Pengadil Telah ‘Merompak’ Kemenangan England

Penyokong England nyata tidak berpuas hati dengan kezaliman pengadil dalam perlawanan suku akhir menentang Perancis dan menuduh pengadil perlawanan telah merompak kemenangan England.

Pengadil perlawanan antara England dan Perancis, Wilton Sampaio berasal dari Brazil telah melakukan beberapa siri keputusan yang meragukan dan penuh kontroversi.

Penyokong England berasa tidak percaya selepas Harry Kane tidak diberikan penalti menentang walaupun sangat jelas kelihatan kapten England itu telah dijatuhkan dalam kotak oleh Dayot Upamecano.

Harry Kane dan rakan sepasukan Three Lions bertindak balas dengan baik selepas ketinggalan dengan rembatan jarak jauh Aurelien Tchouameni, bertindak balas dengan menyekat pertahanan Perancis dan mencipta beberapa peluang.

Dengan semangat membara mahu mencari gol penyamaan, kapten England mengambil bola di sebelah kanan dan berjaya melepasi Dayot Upamecano sebelum dijatuhkan oleh bintang Bayern Munich itu.

Terdapat sedikit kelewatan kerana Wilton Sampaio menunggu untuk dinasihatkan oleh VAR sama ada dia harus pergi ke monitor untuk menyemak keputusan awalnya.

Bagaimanapun, sejurus selepas itu pengadil terus melambai tangan sebagai isyarat meneruskan permainan dan membuatkan ramai yang terpinga-pinga.

Kemungkinan kekasaran itu terjadi diluar kotak itu wujud, maka ini bermakna VAR tidak dapat campur tangan. Namun penyokong masih mempersoalkan keputusan pengadil untuk tidak memberikan kesalahan itu.

Sangat jelas Dayot Upamecano melakukan kekasaran ke atas Kane dan yang boleh dipertikaikan samada di dalam atau di luar kotak dan hanya boleh membuat penilaian jika terjadi di dalam kotak.

VAR secara khususnya membantu pengadil dalam membuat keputusan semasa situasi berikut iaitu jaringan gol, penganugerahan penalti, insiden kad merah dan kekeliruan pengadil dalam menghukum pemain yang betul.

Bekas penjaga gol England, Rob Green dengan pantas menyatakan bahawa VAR tidak akan dapat memberikan penilaian atas kekasaran itu jika ia dianggap berada di luar kotak, walaupun masih dia berasa hairan dengan keputusan itu.

“Satu-satunya cadangan yang boleh saya kemukakan ialah ia bukan dalam kawasan penalti tetapi Kane jatuh di kawasan itu, ia kelihatan seperti itu.” katanya di BBC Radio 5 Live.

“Apa yang pasti terjadi kekasaran dan terjadi kawasan tersebut.”

Sementara itu, pengulas di studio ITV, Lee Dixon nyata terkejut kerana pengadil dari Brazil itu tidak dihantar ke monitornya untuk melihat situasi itu dengan lebih dekat.

“Ada kaki di sana, nampaknya ia mungkin berada di luar kotak,” katanya.

“Upamencano, kakinya masuk di antara kaki Kane. Saya rasa ia satu kesalahan.”

Bekas pengadil Premier League, Peter Walton yang ditugaskan untuk mengadili keputusan pengadil dalam perlawanan untuk ITV di Piala Dunia tahun ini turut bersetuju dengan Dixon.

Pada awal permainan, England juga dibiarkan terpinga-pinga mempersoalkan keputusan Wilton Sampaio selepas dia gagal memberikan sepakan percuma kepada Bukayo Saka yang menjadi punca kepada gerakan jaringan awal babak pertama oleh Aurelien Tchouameni.

Saka dijatuhkan oleh Upamecano hanya 25 saat sebelum gol pembukaan permainan, tetapi pengadil memilih untuk tidak meniup wisel walaupun jelas ada kekasaran.

Peminat England yang berang tidak kepalang sempat menyunting laman Wikipedia pengadil Wilton Sampaio selepas berasa marah dengan keputusannya.

Seorang menukar keterangan pengadil kepada ‘penipu Brazil’, manakala seorang lagi bergurau bahawa Wilton Sampaio telah kehilangan ‘anjing pemandu’nya.

“Sila pulangkan anjing jika dijumpai, anjing itu mempunyai perlawanan untuk dirujuk,”

England ditunjukkan jalan keluar dari Piala Dunia oleh Perancis dalam kekalahan 2-1 dan Harry Kane gagal menyempurnakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

BACA:  Peminat Terkejut Rob Green Memanggil Trent Dengan Panggilan Tak Sepatutnya