-galanya untuk rakan sepasukan saya, staff kejurulatihan dan seluruh rakyat Jerman.”

Keputusan Ozil bersara telah diraikan oleh ramai pembencinya terutamanya bekas Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness yang menuduh Mesut Ozil menggunakan isu perkauman sebagai alasan untuk ‘menutup’ prestasi buruk beliau ketika mewakili Jerman di Piala Dunia 2018.

Hoeness menempelak Ozil kerana menggunakan isu tersebut sebagai alasan untuk bersara dari skuad kebangsaan Jerman dan mendakwa Ozil tidak sepatutnya dipanggil menganggotai skuad Piala Dunia berikutan prestasi buruknya musim lepas.

“Ozil pandai kerana menimbulkan isu perkauman untuk menarik perhatian orang ramai dari melihat prestasi buruk beliau sejak sekian lama.”

“Saya tahu agak sukar untuk Presiden DFB (Persekutuan Bola Sepak Jerman) untuk campur tangan dan menyelesaikan isu berkenaan Ozil dan Gundogan ini.”

Uli Hoeness menghentam keputusan Ozil untuk bersara dari bola sepak antarabangsa dengan penuh ganas lagi brutal dengan melabel aksi Ozil seperti tahi.

Menurut Uli Hoeness sudah bertahun lagi sejak 2014 Ozil tidak layak untuk bermain bersama Jerman dan hanya menjadi lubuk ketika Bayern Munich bertemu Arsenal di Champions League.

BACA:  Sejarah dan Fakta Trofi Piala Dunia