Ballon d’Or 2022: Robert Lewandowski Pemenang Gerd Muller Trophy

Penyerang berbisa Barcelona, Robert Lewandowski telah dipilih sebagai pemenang Gerd Muller Trophy yang memberi pengiktirafan kepada pemain penyerang terbaik di muka bumi sepanjang musim 2021/22.

Pengiktirafan kepada penyerang terbaik ini mula diperkenalkan di anugerah Ballon d’Or 2021 oleh France Magazine yang hanya digelar, ‘Striker of the Year’.

Kemudian pihak penganjur telah menjenamakan semula anugerah itu kepada Gerd Muller Trophy sebagai penghormatan kepada penyerang legenda bola sepak Jerman Gerd Muller yang telah meninggal pada 15 Ogos 2021.

Ini bermakna, Robert Lewandowski telah menjadi pemenang buat tahun kedua berturut-turut sejak anugerah ini diperkenalkan dan anugerah ini seolah-olah dicipta semata-mata untuk menenangkan pemain itu selepas dinafikan untuk anugerah Ballon d’Or 2021 – selepas satu lagi musim menakjubkan di depan gawang.

Penyerang itu mengharungi musim 2021/22 yang menakjubkan ketika masih di Bayern Munich dengan menjaringkan 50 gol dalam 46 perlawanan (satu gol setiap 80 minit) dan juga menemui sasaran tujuh kali untuk Poland.

Lewandowski juga memperoleh Kasut Emas Eropah kedua berturut-turut dan memecahkan rekod untuk gol terbanyak dijaringkan oleh pemain asing dalam Bundesliga.

Pada 2021, dia menutup tahun kalendar dengan 69 gol (58 untuk Bayern dan 11 untuk Poland), angka tertinggi sejak Leo Messi memecahkan rekod dunia dengan 91 gol pada 2012.

Penyerang Poland itu telah berpindah ke Barcelona pada musim panas dan terus menjaringkan gol pada kadar yang menakjubkan. Lewa sudahpun menjaringkan 14 gol dalam 13 perlawanan untuk kelab baharunya itu.

Pada tahun 1970, Gerd Müller telah memenangi anugerah Ballon d’Or, juga dianugerahkan oleh France Football. Dia masih memegang rekod penjaring gol Bundesliga terbanyak dengan 365 gol.

Sepanjang kariernya, Gerd Muller telah memenangi hadiah penjaring terbanyak tujuh kali. Dengan FC Bayern, “Der Bomber” memenangi Piala Antara Benua sekali, Piala Eropah tiga kali, Piala Pemenang Piala Eropah sekali serta empat gelaran Bundesliga dan empat Piala DFB.

Untuk Jerman, Gerd Müller menjaringkan 68 gol dalam 62 penampilan dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Kejohanan Eropah pada 1972 dan Piala Dunia pada 1974, di mana dia menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir menentang Belanda di Munich.

Selain dipilih sebagai penyerang terbaik dunia, Robert Lewandowski juga telah berada di kedudukan keempat untuk anugerah utama yang menjadi idaman setiap pemain iaitu Ballon d’Or.

Pemenang Ballon d’Or 2020 seperti dijangka telah menjadi milik Karim Benzema yang ternyata cemerlang bagi musim 2021/22 yang membawa Real Madrid menjuarai La Liga dan Champions League.

Sadio Mane yang merupakan pemenang pertama Socrates Trophy bagi usaha kemanusiaan cemerlang bersama Senegal untuk meraih kejuaraan Piala Negara Afrika dan sendu bersama Liverpool berada tempat kedua.

Pemain perancang terbaik dunia yang mendominasi dan menjadi general di tengah padang dengan wajah tanpa perasaan, Kevin De Bryune berada di tangga ketiga dan diikuti Robert Lewandowski.

Berikut merupakan kedudukan senarai 30 calon akhir untuk anugerah Ballon d’Or 2022 yang sudah pasti di kepalai Karim Benzema selaku pemenang:

1. Karim Benzema (Real Madrid dan France)

2. Sadio Mane (Bayern Munich dan Senegal)

3. Kevin De Bryune (Manchester City dan Belgium)

4. Robert Lewandowski (Barcelona dan Poland)

5. Mohamed Salah (Liverpool and Egypt)

6. Kylian Mbappe (PSG and France)

7. Thibaut Courtis (Real Madrid and Belgium)

8. Vinicius Junior (Real Madrid and Brazil)

9. Luka Modric (Real Madrid and Croatia)

10. Erling Haaland (Manchester City and Norway)

11. Son Heung-min (Tottenham and South Korea)

12. Riyad Mahrez (Manchester City and Algeria)

13. Sebastien Haller (Borussia Dortmund and Ivory Coast)

=14. Rafael Leao (AC Milan and Portugal)

=14. Fabinho (Liverpool and Brazil)

16. Virgil van Dijk (Liverpool and Netherlands)

=17. Casemiro (Manchester United and Brazil

=17. Luis Diaz (Liverpool and Colombia)

20. Cristiano Ronaldo (Manchester United and Portugal)

21. Harry Kane (Tottenham and England)

=22. Trent Alexander-Arnold (Liverpool and England)

=22. Phil Foden (Manchester City and England)

=22. Bernardo Silva (Manchester City and Portugal)

=25. Joshua Kimmich (Bayern Munich and Germany)

=25. Mike Maignan (AC Milan and France)

=25. Antonio Rudiger (Real Madrid and Germany)

=25. Joao Cancelo (Manchester City and Portugal)

=25. Christopher Nkunku (RB Leipzig and France)

=25. Darwin Nunez (Liverpool and Uruguay)

BACA:  Klopp Suruh Nunez Bertenang Dan Samakan Dengan Lewandowski