BBC Disabotaj Dengan Bunyi ‘Mengerang’ Ketika Lineker Sedang Live

Perbadanan Penyiaran British (BBC) telah disabotaj dengan bunyi ‘mengerang’ kesedapan ketika Gary Lineker sedang membuat liputan secara langsung perlawanan ulangan Piala FA antaran Liverpool vs Wolves.

Sejurus selepas rancangan BBC MOTD (Match of The Day) keudara bunyi bising tidak senonoh itu mula kedengaran dan jelas kedengaran di kaca televisyen dari siaran penyiar kebangsaan United Kingdom itu.

Gary Lineker terkesima sedetik, tersengih seperti kerang busuk dan sehabis baik untuk mengawal situasi di mana punca kepada bunyi itu tidak diketahui dan tidak dapat diselesaikan serta merta dan Alan Shearer mula berlintas langsung.

Badan penyiaran itu terus menukar content siaran dengan menyiarkan termuramah pra-perlawanan bersama Jurgen Klopp, namun selepas kembali semula ke studio bersama Gary Lineker, bunyi bising itu berbunyi kembali.

Bagi menutup situasi yang tersangat tidak sopan dari penyiar kebangsaan pula, Gary Lineker telah bergurau dengan Danny Murphy yang menjadi tetamunya:

“Boleh tak kau hentikan dari buat bunyi bising itu Danny?”

Selepas 10 minit terganggu dengan bunyi bising yang tidak ketahuan punca itu, kelegaan tiba buat Lineker apabila perlawanan hampir bermula dan menyerah tugas kepada pengulas perlawanan.

Selepas perlawanan bermula, mungkin Gary Lineker dan krew penyiaran telah bertukar menjadi detektif dan pakar forensik bagi mencari punca bunyi yang sangat memalukan itu. Ini bukan prank tapi dah tahap sabotaj.

Perlawanan antara Liverpool dan Wolves telah selamat bermula dan beberapa ketika selepas itu, Lineker telah membuat satu ciapan di Twitter dan punca kepada bunyi itu telah ditemui.

“Nah, kami jumpa ini dilekatkan di belakang set. Apabila sabotaj terjadi ia agak lucu.”

Sebuah telefon bimbit telah dilekatkan dengan pita pelekat dan disorok di studio di mana rancangan berlangsung. Mungkin individu yang bertanggungjawab ke atas sabotaj ini menelefon telefon itu apabila melihat Lineker bersiaran.

Penonton nyata tidak dapat menahan ketawa dengan insiden lucu ini yang terjadi dalam skala besar, biasanya bunyi mengerang ini berlaku sejak media sosial boleh diakses melalui telefon pintar. Sape pernah kena?

Mereka berseloroh menyatakan seseorang akan kehilangan kerja mereka dan menyatakan bahawa BBC MOTD telah bawa seekor kuda betina ke studio. Rata-rata terhibur dengan apa yang terjadi.

Bunyi yang mengganggu ketenteraman awam itu hanyalah permulaan di Stadium Molineux kerana bekalan elektrik telah terputus pada awal permainan di mana VAR tidak berfungsi untuk tempoh 16 minit pertama perlawanan.

Dengan sekejapan BBC telah menjadi trending di United Kingdom dengan pelbagai tanda pagar termasuklah Danny Murphy yang menjadi mangsa keadaan namun tiada nama Lineker.

Liverpool berjaya menewaskan Wolves untuk mencatatkan kemenangan pertama bagi tahun 2023 melalui jaringan cantik lagi padu Harvey Elliot yang menandakan bola sepak sebenar sudah kembali.

BACA:  Gary Lineker Arah BBC Delete Hantaran Hina Wayne Rooney Yang Dipecat Birmingham