Guardiola: Walker Mengingatkan Saya Kepada Abidal & Lahm

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata wujud persamaan di antara corak permainan Kyle Walker dengan pemain yang pernah dilatihnya pada masa lepas iaitu Eric Abidal dan Philip Lahm.

Bekas pemain Tottenham Hotspurs ini dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan sekitar £53juta, menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain pertahanan termahal dunia ketika ini.

Walker seorang yang versatile, menurut Pep

Walker merupakan pemain pertahanan kanan yang selesa menyerang tetapi dalam perlawanan persahabatan England menentang Belanda dan Itali baru-baru ini, beliau diturunkan bermain di bahagian kanan dalam sistem 3 pemain pertahanan tengah.

Beliau berjaya menunjukkan persembahan yang meyakinkan walaupun posisi tersebut agak asing buatnya dengan England mencatatkan kemenangan ke atas Belanda dan seri menentang Itali.

Guardiola berkata beliau agak terkejut dengan tindakan Gareth Southgate meletakkan Walker di posisi tersebut tetapi beliau sudah menyedari Walker memiliki ciri pemain yang versatile dan mampu bermain baik di mana-mana posisi.

Sepanjang karier pengurusan Guardiola, beliau pernah bekerjasaman dengan beberapa pemain yang mempunyai kebolehan bermain di banyak posisi. Di Barcelona, beliau memiliki Eric Abidal yang mampu bermain sebagai bek kiri dan pertahanan tengah.

Eric Abidal antara pemain kesayangan Pep ketika menguruskan Barcelona

Manakala di Jerman, beliau sering meletakkan kapten pasukan, Philip Lahm beraksi di bahagian tengah walaupun posisi asal pemain tersebut adalah bek kanan.

“Walker memiliki keupayaan untuk bermain di bahagian pertahanan tengah. Saya rasa keputusan Gareth Southgate meletakkan Walker bermain di situ adalah tindakan yang cukup bagus. Walker mampu beraksi dengan baik sebagai bek kanan atau bek tengah.”

“Dengan 3 bek tengah, anda memiliki perlindungan yang lebih baik di bahagian tengah. Walker juga mempunyai fizikal yang sesuai untuk bermain di situ.”

“Beliau laju, bijak, dan mampu melakukan hantaran dekat atau jauh dengan baik. Beliau juga mampu turun naik padang dengan pantas, jadi sudah tentu Walker sesuai beraksi di situ.”

“Abidal dan Lahm mampu beraksi di beberapa posis kerana mereka cepat untuk menyesuaikan diri. Walker juga tergolong dalam kategori pemain yang sama.”

Sebelum ini pada awal musim, Guardiola pernah berkata Walker adalah calon yang sesuai untuk mengisi posisi bek tengah ketika Manchester City berdepan masalah kecederaan di bahagian pertahanan.

Henderson kapten ? Memang tak pergi jauh la England Piala Dunia nanti

Walaubagaimanapun, ia tidak berlaku kerana Walker mempamerkan persembahan yang cukup baik di posisi kegemarannya iaitu bek kanan dengan The Citizens mendominasi saingan liga musim ini.

Guardiola mendakwa Southgate mungkin sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk menggunakan Walker di Piala Dunia nanti, tetapi beliau enggan mendedahkan pendapat beliau dalam perkara ini.

“Keputusan untuk meletakkan Walker bermain di mana terletak di tangan Southgate. Walker tidak bermain sebagai bek tengah di Manchester City. Keputusan melibatkan skuad kebangsaan terletak di bahu pengurus pasukan kebangsaan.”

BACA:  Ben Foster Jelaskan Kenapa Gol Pertama Perancis vs England Sepatutnya Tidak Terhasil