Southgate Umum Senarai Awal 33 Pemain England Untuk EURO 2020

Gareth Southgate hanya mengumumkan senarai nama awal 33 pemain England bagi menghadapi saingan kejohanan paling agung di Eropah iaitu kejohanan European Championship (EURO) 2020 yang akan berlangsung jun ini.

Pada awalnya Gareth Southgate dilaporkan akan mengumumkan senarai 26 pemain rasmi England namun pengumuman itu telah ditangguhkan kepada tarikh baru iaitu 1 Jun dengan mengumumkan skuad sementara.

Penangguhan ini disebabkan oleh kecederaan pemain dan juga tiga pasukan England masih belum tamat musim mereka apabila terlibat dalam perlawanan akhir Champions League serta Europa League.

Chelsea dan Manchester City akan berentap di final Champions League manakala Manchester United pula bertemu Villareal di final Europa League yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Manchester United, Manchester City dan Chelsea merupakan pasukan yang menjadi lubuk pemain handalan England beraksi dan risiko kecederaan itu ada.

Atas sebab itulah Gareth Southgate tidak mahu mengambil risiko lalu penangguhan dilakukan.

Jordan Henderson dan Harry Maguire yang mengalami kecederaan dan masih belum cergas masih lagi berada dalam senarai dan ini memberi peluang kepada Southgate untuk membuat penilaian semula.

Untuk menutup mulut peminat Liverpool, Southgate telah menamakan kembali Trent Alexander Arnold yang dikatakan sangat hebat dan mampu membawa England bergelar juara bersama Jack Grealish yang sudah pulih.

Selain itu Ben Godfrey dari Everton, Mason Greenwod, Jude Bellingham, Aaron Ramsdale, Bukayo Saka dan pemain Brighton & Hove Albion, Ben White turut disenaraikan untuk melengkapkan senarai 33 pemain.

Pemain penyerang berbisa Leeds United, Patrick Bamford, Aaron Wan Bissaka, Danny Ings, James Maddison dan Eric Dier tidak tersenarai maka harapan mereka untuk EURO 2020 telah terkubur.

Gareth Southgate mempunya masa 7 hari untuk menyingkir 7 pemain bagi melengkapkan skuad rasmi yang dibenarkan hanya kepada 26 orang pemain sahaja.

Sebelum ini hanya 23 pemain rasmi sahaja yang dibenarkan namun penambahan telah dilakukan kerana situasi wabak yang melanda dunia ketika ini.

Daripada senarai 33 pemain ini, seramai 21 orang pemain berpeluang untuk mewakili pasukan senior England buat pertama kali di EURO 2020.

Di EURO 2020, England telah diundi berada dalam D bersama Croatia, Czech Republic dan Scotland. Perlawanan pertama England adalah bertemu Croatia di Stadium Wembley pada 13 jun.

Tarikh akhir diberikan oleh UEFA untuk menghantar senarai akhir 26 pemain untuk kejohanan musim panas ini adalah pada jam 11 malam hari selasa bersamaan 1 Jun 2021.

Pasukan bertanding masih boleh menukar pemain tanpa had sebelum perlawanan pertama EURO 2020 yang disebabkan kecederaan serius atau sakit (temasuklah positf Covid-19 atau menjadi kontak rapat).

Berikut merupakan senarai 33 skuad sementara England sebelum menjadi 26 orang:

Penjaga Gol (4 Pemain):

Dean Henderson (Manchester United)*, Sam Johnstone (West Bromwich Albion), Jordan Pickford (Everton), Aaron Ramsdale (Sheffield United)

Pemain Pertahanan (12 Pemain):

Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Ben Chilwell (Chelsea)**, Conor Coady (Wolverhampton Wanderers), Ben Godfrey (Everton), Reece James (Chelsea)**, Harry Maguire (Manchester United)*, Tyrone Mings (Aston Villa), Luke Shaw (Manchester United)*, John Stones (Manchester City)**, Kieran Trippier (Atletico Madrid), Kyle Walker (Manchester City)**, Ben White (Brighton & Hove Albion)

Pemain Tengah (7 Pemain):

Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Jordan Henderson (Liverpool), Jesse Lingard (West Ham United pinjaman dari Manchester United), Mason Mount (Chelsea)**, Kalvin Phillips (Leeds United), Declan Rice (West Ham United), James Ward-Prowse (Southampton)

Pemain Penyerang (10 Pemain):

Dominic Calvert-Lewin (Everton), Phil Foden (Manchester City)**, Jack Grealish (Aston Villa), Mason Greenwood (Manchester United)*, Harry Kane (Tottenham Hotspur), Marcus Rashford (Manchester United)*, Bukayo Saka (Arsenal), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Raheem Sterling (Manchester City)**, Ollie Watkins (Aston Villa)

* Tidak tersedia sehingga selepas final Liga Europa UEFA
** Tidak tersedia sehingga selepas final Liga Juara-Juara UEFA

BACA:  Henderson Raikan Gol Pertama Bersama England Macam Menang Piala Dunia