Belum Tutup Jendela Perpindahan, Barcelona Mahu Dapatkan Arnold Untuk Musim 2023/24

Belum habis gila Barcelona di jendela perpindahan musim panas ini, mereka telah memanjangkan kegilaan itu ke tahun hadapan apabila sudah merancang mendapatkan Trent Alexander Arnold tahun hadapan bagi saingan musim 2023/24.

Nafsu Barcelona nampaknya tidak bersempadan dengan mempunyai nafsu jangka pendek dan juga nafsu jangka panjang disebalik kemelut kewangan mereka hadapi.

Ketika ini musim baharu hampir bermula dan Barcelona masih tidak pasti dapat mendaftarkan pemain yang dibeli kerana terikat dengan had perbelanjaan yang dikenakan La Liga.

Menurut laporan Liverpool Echo, Gergasi Sepanyol itu mahu mendapatkan Trent Alexander-Arnold bagi melengkap skuad yang mereka bina ketika ini.

Walaupun setahun lagi pemburuan akan dilakukan Barcelona, mereka dilaporkan sudah bersedia untuk membayar yuran perpindahan setinggi £67 juta.

Kontrak Trent Alexander-Arnold bersama Liverpool akan berakhir pada tahun 2025 dan telah berada di kelab untuk seluruh kariernya selepas lulus dari akademi remaja kelab.

Barca kini sudah pun mempunyai pemain seperti Sergino Dest dan Sergi Roberto untuk bermain di posisi bek kanan.

Mereka mengintai bakat superstar untuk mengisi posisi itu untuk tahun-tahun akan datang dan dengan kualiti Arnold maka tidak mustahillah Arnold berada dalam radar Barca.

Bagi pemain yang mempunyai bakat dan potensi seperti Alexander-Arnold, £67 juta itu adalah satu jumlah yang boleh mengundang tawa terbahak-bahak.

Tambahan pula Trent Alexander Arnold bukan pemain yang mahu dijual oleh Liverpool dan Trent Alexander Arnold sendiri pula tiada hasrat untuk meninggal.

Trent Alexander-Arnold datang melalui sistem pembangunan pemain di Anfield dan sering bercakap tentang bagaimana dia melihat dirinya sebagai pemain yang akan beraksi hanya untuk satu kelab.

Produk Akademi itu telah memenangi semua yang ada untuk dimenangi bersama The Reds dan menjadi pemain termuda yang melakukannya pada usia muda 23 tahun.

Trent Alexander-Arnold juga dicanang sebagai ketua pasukan masa hadapan Liverpool.

Arnold Cafu England

Pembantu pengurus Liverpool, Pep Lijnders melahirkan keyakinan penuh bahawa Trent Alexander-Arnold boleh dan mampu untuk menjadi Cafu England jika diberikan peluang yang selayaknya.

Sebenarnya Trent Alexander Arnold mempunyai potensi amat besar untuk menjadi jawapan kepada England bagi mencari pemain hebat seperti Cafu serta boleh menjadi bintang di Piala Dunia akan datang.

Penilaian ini datang dari Pep Lijnders yang merupakan individu yang telah bekerja dan melihat sendiri perkembangan Trent Alexander Arnold sejak remaja lagi hingga kini.

Trent Alexander Arnold telah memainkan peranannya dengan sangat baik dan hampir menghadirkan empat piala musim lalu dan sejak beberapa musim yang lalu.

Posisinya di bek kanan di Liverpool hampir tiada siapa yang mampu mencabar setakat ini tetapi situasi yang berlainan terjadi bersama skuad kebangsaan England.

Pemain berusia 23 tahun itu bergelut disebabkan banyak faktor dan gagal untuk mempamerkan aksi konsisten bersama Gareth Southgate dan terlalu jarang dapat memperlihatkan kualitinya seperti di Liverpool.

Lijnders, bagaimanapun, bertegas bahawa peluang itu ada untuk Trent Alexander-Arnold dan percaya bek kanan itu mempunyai kapasiti untuk membantu merevolusikan permainan serangan England di Qatar musim sejuk ini, selagi dia diberi platform dan peluang untuk menunjukkan nilai sebenar.

Lantaran yakin dengan kualiti dimiliki Trent Alexander-Arnold, Ljinders percaya Trent Alexander-Arnold akan mampu menjadi seperti Cafu di Brazil yang berpaksikan kepada kreativiti.

“Jika anda melihat permainan ketiak merencanakan serangan, dia telah memberikan situasi itu satu tonik yang kreatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Seperti yang dilakukan Cafu (untuk Brazil) pada masa lalu.”

“Anda perlu kekal kreatif, kekal tidak boleh dibaca lawan.”

Bagi Pep Ljinders kelebihan Trent Alexander-Arnold adalah visinya dalam perlawanan yang dapat melihat peluang dan ruang yang tidak dijangka oleh orang lain.

“Trent Alexander-Arnold dapat melihat perkara yang hadirin di stadium tidak nampak. Dia nampak benda yang aku tak nampak. Terpulang kepada kita untuk meletakkan dia pada kedudukan yang betul untuk pamerkan kecemerlangan.”

Lijnders meluahkan perkara ini dalam majlis perlancaran buku pertamanya yang berjudul Intensity, yang mengisahkan perjalanan Liverpool musim lalu.

Untuk memberikan konteks betapa dia selalu memikirkan Alexander-Arnold, dua anak lelakinya Romijn dan Benjamin, kedua-duanya memakai baju No 66 seperti dipakai oleh bek kanan itu.

“Ni bapak dieorang yang paksa. Saya paksa mereka untuk pakai.”

Potensi Arnold masih lagi belum mencapai tahap kemuncak dan tidak mustahil untuk menjadi sehebat Cafu malahan mungkin lebih.

BACA:  Jurgen Klopp Mempertikaikan Keputusan Southgate Memainkan Arnold Di Posisi Midfield