Lalang Tukar Jersi Arab Saudi Kepada Poland Selepas Lewandowski Jaring Gol

Penyokong lalang ada di mana-mana tidak kira di apa jua liga dan negara, Piala Dunia tidak terkecuali apabila sepohon lalang yang subur telah menukar jersi Arab Saudi kepada Jersi Poland selepas Robert Lewandowski menjaringkan gol.

Tindakan peminat Arab Saudi menjadi lalang itu terus menjadi tular di media sosial dan menjadi bualan dunia dalam kemenangan 2-0 Poland ke atas Arab Saudi.

Poland mengukuhkan peluang mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir selepas Lewandowski mencipta assist kepada Piotr Zielinski untuk gol pembukaan pasukan mereka pada separuh masa pertama di Stadium Education City.

Arab Saudi, yang mencetuskan kejutan hebat ketika menentang Argentina, telah diberikan talian hayat selepas Krystian Bielik dari Poland mengasari Saleh Al-Shehri di dalam kotak dan kemudiannya dihadiahkan penalti.

Bagaimanapun, pemain nombor satu Poland Wojciech Szczesny menafikan gol Feras Al-Brikan daripada sepakan penalti dengan penyelamatan hebat sebelum menafikan percubaan Mohammed Al-Burayk dari bola muntah dengan hadangan sebelah tangan yang menakjubkan.

Lewandowski memastikan Poland membawa pulang tiga mata selepas menerkam kesilapan pertahanan Arab Saudi, Abdulellah Al-Malki dan dengan tenang melepasi Mohammed Al-Owais.

Penyerang Barcelona berusia 34 tahun itu berlari meraikan dengan satu gelungsuran ke padang selepas menjaringkan gol buat kali pertama dalam pertandingan Piala Dunia.

Arab Saudi tidak dapat mencari gol dan gagal untuk menyamakan kedudukan sebelum wisel sepenuh masa dibunyikan.

Jaringan Lewandowski mungkin telah dibayangi oleh reaksi seorang peminat Arab Saudi dalam khalayak ramai.

Walaupun sedar risiko akan dirakam penyokong itu bertukar menjadi lalang dengan menanggalkan baju Arab Saudi kepada jersi Poland.

Usai Lewandoski menjaringkan gol, lalang itu mula menumbuh meraikan gol Lewandowsi dengan tarian sebelum membuka jersi Arab Saudi.

Peminat itu memakai jersi Poland yang mempunyai nama Robert Lewandowski dan No 9 di belakang dan boleh dilihat aski lucu dengan menari-nari meraikan jaringan bekas bintang Bayern Munich itu.

Ketika lalang masih menari, Robert Lewandowski menitiskan air mata ketika dia menjaringkan gol Piala Dunia pertamanya dalam saat yang sangat emosional.

Ini merupakan gol yang ke-77 Lewandowski dalam karier antarabangsanya bersama Poland menyamai rekod legenda Brazil, Pele.

Qatar 2022 merupakan Piala Dunia kedua Robert Lewandowski selepas Rusia 2018 di mana Robert Lewandowski gagal menjaringkan sebarang gol dan terpaksa pulang awal.

Robert Lewandowski berpeluang menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan menentang Mexico namun gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Selepas perlawanan kelima di dua pentas Piala Dunia gol impaian Lewan akhirnya tiba, gila kau tak menangis dan Qatar 2022 mungkin menjadi Piala Dunia terakhir pemain berusia 34 tahun itu.

Bekas pemain Bayern Munich itu jelas terharu apabila dia memeluk rakan sepasukannya.

“Semakin meningkat usia saya, semakin emosi saya,” kata Lewandowski.

“Saya sedar apabila tibanya Piala Dunia, ia mungkin Piala Dunia terakhir saya.”

Dia menambah lagi:

“Apabila anda bermain untuk skuad kebangsaan, anda perlu memberi tumpuan kepada keputusan, tetapi beberapa peratus daripada identiti saya juga mahu saya mempunyai statistik yang baik.”

“Saya sentiasa mahu menjaringkan gol di Piala Dunia, dan impian ini menjadi kenyataan.”

Jurulatih Poland Czeslaw Michniewicz mengulas mengenai keraian penuh emosi Lewandowski:

“Saya tidak terkejut, kerana saya tahu betapa mendalamnya dia mengharungi perlawanan terakhir. Seluruh pasukan menyokongnya.”

“Kami sangat gembira bersamanya, kami sangat sedih bersamanya selepas penalti (vs Arab Saudi).”

Michniewicz menambah:

“Seorang pemain tidak akan memenangi perlawanan itu secara solo.”

BACA:  Bayern Munich Yakin Lewandowski Tidak Akan Sertai Real Madrid