Kempunan Tidak Dapat Lewandowski dan Bernardo Silva Punca Mbappe Merajuk

Gara-gara kempunan mendapat khidmat Robert Lewandowski dan Bernardo Silva dilaporkan menjadi punca Kylian Mbappe merajuk dan mahu meninggalkan PSG pada jendela perpindahan januari ini.

Robert Lewandowski dan Bernardo Silva antara manifesto yang dijanjikan kepada Mbappe ketika menandatangani kontrak lanjutan baharu pada musim panas lalu.

Perjanjian Mbappe di Parc des Princes akan tamat pada musim panas dan dia kelihatan bersedia untuk menyertai Real Madrid selepas beberapa bulan spekulasi bertebaran.

Bagaimanapun, pemenang Piala Dunia itu melakukan pusingan u dan akhirnya menyerahkan masa depannya kepada PSG dengan kontrak tiga tahun lumayan yang diumumkan pada Mei.

Dikhabarkan bahawa perjanjian baharu Mbappe termasuklah pemain idamannya dan dia boleh bersuara dalam hal berkaitan pasukan.

Menurut wartawan Romain Molina, perbincangan Mbappe tertumpu kepada rekrut baru di ibu negara Perancis.

Dia diberitahu bahawa kelab itu, dengan pengambilan yang diketuai oleh Luis Campos, akan berpindah untuk Robert Lewandowski selepas dia mahu keluar di Bayern Munich.

Bagaimanapun, Lewandowski akhirnya tidak lagi mahu bermain di liga petani dengan menyertai Barcelona dan telah menjaringkan 14 gol dalam 12 perlawanan untuk Blaugrana.

Sementara itu, Bernardo Silva kekal di Manchester City walaupun terdapat khabar angin yang menyatakan dia mahu keluar dan Barcelona dikatakan berminat juga.

Milan Skriniar dari Inter Milan juga disebut-sebut sebagai pemain tambahan musim panas tetapi dia kekal di San Siro, bermakna kedua-dua sasaran tidak berjaya.

Sebaliknya, PSG membawa masuk Nuno Mendes, Vitinha, Fabian Ruiz, Carlos Soler, Renato Sanches, Nordi Mukiele dan Hugo Ekitike serta menyambung kembali kontrak Neymar.

Mbappe telah menjaringkan 12 gol musim ini tetapi cerita tentang dia tidak berpuas hati telah berterusan. Hubungannya dengan PSG didakwa “hancur sama sekali” dan dia ingin pergi pada Januari.

Real sekali lagi dikaitkan, manakala Chelsea dan Liverpool dipercayai berminat sekiranya terdapat potensi untuk Mbappe bertukar arah.

Egonya telah dipertikaikan, dengan Mbappe mempunyai persengketaan dengan Neymar berhubung sepakan penalti menentang Montpellier awal musim ini.

Thierry Henry mengecam Mbappe kerana tingkah lakunya dan tidak mendahulukan pasukan selepas dia lantang mengkritik mengenai peranannya di bawah kendalian Christophe Galtier.

Laporan terbaru mendakwa bilik persalinan PSG telah berpecah, dengan ramai yang marah atas kelakuan pemain berusia 23 tahun itu.

Ketidakharmonian yang telah dicetuskan oleh Kylian Mbappe ini telah memberi kesan kepada prestasi pasukan dan ini membuatkan pemain lain mula berasa kecewa dan kekecewaan itu terus meningkat.

Pemenang Piala Dunia itu menjadi ‘tokoh terpencil’ di bilik persalinan, manakala moodnya dan emosinya berubah-ubah sepanjang hari.

Neymar adalah tokoh yang berpengaruh di bilik persalinan PSG kerana mendapat sokongan penuh dari pemain Amerika Selatan yang mula menentang Mbappe.

Ketua pasukan, Marquinhos antara penyokong Neymar bersama pemain bukan Amerika Selatan tetapi menuturkan bahasa Sepanyol.

Pemenang Piala Dunia itu menjadi ‘tokoh terpencil’ di bilik persalinan, manakala moodnya dan emosinya berubah-ubah sepanjang hari.

Neymar adalah tokoh yang berpengaruh di bilik persalinan PSG kerana mendapat sokongan penuh dari pemain Amerika Selatan yang mula menentang Mbappe.

Ketua pasukan, Marquinhos antara penyokong Neymar bersama pemain bukan Amerika Selatan tetapi menuturkan bahasa Sepanyol.

Jika Mbappe menyertai pilihanraya di Perlis yang dikatakan mempunyai 8 orang sahaja penduduknya maka kebarangkalian Mbappe menang adalah besar namun tidak di bilik persalinan PSG.

Entah bagaimana kesudahan kisah Kylian Mbappe ini yang merasakan dirinya lebih besar dari kelab.

BACA:  Kylian Mbappe Kena Palau Dengan Kyle Walker Lalu Tergantung Sepi