Euro 2024: England Semakin Hampiri Kejuaraan

England kini hanya 2 langkah saja lagi daripada kejuaraan Euro. Skuad bimbingan Gareth Southgate benar benar tidak mampu dikekang oleh mana mana lawannya pada masa ini.

England meneruskan kemaraan mereka ke separuh akhir Euro 2024. Sekaligus menepati ramalan mereka selaku pasukan pilihan supercomputer sebelum ini dan juga peminat seluruh dunia.

Skuad bimbingan Gareth Southgate berdepan dengan Switzerland dalam aksi suku akhir ketiga Euro 2024.

Skuad bimbingan Southgate sekali lagi bergelut untuk menang. Taktikal Gareth Southgate juga menjadi topik panas dibincangkan di media sosial.

Embolo kemudian membuat kejuan apabila meletakkan pasukannya di hadapan menerusi gol pada minit ke-75.

Ianya berpunca daripada hantaran lintang rendah yang gagal dikeluarkan pertahanan. Dan Embolo segera menyambarnya.

Tiga Singa kemudian menyamakan kedudukan 5 minit kemudian menerusi Bukayo Saka. Dan perlawanan berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Bintang Manchester City, Manuel Akanji gagal menyempurnakan penalti pertama untuk pasukannya yang diselamatkan oleh Pickford.

England kemudian memastikan kesemua pemain mereka mencetak gol dalam tugasan mereka dan sekaligus membolehkan England menang 5-3.

England mara ke separuh akhir. Dan kini ramalan Supercomputer semakin menjadi kenyataan.

Supercomputer Ramal England Juara Euro 2024

Beberapa minggu lalu, komputer super telah digunakan untuk meneka pasukan mana yang bakal menjadi juara Euro 2024. Dan ianya telah meramalkan England sebagai juara.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu kini berada di peringkat suku akhir. Sekaligus membuatkan ramalan super computer ini semakin menjadi kenyataan.

Supercomputer ini telah menggunakan data daripada Opta untuk menilai prestasi dan juga kebarangkalian. Ianya digunakan untuk menilai kesemua pasukan menerusi simulasi digital yang dibuat.

Dan hasil kajian daripada supercomputer itu, ia meramalkan England bakal juara dengan peratusan 19.9%.

Jauh di hadapan pasukan kedua yang diramalkan sebagai pilihan kedua untuk juara iaitu Perancis dengan 19.91%.

Pilihan ketiga adalah Jerman dengan peratusan 13.26% menurut kajian itu lagi.

Pasukan tuan rumah itu menunjukkan aksi baik pada awal kempen namun agak bergelut pada aksi berikutnya. Tetapi mereka tetap berjaya mara ke suku akhir.

Ini diikuti oleh Sepanyol dan Portugal yang masing masing memiliki kebarangkalian bergelar juara sebanyak 9.6% dan 9,2%.

Seterusnya baru diikuti oleh Belanda. Komputer yang sama meramalkan Georgia adalah negara paling sedikit kemungkinan boleh bergelar juara dengan peratusan hanya 0.13%. Pasukan tersebut sudah pun balik kerana tewas di peringkat peringkat 16 akhir.

England ketika ini diperkuat oleh bintang bintang muda dan senior yang berbakat besar. Di barisan serangan mereka ada Harry Kane yang dibantu oleh Jude Bellingham, Bukayo Saka dan Phil Foden.

England kekal berada dalam persaingan walaupun Jerman dan Portugal sudah pun tersingkir.

England sebelum ini menjadi finalis edisi 2020, di mana mereka kalah dalam perlawanan akhir di tangan Itali. Pasukan juara bertahan, Itali sudah pun bungkus awal.

Adakah England akhirnya berjaya memenangi Euro pertama dalam sejarah mereka. Dan membawa pulang ‘bola sepak’ setelah kali terakhir melakukannya pada 1966.

Slogan Football Is Coming Home merujuk kepada bola sepak moden hari ini dimainkan mengikut peraturan yang dibuat oleh FA Inggeris pada satu masa dulu. Dan sebab itu mereka menganggap bola sepak ini rumahnya di England.

Sebagai tambahan, supercomputer yang sama meramalkan Arsenal bakal bergelar juara EPL musim lalu dan Man United diramal akan menjadi juara UCL musim depan.

Masalahnya kini United tidak layak ke UCL untuk musim depan.

Supercomputer Dan AI Ramalkan Juara UCL Dari 2024 Hingga 2051

Adakah England benar benar akan menjuarai Euro 2024 kali ini? Dengan kualiti skuad yang mereka ada, England benar benar pasukan yang sangat kuat dan selayaknya bergelar juara.

BACA:  Luke Shaw Dikatakan Sudah Memeluk Islam