EURO 2020: Belgium 3-0 Rusia

Belgium yang merupakan antara pasukan pilihan bergelar juara, turun untuk perlawanan pertama mereka di Euro 2020 menentang Rusia dalam saingan kumpulan B yang turut dihuni Denmark dan Finland.

Belgium turun tanpa pemain tengah yang bijaksana lagi genius, Kevin De Bryune yang baru selesai menjalani pembedahan membetulkan soket mata.

Kevin De Bruyne mengalami kecederaan dalam perlawanan akhir Champions League ketita Manchester City menentang Chelsea namun tetap di bawa bersama.

Menurut Roberto Martinez, Kevin De Bryune akan terlepas beberapa perlawanan awal yang dilihat mudah dan akan kembali beraksi dengan topeng pelindung muka.

Dries Mertens melakukan hantaran mencari Romelu Lukaku yang tidak dikawal namun berada dalam kedudukan offside tetapi hantaran itu telah dipotong Andrey Semenov.

Entah apa yang bermain difikiran Andrey Semenov yang gagal memotong dengan kemas hantaran itu lalu bola bergolek kepada Lukaku.

Romelu Lukaku tidak membazirkan masa lalu melakukan satu pusingan dan terus melepaskan rembatan untuk gol pertama Belgium.

Lukaku telah mendedikasikan jaringan tersebut kepada rakan sepasukan beliau di Inter Milan, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Jelas kedengaran jeritan Lukaku yang menyebut “Chris, Chris, I love you” ke arah kamera yang merakam.

Selepas perlawanan Lukaku akui bahawa beliau telah menangis apabila mendengar berita tentang apa yang terjadi kepada Christian Eriksen.

Empat minit kemudian Mario Fernandes melonjak tinggi untuk melakukan sundulan namun tidak cukup kuat untuk menewaskan Thibaut Courtois yang berjaya menangkap kemas.

Pada minit ke-21 Thorgan Hazard mencuba dengan satu rembatan kencang namun Anton Shunin lebih bersedia dengan satu hadangan penuh menutup ruang.

Pada minit ke-33 Thomas Meunier yang masuk menggantikan pemain pertahanan Leicester City Timothy Castagne yang mengalami kecederaan pada minit ke-27 telah menggandakan kedudukan.

Thorgan Hazard melakukan hantaran lintang namun kali ini penjaga gol Rusia, Anton Shunin telah melakukan satu tepisan yang lemah dan miskin.

Bola tepat sampai ke kaki Thomas Meunier yang terus menolak masuk untuk gol kedua sebelum Anton Shunin sempat bangun.

Pada penghujung babak pertama, Yannick Carrasco hampir menjaringkan gol ketiga tetapi percubaan Yannick Carrasco tinggi melewati palang.

Dengan kelebihan dua gol, Belgium dilihat mempertahankan kelebihan mereka dengan permainan yagn tenang lagi membosankan dan tidak perlu mencari gol yang banyak.

Rusia nyata beraksi dibawah kemampuan sebenar mereka apabila gagal menghadirkan sebarang saingan kepada Belgium yang begitu dominan.

Pada minit ke-88, Romelu Lukaku menjaringkan gol ketiga selepas menyempurnakan lorongan cantik Thomas Meunier dengan penyudah yang tajam.

Kemenangan selesa dengan tiga gol tanpa balas dan melawan Belgium ini meletakkan mereka dipuncak teratas kumpulan B dan tiada masalah untuk bergelar juara kumpulan.

Belgium (3-4-2-1) Thibaut Courtois, Toby Alderweireld, BDedryck oyata, Jan Vertonghen; Timothy Castagne, Leander Dendoncker, Youri Tielemans, Thorgan Hazard; Dries Mertens, Yannick Carrasco, Romelu Lukaku.

Substitutes: Simon Mignolet, Matz Sels, Thomas Vermaelen, Eden Hazard, Thomas Meunier, Jason Denayer, Christian Benteke, Nacer Chadli, Mitchy Batshuayi, Trossard, Jeremy Doku, Dennis Praet.

Russia (possible 4-2-3-1) Anton Shunin; Mario Fernandes, Andrey Semenov, Dzhikiya, Yuri iZhirkov; Ozdoev, Barinov; Zobnin, Golovin, Daler Kuzyaev; Dzyuba.

Substitutes: Dyupin, Safonov, Diveev, Karavaev, Cheryshev, Sobolev, Zabolotny, Aleksei Miranchuk, Zhemaletdinov, Ionov, Evgenyev, Mukhin.

Referee Antonio Mateu Lahoz (Spain).

BACA:  Ronaldo Kini Sah Bergelar Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman EURO