“Bangga Jadi Orang Rusia” – Dzyuba Jawab Kritikan Dari Pemain Ukraine

Ketua pasukan Rusia, Artem Dzyuba tampil mengeluarkan kenyataan selepas beliau sebelum ini teruk dihentam kerana dianggap membisu melihat Ukraine diserang oleh negaranya.

Awal minggu baru-baru ini, pemain pertahanan Everton, Vitaliy Mykolenko tampil menghentam Dzyuba dan turut menggelar ketua pasukan Rusia itu dengan gelaran kasar (sundal bisu).

Pemain sayap West Ham United, Andriy Yarmolenko turut menghentam ketua pasukan kebangsaan Rusia itu kerana tidak bersuara selepas melihat apa yang berlaku.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Yarmolenko menghentam skuad kebangsaan Rusia dan turut mengungkit kisah video sedap Dzyuba yang pernah tersebar pada tahun 2020 yang lalu.

“Saya tahu segelintir dari kamu suka tunjukkan bola kamu depan kamera, tapi sekarang sepatutnya masa untuk kamu tunjukkan bola kamu di kehidupan nyata.”

Jelas Yarmolenko.

Dzyuba yang memimpin skuad kebangsaan Rusia ketika aksi Euro 2020 lalu, telah tampil mengeluarkan kenyataan bagi pihak dirinya di laman instagram.

Pemain penyerang Zenit St Petersburg itu menyatakan yang beliau menentang segala jenis peperangan, namun masih kekal berbangga dengan Rusia walau apa pun yang berlaku pada ketika ini.

“Sehingga sekarang, saya tak mahu bercakap tentang tajuk yang berlaku di Ukraine.”

Jelas Dzyuba.

“Saya tak mahu, bukan kerana saya takut, tapi kerana saya bukan pakar dalam politik, saya tak pernah masuk ke situ dan tidak pernah berminat untuk ke situ (Tak macam kebanyakan pakar pengkaji politik dan pakar sejarah yang tiba-tiba muncul jadi palatao sekarang).”

“Tapi sama seperti orang lain, saya ada pandangan saya sendiri. Memandangkan saya disebut-sebut dari semua sudut, saya akan jelaskan sekarang.”

“Saya menentang peperangan. Peperangan memang menakutkan. Tapi saya juga turut menentang kebencian sesama manusia, yang mana ia mencetuskan kehancuran kepada seseorang.”

“Saya menentang diskriminasi berdasarkan negara seseorang. Saya tak malu mengaku saya Rusia. Saya bangga jadi orang Rusia. Dan saya tak faham kenapa Atlet perlu menderita sekarang.”

“Saya menentang double standards. Mengapa satu pihak boleh lakukan segalanya, tetap semua orang menyalahkan kami. Mengapa semua orang selalu laung tentang sukan tak boleh campur politik, tapi perkara pertama berlaku ketika melibatkan Rusia, prinsip itu terus dilupakan?”

“Sekali lagi, peperangan adalah menakutkan. Dalam situasi yang tertekan, orang menunjukkan intipati mereka, kadang-kadang negatif. Betapa banyak kemarahan, kebencian dan kepahitan kini telah dicurahkan kepada semua rakyat Rusia, tanpa mengira kedudukan dan pekerjaan mereka. Beribu-ribu orang yang menulis penghinaan dan ancaman.”

“Ia memang pelik untuk dengar semua ini dari orang yang Rusia dah banyak bantu, banyak sangat untuk kehidupan mereka. Semua ini hanya cetuskan lebih banyak negatif. Peperangan akan tamat, tapi perhubungan sesama manusia akan kekal. Dan ia agak mustahil untuk diulang. Ingat tu.”

“P.S dan kepada rakan sekerja (pemain bola sepak) yang sedang duduk selesa di kediaman mewah mereka di England dan bercakap hal tak baik, ia tak boleh mengganggu kami, kami faham semuanya! Salam keamanan untuk semua.”

“#I’mAPatriotOfMyCountry #SportOutPolitics.”

Apa yang dikatakan oleh ketua pasukan Rusia ini adalah sangat tepat kerana pelbagai pihak kini terlalu berlebih-lebihan dalam menyokong Ukraine.

Rusia diharamkan dari sertai kejohanan yang dianjurkan oleh FIFA dan UEFA, negara dan kelab dari negara mereka juga turut dipadam dari permainan video oleh EA Sport.

Mengapa Rusia berdepan situasi seperti ini tetapi tidak negara lain yang lebih penjajah dan lebih kejam dari mereka?

Mengapa sekarang politik boleh ada dalam dunia bola sepak sedangkan sebelum ini ia adalah perkara yang paling dilarang?

Mungkin UEFA dan FIFA perlu hentikan kempen anti-perkauman, hak sama rata dan segala kempen yang menunjukkan mereka suci sedangkan merekalah kumpulan paling menindas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  EURO 2020: Belgium 3-0 Rusia