Peminat Terkejut Rob Green Memanggil Trent Dengan Panggilan Tak Sepatutnya

Rob Green dikatakan telah memanggil bintang Liverpool, Trent Alexander Arnold dengan gelaran yang tak sepatutnya disebut secara terang-terangan seperti itu.

Kesilapan beliau memanggil nama Arnold dengan tidak sepatutnya itu disedari oleh para penyokong England, yang kemudiannya hangat membincangkan tentang hal tersebut di media sosial.

Pada awal mula aksi perlawanan antara England bertemu Hungary dalam saingan Nations League, Green dikatakan terlepas memanggil nama Arnold dengan gelaran tak sepatutnya.

Peminat di media sosial mendapati Green memanggil nama Arnold dengan menyebut ‘Trent Alexander-Arseh**e’ ketika beliau membincangkan tentang formasi yang digunakan oleh Gareth Southgate.

Tidak pasti sama ada beliau terlepas cakap, tersilap panggil, atau memang kebiasaannya beliau memanggil Arnold dengan gelaran itu namun terlupa kali ini beliau sedang mengulas secara langsung.

Tidak mengejutkan juga untuk melihat para peminat hangat membincangkan hal tersebut di media sosial kerana ia sesuatu hal yang sangat menarik.

Kesilapan Green menyebut nama Arnold turut mencetuskan perbalahan di kalangan peminat di media sosial, dengan ada yang terhibur dan ada juga peminat yang tak gembira dengan hal itu.

“Saya yakin Rob Green panggil Trent Alexander Arnold sebagai Arseh**e. Saya dengar dengan jelas sekali. Adakah itu dari hati dia?”

“Saya rasa dia memang selalu panggil Arnold begitu, tapi dia lupa kali ini dia bercakap secara langsung. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia tak profesional.”

“Saya berani bersumpah saya dengar Rob Green panggil Trent Alexander Arnold sebagai Trent Alexander Arsh**e.”

“Apa masalah dia? Saya tak sangka pula yang legenda pun sama saja seperti penyalah guna media sosial lain, sebut nama pun sampai menghina.”

“Hahahaha saya rasa itu komen dari hati dia, sesuai juga nama tu dengan Arnold lepas melihat dia tak menyanyi lagu kebangsaan hari ini.”

Bercakap tentang nyanyian lagu kebangsaan, Trent Alexander Arnold hari ini turut teruk dihentam oleh para peminat kerana tidak menyanyi lagu kebangsaan England ketika sebelum aksi sepak mula perlawanan.

England terpaksa akur tewas 1-0 di tangan Hungary dan jelas sekali ia bukan satu keputusan yang diharapkan oleh skuad kendalian Gareth Southgate itu.

Nations League: Hungary 1-0 England

Skuad Tiga Singa, England memulakan kempen UEFA Nations League di League A Group 3 dengan langkah kiri apabila telah dikejutkan oleh Hungary dengan kekalahan tipis satu gol tanpa balas.

Dalam League A Group 3, England berada bersama-sama Hungary, Itali dan Jerman, kekalahan ini nyata memberi tamparan hebat buat England dan menjadi kejutan besar di Nations League setakat ini.

Masih jauh perjalanan England sebenarnya untuk menentukan samada layak atau tidak kerana masih ada lima perlawanan berbaki.

Buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, Hungary berjaya menewaskan England sejak tahun 1962 kira-kira 8 tahun dan 95 hari sebelum Southgate dilahirkan.

Perlawanan di Puskas Arena ini sepatutnya dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran sebarang penyokong samada tuan rumah atau lawan disebabkan oleh insiden perkauman

Perlakuan bersifat perkauman dari penyokong Hungary di EURO 2020 menyebabkan Hungary dihukum tiga perlawanan tanpa penonton namun sebaliknya terjadi.

Untuk perlawanan ini hanya kanak-kanak berusia bawah 14 tahun dibenarkan masuk namun terdapat juga orang dewasa dan hampir 30,000 penonton Hungary hadir dan penyokong England tidak dibenarkan.

Jika kanak-kanak dibenarkan masuk sudah pasti penjaga mereka yang merupakan orang dewasa akan ada bersama dan idea membenarkan kanak-kanak masuk ini telah dikritik Gareth Southgate.

Ketika lagu kebangsaan England, God Save the Queen berkumandang semua penonton di stadium diam menghormati namun ejekan penuh nafsu mula kedengaran ketika pemain England berlutut sebagai tanda anti perkauman.

Pemain Liverpool, Trent Alexander Arnold juga mencetuskan kontroversi dan dikecam hebat kerana hanya membatu tidak menyanyikan lagu kebangsaan seperti rakan sepasukan yang lain.

Dalam perlawanan ini, England kelihatan agak goyah sejak awal permainan. Gareth Southgate bermain dengan tiga pertahan di mana Arnold dan James Justin yang melakukan debut selaku wing back dilihat tidak berfungsi dengan baik.

Hungary dengan garang dan tanpa henti menyasarkan pertahanan England di bahagian sayap yang tidak dikawal dan gol kemenangan HUngary melalau sepakan penalti separuh masa kedua daripada Dominik Szoboszlai datang dari lubuk di bahagian sayap.

Reece James yang masuk menggantikan Arnold pada minit ke-62 telah menolak pemain sayap Hungary, Zsolt Nagy.

Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan kesalahan Recee James selepas melakukan pemeriksaan dan kad kuning kekal menjadi milik James.

Pada minit ke-66, Dominik Szoboszlai tenang menyempurnakan sepakan dan gol itu menjadi satu-satunya gol perlawanan.

Jude Bellingham dan Bukayo Saka sahaja antara pemain yang layak diberikan kredit dan pujian dalam perlawanan ini dan kerana tewas kredibiliti Harry Maguire terus dipersoal.

Aksi buruk dan kelakar Maguire dikelab sebelum ini sering kali ditutup sedikit dengan aksinya bersama England.

Hungary (3-4-1-2): Gulacsi; Lang, Orban, Attila Szalai; Nego, A Nagy (Styles 82), Schafer, Z Nagy (Vecsei 88); Sallai (Kleinheisler 71), Szoboszlai (Fiola 82), Adam Szalai (Adam 88).

Simpanan: Dibusz, Szappanos; Kecskes, Salloi, Bolla, Vancsa, Spandler.

England (3-4-3): Pickford; Walker (Stones 62), Coady (Phillips 79), Maguire; Alexander-Arnold (James 62), Bellingham, Rice, Justin (Saka 45); Bowen, Kane, Mount (Grealish 62).

Simpanan: Ramsdale, Pope; Trippier, Gallagher, Ward-Prowse, Sterling, Abraham.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola: Walker Mengingatkan Saya Kepada Abidal & Lahm