Alasan Southgate Seri dengan Denmark: ‘Kami Masih Bereksperimen’

Usaha England untuk menjuarai kumpulan C dalam Euro 2024 kini berdepan dengan masalah. Ianya seleaps England sekadar seri 1-1 dengan Denmark di Frankfur.

England mendahului menerusi gol oleh Harry Kane. Namun gagal untuk mengekalkan momentum mereka dan dibolosi oleh gol cantik daripada Morten Hjulmand yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Selepas keputusan seri yang tidak diingini peminat itu, penyokong England mempersoalkan kenapa Trent Alexander Arnold terus dijadikan pemain tengah. Pemain itu gagal untuk bermain dengan baik dan digantikan dengan Conor Gallagher hanya selepas 10 minit selepas separuh masa kedua bermula.

Gareth Southgate kemudian tanpa segan silu memberikan jawapan yang pelik. Menurutnya, England sekarang dalam proses untuk bereksperimentasi semata mata.

Menurut Southgate dia saja saja mencuba Trent Alexander Arnold di bahagian tengah. Kerana dia masih mencari pengganti sebenar untuk Kalvin Phillips yang tidak dibawa ke Jerman kali ini.

Kalvin Phillips merosot dengan teruk sejak dia berpindah ke Man City dan kemudian menyertai West Ham musim lalu secara pinjaman.

Pagar Selatan berkata: “Saya nak masukkan Conor, kami perlukan tenaga untuk press lebih bai. Dia (Alexander-Arnold) ada melakukan beberapa momen yang bagus yang kami yakin dia boleh melakukannya.

“Kita semua tahu ini sekadar eksperimen. Kami juga tahu kami tak ada pengganti semulajadi untuk Kalvin Philips. Kami sudah cuba mencuba beberapa perkara berbeza. Namun buat masa ini segalanya tidak selancar yang kami mahukan.

Kalvin Phillips menjadi pemain penting England ketika Euro 2020 yang lalu. Namun selepas itu dia tidak dapat mengekalkan tempatnya dalam skuad utama. Menjadi pemain gantian sebanyak 2 kali dalam Piala Dunia 2022.

Perpindahan ke Man City membuatkan Phillips gagal mendapatkan minit permainan yang banyak. Akhirnya dia kehilangan tempat dalam skuad England.

Trent Alexander Arnold merupakan pemain bek kanan. Buat masa ini Kyle Walker adalah pilihan utama untuk posisi tersebut. Namun Southgate cuba mendapatkan kualiti Trent menerusi hantaranya. Malangnya pemain itu jelas bukan pemain tengah yang baik.

Peminat England sukar menerima apabila Southgate masih lagi bereksperimen di pentas utama Euro.

BACA:  Peluang England Hanya 5.2% Untuk Juarai EURO 2020 Mengikut Perkiraan Supercomputer