Peminat City Ejek Arnold Sebagai Koyak Kerana Komen Tentang Kejayaan City Kerana Wang

Peminat Liverpool dan Man City bertelagah di media sosial berikutan komen Trent Alexander Arnold tentang kejayaan Man City yang bergantung kepada wang.

Musim ini Liverpool dan Man City sekali lagi bersaing untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kedua dua pasukan akan bertemu pada Ahad ini dalam aksi yang dianggap blockbuster.

Bercakap kepada FourFourTwo, Trent Alexander Arnold berkata: “Ini perlawanan sukar kerana kami akan berdepan dengan mesin yang ditempa untuk menang. Itu adalah rumusan ringkas tentang Man City dan organisasi mereka.

Trent Alexander Arnold berkata: “Imbas kembali pada era ini, walaupun mereka memenangi lebih banyak trofi berbanding kami dan mungkin lebih berjaya, namun trofi yang kami menangi lebih bermakna kepada kami dan penyokong kami kerana situasi kedua dua pasukan dari segi kewangan.

“Bagaimana kedua dua kelab membina pasukan mereka dan akhlak mereka melakukannya, mungkin lebih bermakna buat penyokong kami.”

Peminat Man City menganjing Trent dan mengucapkan tahniah kerana memenangi ‘trofi EPL yang lebih bermakna’ berbanding Man City.

Peminat City yang lain melabel Trent Alexander Arnold sebagai koyak dan sakit hati dengan kejayaan Man City.

Sambil mengingatkan pemain itu bahawa Liverpool cuba membeli Caicedo £100 juta sebelum ini, dan rundingan tidak diteruskan kerana pemain itu menolaknya.

Peminat Liverpool menyokong kenyataan Arnold itu. Bukan mudah untuk menyaingi Man City yang menurut mereka mendapat sumber kewangan yang luar biasa.

Sambil seorang lagi peminat tegar Liverpool menyatakan bahawa: “Piala Carabao kita lebih hype berbanding treble mereka musim lalu.”

Bercakap tentang peluang Liverpool musim ini, Arnold berkata, tidak mustahil untuk menyaingi Man City walaupun mereka ibarat mesin kemenangan.

Dia menambah: “Kami dah tunjukkannya pada tahun tahun sebelum ini, bahawa kami mampu melakukannya dan tiada alasan kami tak mampu melakukannya musim ini.

“Kami teruja terlibat dalam perseteruan dengan City dan kami dalam kedudukan yang bagus ketika ini.

“Saya yakin mereka akan bermotivasi tinggi untuk perlawanan ini, begitu juga kami. Ianya akan menjadi perlawanan yang sangat mengujakan.

BACA:  Pemain Pertahanan Liverpool Dakwa Zaha Lebih Sukar Dihadapi Berbanding Neymar & Ronaldo