Salah seorang pemain dari liga bola sepak Thailand telah dipecat oleh pihak kelab kerana melakukan gerakan ala Muay Thai ke atas pemain lawan.
Bangkok FC telah membatalkan kontrak Aitsaret Noichaiboon selepas beliau memukul bintang North Bangkok University FC, Supasan Ruangsuphanimit.
Insiden tersebut berlaku ketika aksi perlawanan antara Bangkok FC bertemu North Bangkok University FC dalam saingan liga division ketiga liga bola sepak Thailand semalam.
🚨⚽️ Bangkok FC player Aisaret Noichaiboon had his contract immediately terminated after his Muay Thai elbow on an opposition player pic.twitter.com/YZ3RaUeLt2
— FootGazzetta (@footgazzetta) March 13, 2022
Aitsaret Noichaiboon ketika itu mengawal bola di sudut tepi padang sambil beliau diasak oleh Supasan Ruangsuphanimit.
Ketika bola sudah keluar, kaki Supasan sepertinya tak sengaja tersepak belakang kaki Aitsaret dan pemain Bangkok FC itu sendiri tidak terjatuh selepas insiden itu.
Melihat Aitsaret Noichaiboon masih berdiri dan berjalan masuk semula ke padang, Supasan Ruangsuphanimit tidak berfikir apa-apa melainkan memberi arahan kepada rakan sepasukannya yang lain untuk marking pemain lawan.
Dengan tiba-tiba, Aitsaret menghampiri Supasan lalu beliau menghayun siku ke muka pemain North Bangkok University FC itu dengan teknik ala Muay Thai.
Supasan Ruangsuphanimit rebah dalam keadaan terkejut kerana beliau sendiri tentunya tak menjangka Aitsaret Noichaiboon mahu mengubah padang bola jadi gelanggang Muay Thai.
Mujur saja pengadil dan pembantu pengadil segera mengawal keadaan dan menenangkan pemain lain supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sememangnya sedang keruh.
Pleased to see that Bangkok FC have sacked #6 (Aitsaret) after the disgraceful incident yesterday. Now, FAT needs to step in and ban him for 6+ months (imo). For me, it's a similar type of deliberate action to the 'Keane on Håland' incident in '01.https://t.co/jwZsPxbp0T
— JNB91 (@JNB_91) March 13, 2022
Aitsaret terus dilayangkan kad merah dan beliau sendiri turut tidak membantah apa-apa keputusan pengadil melainkan sekadar berjalan meninggalkan padang.
Para pemain North Bangkok University FC awalnya mahu membalas perbuatan dari Aitsaret Noichaiboon mujur saja keadaan di atas padang dapat di kawal dengan sangat baik.
Supasan Ruangsuphanimit kemudiannya terpaksa dikejarkan ke hospital dengan beliau menerima 24 jahitan di mukanya.
Para peminat di media sosial hangat membincangkan tentang insiden tersebut dan ramai yang menganggap Aitsaret Noichaiboon tak layak jadi pemain bola sepak profesional.
“Kenapa dia begitu marah? Dia tak dikasari dia tak jatuh pun, tapi dia serang pemain lawan macam dia di kasari dulu.”
“Cara dia siku muka tu memang nampak dia betul-betul nak pemain lawan tu mati. Ini padang bola bukan gelanggang Muay Thai, dia terlalu beremosi.”
“Belum dikasari dia dah Muay Thai muka pemain lawan, kalau dia di kasari saya rasa dia buat ong bak terus.”
“Saya rasa dia perlu cuba masuk gelanggang MMA, itu tempat paling sesuai untuk dia, bola sepak bukan sukan untuk dia.”
“Tak nampak apa-apa alasan untuk dia terlalu marah, saya pun tak jangka dia akan siku muka pemain lawan seperti itu. Dia terlalu pemarah untuk jadi pemain bola sepak.”
A Thai #Footballer has been sacked by his club after launching an astonishing Muay Thai-style attack on an opponent.
Bangkok FC…https://t.co/LY0e3w6jxb pic.twitter.com/K311tv2j6t
— Epicentre Sports (@EpicentreSports) March 13, 2022
Tindakan Bangkok FC menguruskan pemain mereka juga layak untuk dipuji dengan mereka segera membatalkan kontrak Aitsaret Noichaiboon selepas insiden tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi dari pihak kelab selepas tamat perlawanan, Bangkok FC telah mengesahkan yang mereka membatalkan kontrak Aitsaret Noichaiboon.
“Bangkok FC mahu menyatakan pendirian kami dan kami tidak menyokong tindakan tersebut.”
Kenyataan dari Bangkok FC.
Bangkok FC’s Aitsaret Noichaiboon sacked immediately after their match for this pic.twitter.com/qUMA9yzKDZ
— James Dart (@James_Dart) March 13, 2022
“Pihak kelab telah membatalkan kontrak pemain tersebut.”
“Pihak kelab mahu memohon maaf atas insiden tersebut dan kami akan lakukan apa sahaja untuk memastikan hal sama tidak akan berulang lagi.”
North Bangkok University FC turut mengeluarkan kenyataan selepas tamat perlawanan dengan mereka memberitahu keadaan semasa Supasan Ruangsuphanimit.
“Dia sudah menjalani pemeriksaan badan di Hospital Bangpakok-Rangsit 2 selepas pemain bernombor 6 dari pasukan Bangkok FC dengan sengaja menyerang muka dia.”
Bangkok FC player, Aisaret Noichaiboon was terminated from his contract immediately after the match, after his Muay Thai action against the opposing player. @vocketfc 😱 pic.twitter.com/9KDZLfThNQ
— Kobina Essar Niccolò Makaveli (@Sarkobina) March 13, 2022
“Selepas bertemu doktor, mereka mendapati ada koyak di kawasan bibir maka doktor memberi 24 jahitan untuk menutup lesan luka tersebut.”