Gary Lineker Mahu FIFA Ubah Peraturan Selepas England Belasah San Marino

Bekas penyerang England, Gary Winston Lineker mahu Fédération Internationale de Football Association (FIFA) mengubah peraturan selepas England membelasah San Marino 5-0.

Tanpa menurunkan skuad terkuat, pasukan bimbingan Gareth Southgate berjaya membenam San Marino yang kini berada di ranking FIFA pada kedudukan 210 daripada 210 negara.

Dengan kata lain San Marino merupakan pasukan yang berada ditangga tercorot dalam ranking yang dikelolakan oleh FIFA.

Satu kemenangan di Wembley yang tidak boleh dibanggakan oleh England walaupun menang 20-0 kerana San Marino hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja dalam sejarah mereka.

England kerap kal berada dalam kumpulan bersama dengan pasukan yang jauh dari standard mereka dalam pusingan kelayakan.

Lantaran itu pemain penyerang antara yang terbaik pernah England miliki, Gary Lineker mahu FIFA membuat perubahan dalam penentuan pasukan di pusingan kelayakan.

https://twitter.com/GaryLineker/status/137518290490556826

Ramai yang berciap di laman Twitter dan mahukan perkara yang sama diubah oleh FIFA bagi memberi keadilan kepada pasukan yang lemah.

Mereka berpendapat pasukan yang berada dikedudukan yang rendah dibawah lagi tercorot serta hampir terkeluar ranking diletakkan dalam satu kumpulan.

Pasukan seperti San Marino, North Macedonia, Liechtenstein, Malta, Moldova, Bulgaria dan Gibraltar diletakkan dalam satu kumpulan kelayakan.

Jika sistem ini diguna pakai maka peluang negara yang lemah bermain bola sepak untuk beraksi dikejohanan besar atau akan jadi lebih besar.

“Tentunya kita telah tiba ke tahap di mana negara ranking terendah patut bermain sesama mereka. Tak masuk akal.”

Gary Lineker mahukan format seperti yang digunakan dalam FA Cup, di mana pasukan lemah akan berlawan sesama mereka dan survivor akan bertemu pasukan kuat dipusingan pertama.

Jika ini terjadi adakah pasukan hebat yang berada di kedudukan teratas akan bertanding sesama mereka dan kemungkinan akan ada pasukan hebat tidak akan layak bermain di kejohanan besar?

Bukan menghina atau mengejek. Perkara ini berfungsi dengan cemerlang di FA Cup. Ia sebenarnya lebih bermakna untuk sampai ke tahap ini. Pembantaian secara berterusan akan memusnahkan jiwa.”

Seharusnya pasukan di ranking rendah menguatkan pasukan mereka dengan program pembangunan dengan menerapkan DNA Jerman atau merujuk kepada FAM.

Kelayakan Piala Dunia: England 5-0 San Marino

England memulakan kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di kumpulan I dengan satu kemenangan mudah lagi bergaya ke atas San Marino yang berpopulasi 33,600 penduduk pada tahun 2019.

Untuk rekod Perlis negeri paling kecil di Malaysia mempunyai populasi 254,400 dengan keluasan negeri 819 km persegi berbanding San Marino yang hanya berkeluasan 61.2 km persegi sahaja.

Kumpulan I untuk kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dihuni oleh England, Albania, Andorra, Poland, Hungary dan San Marino.

Satu kumpulan mudah buat England yang mungkin hanya dapat ditentang oleh Poland sahaja dan itulah dilakukan England ke atas San Marino.

Mudah England mencatatkan kemenangan lima gol tanpa balas dengan permainan yang agak bersahaja, kalau bersungguh sudah pasti 10 gol dalam tangan.

Sekecil populasi dan keluasan negeri, San Marino hanya menguasai 19 peratus sahaja pengusaan perlawanan dengan England yang bermain santai.

Gareth Southgate tidak menurunkan barisan terkuat dan dapat dilihat Harry Kelihatan menahan nafsu serta terliur untuk berpesta gol dari tepi padang.

Lebih padu San Marino gagal mencatatkan sebarang percubaan dalam tempoh 90 minit permainan berbanding England yang melakukan 27 percubaan dengan 15 percubaan tepat.

Pakar sepakan bola mati, James Ward-Prowse membuka tirai jaringan England pada minit ke-14 bagi memulakan parti Pesta Gol England selepas banyak peluang dibazirkan.

Hantaran Ben Chilwell pantas disambar James Ward-Prowse dengan sepakan ke penjuru gawang dan diraikan dengan aksi bermain golf.

Dominic Calvert-Lewin yang terlepas peluang awal dengan satu miskic menggandakan kedudukan dengan menyundul masuk lambungan Reece James pada minit ke-21.

Sepuluh minit kemudian Raheem Sterling yang dari awal perlawanan mahu menggelecek sehingga ke dalam gawang mencetak nama selaku penjaring.

Hantaran Mason Mount membuatkan Raheem Sterling menari lagi sebelum merembat bola di depan muka penjaga gol Marino.

Pembaziran demi pembaziran dilakukan England hingga tamat separuh masa pertama dan ada bola dihadang Dominic Calvert-Lewin bagi menyelamatkan gawang San Marino.

Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-53 dengan satu tolakan mudah menyudahkan hantaran Jesse Lingard.

Ollie Watkins menyempurnakan debut impian dengan jaringan pada penampilan pertama beliau bersama England dengan satu rembatan leret.

Pemain Aston Villa itu mengikut jejak Jamie Vardy and Callum Wilson yang merupakan pemain dari Non-League (Lebih kurang liga DUN) menjaringkan gol untuk England.

Kalau nak cerita pasukan lama, Ollie Watkins pun kau tak kenal jugak.

England akan bertemu Albania pada 29 Mac dan menentang Poland pada 1 April yang akan menjadi cabaran sebenar buat England.

England: Pope, James, Coady, Stones, Chilwell, Phillips, Ward-Prowse, Lingard, Mount, Sterling, Calvert-Lewin.

Subs: Johnstone, Rice, Mings, Henderson, Kane, Foden, Dier, Shaw, Maguire, Watkins, Trippier, Bellingham.

San Marino: Elia Benedettini, Manuel Battistini, Brolli, Rossi, Grandoni, Lunadei, Golinucci, Jose Hirsch, Berardi, Palazzi, Nicola Nanni.

Subs: Giardi, D’Addario, Ceccaroli, Zonzini, Michael Battistini, Luca Nanni, Simone Benedettini, Conti, Fabbri, Stimac, Mularoni, Zafferani.

Referee: Kirill Levnikov (Russia).

BACA:  Sancho Dijangka Berada Dalam Kesebelasan Utama England Menentang Ukraine