Bekas Pengurus England Dakwa Loftus-Cheek Bakal Jadi Lebih Bagus Dari Michael Ballack

Bekas pengurus England, Roy Hodgson percaya Ruben Loftus-Cheek boleh menjadi pemain yang lebih baik daripada Michael Ballack dan sudah bersedia ‘100 %’ untuk diturunkan dalam kesebelasan utama England.

Loftus-Cheek merupakan pemain Chelsea yang dipinjamkan kepada Crystal Palace musim lalu dan bermain di bawah Hodgson. Beliau memainkan peranan penting dalam membantu Palace terus kekal di Liga Perdana Inggeris dan berjaya menjaringkan 2 gol dan 3 assists dalam 24 penampilan liga.

Adakah Ruben Loftus-Cheek akan mendapat tempat dalam skuad Chelsea musim hadapan ?

Selepas melihat sendiri kemampuan Loftus-Cheek, Hodgson percaya pemain muda England ini mempunyai persamaan dengan legenda Jerman, Michael Ballack yang juga pernah bermain untuk Chelsea. Tetapi Hodgson percaya Loftus-Cheek mempunyai sedikit kelebihan kerana beliau memiliki lebih banyak skill daripada Ballack.

“Saya rasa cara Ruben mengawal bahagian tengah menjadikan beliau seorang pemain yang versatile. Saya sendiri tidak tahu apa posisi terbaik beliau. Ianya bergantung bagaimana pasukan mahu bermain.”

“Beliau berjaya menggelecek lebih ramai pemain dari Michael Ballack pernah lakukan. Tetapi saya percaya  beliau memiliki ‘power’ seperti Ballack dan beliau juga seorang pemain laju dan kuat.”

Roy Hodgson dakwa Loftus-Cheek merupakan pemain yang lebih lengkap daripada Michael Ballack. Ermmm mabuk ketum ke ape

“Mungkin Ruben merupakan pemain yang lebih lengkap daripada Ballack. Saya tahu ini mungkin kenyataan yang agak kontroversi. Tetapi Ruben sangat bagus dalam menggelecek pemain lawan. Beliau mampu ‘menipu’ dengan kelajuan yang dimilikinya.”

“Jika kita lihat dari segi tersebut, mungkin beliau seperti Jack Wilshere. Ruben mempunyai kebolehan untuk menerima bola di situasi sempit dan keluar dengan pantas lalu membuka permainan.”

Loftus-Cheek dijangka bakal diletakkan dalam kesebelasan utama England bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bintang Tottenham Hotspurs, Dele Alli. Alli tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan di bahagian paha ketika menentang Tunisia tempoh hari.

Dele Alli mengutip kecederaan ketika menentang Tunisia tempoh hari tetapi sudah mula menjalani latihan ringan bersama skuad England

“Saya percaya Ruben sudah bersedia, 100 % sedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama England.”

“Crystal Palace merindui kelibat beliau ketika beliau tidak dapat diturunkan selama 3 bulan kerana kecederaan di pergelangan kaki.”

“Saya rasa Ruben sudah cukup bersedia untuk diturunkan berdasarkan dari apa yang kita lihat dari ‘cameo’ beliau ketika menentang Tunisia tempoh hari.”

BACA:  Bekas Bintang England Secara Rasmi Akan Wakili Sierra Leone Di Kejohanan Piala Benua Afrika