Bekas Bintang Belgium Radja Nainggolan Berhijrah Ke Liga 1 Indonesia

Bekas pemain tengah AS Roma dan pemain skuad kebangsaan Belgium, Radja Nainggolan memilih untuk meneruskan kariernya bersama kelab Liga 1 Indonesia, Bhayangkara Presisi di hari terakhir jendela perpindahan di negara itu.

Nainggolan adalah pemain dengan status ejen bebas dan tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kali terakhir beraksi bersama SPAL di Serie B Itali.

Sebelum itu Nainggolan turut melalui tempoh mengecewakan bersama Antwerp dan akhirnya kini memilih untuk berhijrah ke Indonesia – negara asal usul nenek moyangnya.

Perpindahan pemain berdarah Batak-Belanda itu ke Bhayangkara telah bertiup kencang sejak beberapa hari lalu, dan akhirnya ia disahkan sendiri oleh Presiden kelab Indonesia itu.

“Ya, Ia benar. Radja telah menyertai Bhayangkara FC untuk separuh musim kedua di sini,” kata Pengarah Sukan kelab, Smuardji.

Bhayangkara bagaimanapun tidak mendedahkan perjanjian di antara kelab dan Nainggolan termasuk tempoh kontrak dengan pemain itu.

Merokok dan Radja Nainggolan sudah sinonim dan bukan lagi rahsia untuk peminat bola sepak namun ada batasnya tambahan pula bagi seorang ahli sukan profesional.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu, yang menghabiskan sebahagian besar kariernya di Itali, menandatangani perjanjian dua tahun dengan kelab Divisyen Satu Belgium, Antwerp pada musim panas lalu selepas kontraknya dengan Inter Milan ditamatkan atas persetujuan bersama.

Tetapi perkara tidaklah berjalan lancar seperti dirancang untuk Radja Nainggolan dalam kepulangannya yang sangat dinanti-nantikan ke Belgium amgkara sikap sendiri.

Selepas diikat Antwerp, Radja Nainggolan dilaporkan ditangkap pihak berkuasa kerana memandu dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh, menurut Reuters.

Dan pada hari Ahad sebelum penangkapannya, pemain tengah berpengalaman itu dilihat dan kantoi menghisap e-rokok sambil duduk bangku simpanan.

Dia disenaraikan di bangku simpanan untuk kekalahan 3-1 menentang Standard Liege dan gol daripada William Balikwisha, Denis Dragus dan Cihan Canak mengesahkan kemenangan penting buat pasukan tuan rumah.

Tindakan Nainggolan pula telah menyebabkan Royal Antwerp menggantung pemain itu selama-lamanya kerana ‘kelakuan am’ yang memberi gambaran buruk kepada kelab.

Tidak dapat dipastikan jenama rokok yang digemari Radja, yang berdarah Indonesia, mungkin Surya merah 12. Bukan rahsia lagi Pak Radja perokok tegar malah suatu ketika dulu ketika bersama Belgium, Pak Radja meminta bilik yang berbalkoni bagi memudahkan beliau merokok.

Bekas ketua jurulatih Belgiumm, Marc Wilmots mengetahui tabiat buruk Pak Radja namun tidak menghalang kerana kesan buruk akan dirasai oleh Pak Radja.

Ketika dikemuncak karier dan diperlukan oleh pasukan sudah pasti kemahuan dan kehendak Pak Radja akan dipenuhi, sekarang tak tahu la akan dipenuhi ke tidak.

Perpindahan ke Liga 1 Indonesia mungkin dipengaruhi oleh siri Netflix Gadis Kretek. Kini Radja boleh sahaja memilih jenama kretek apa pun di Indonesia untuk dihisapnya.

Dan misi mencari Jeng Yah diteruskan oleh Radja.

BACA:  Inter Milan Beli Nainggolan Dari AS Roma Dengan Harga €38 Juta