Alexander-Arnold Dipuji Hasilkan Assist Cantik Walaupun Seluar Terlondeh

Penonton yang menyaksikan perlawanan di antara Liverpool dan Sheffield United pada awal pagi tadi disajikan dengan pandangan yang mengejutkan.

Trent Alexander-Arnold menghasilkan satu assist menakjubkan daripada sepakan sudut untuk gol pembukaan Liverpool. Tetapi bintang England itu pasti mahu menyaksikan kembali rakaman ulangan perlawanan tersebut.

Pada ketika kedudukan terikat 0-0, pemain pertahanan berusia 25 tahun itu mengambil tugasan mengambil sepakan sudut yang ditanduk deras Virgil van Dijk ke dalam gawang.

Walaubagaimanapun Alexander-Arnold mengalami sedikit masalah dengan seluarnya pada ketika itu dan ia dirakam secara siaran langsung.

Ketika bersedia untuk mengambil sepakan, bek kanan versatile dan genius itu terpaksa menurunkan sedikit seluarnya sehingga mendedahkan sebahagian punggungnya.

Naib kapten pasukan itu bagaimanapun enggan menghiraukan situasi tersebut, dan memastikan sepakan sudut cantiknya memberikan gol pendahuluan kepada Liverpool sebelum waktu rehat.

Insiden tersebut kemudiannya pantas mendapat reaksi di media sosial termasuk di X.

Salah seorang berkata: “Trent menghasilkan assist ketika punggungnya terdedah tetapi masih mampu melakukannya dengan baik.”

“Menangis saya belihat punggung tu,” kata seorang lagi.

Seorang lagi berkata: “Trent menggunakan punggungnya untuk melakukan assist.”

Seorang lagi pengguna media sosial menggelar Trent sebagai GOAT kerana menggunakan punggungnya menghasilkan assist.

Pada ketika ini Liverpool berada di kedudukan kedua, hanya dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Sheffield United pula kekal berada di kedudukan tercorot.

BACA:  Fabinho Dijangka Ganti Tempat Virgil Van Dijk Yang Digantung Perlawanan