Kualiti Trent Alexander Arnold Level Pemain Championship Je!

Keupayaan pemain pertahanan dan kapten masa depan Liverpool, Trent Alexander-Arnold telah disifatkan sebagai ‘Tahap kejuaraan’ atau ‘Championship Level’ oleh Frank Leboeuf.

The English Football League Championship yang lebih dikenali sebagai Championship divisyen tertinggi Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) dan kedua tertinggi secara keseluruhan dalam sistem liga bola sepak Inggeris, selepas Premier League.

Liga ini ditandingi oleh 24 kelab dan kualiti Trent Alexander Arnold mungkin berada dalam lingkungan pasukan yang berada ditangga ke-20 hingga tercorot.

Bek kanan Liverpool itu bergelut musim ini dan pasukan bimbingan Jurgen Klopp yang dicanang hebat namati itu hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan Liga Perdana mereka setakat ini.

Liverpool hanya berjaya mencipta dua rekod bersih tanpa bolos ketika mencipta kemenangan kemenangan penuh bergaya 9-0 ke atas Bournemouth dan seri 0-0 dengan musuh ketat tetapi dekat, Everton.

Bekas bintang Chelsea, Frank Leboeuf berpendapat Alexander-Arnold mempunyai kualiti yang luar biasa di hadapan (serangan) tetapi kekurangan di bahagian belakang (Pertahanan).

“Lihat Trent Alexander-Arnold. Saya suka pemain itu, dia mempunyai kualiti dibahagian serangan. Tetapi ketika bertahan, dia hanya level Championship.” katanya kepada Journal du Dimanche.

Selain itu juga Frank Leboeuf juga berpendapat sistem Klopp menyembunyikan kelemahan pemain berusia 23 tahun itu ketika bertahan.

“Hanya sistem Klopp yang berfungsi untuknya. Apabila ia tidak berfungsi dengan baik musim ini, yang anda lihat hanyalah kelemahan ketika melakukan kerja seorang pertahanan.”

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu juga menggariskan perkara yang akan diajarnya kepada Alexander-Arnold dan menuduh Roberto Carlos sebagai pemain yang telah mencacatkan pemain pertahanan.

Dia menyambung:

“Saya mahu membawanya bersama saya untuk bekerja pada perkara asas. Saya akan berkata kepadanya: ‘Paling kepala anda dan lihat ke belakang anda, ia akan menjadi lebih baik’. Roberto Carlos yang mencacatkan generasi pertahanan.”

Isu kepada kualiti bertahan Trent Alexander-Arnold bermula sejak musim lalu, apabila dia gagal mengekang Vinicius Jr. yang berjaya menghasilkan gol tunggal untuk kemenangan Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Trent Alexander-Arnold kemudiannya telah dikitai begitu saja oleh Aleksandar Mitrovic pada hari pembukaan liga musim ini apabila sekadar seri 2-2 dengan Fulham sebelum tewas 2-1 kepada Manchester United.

Terkini aksi bertaraf Championship Arnold adalah ketika Liverpool sekadar seri ketika menentang Brighton di mana Leandro Trossard mencetak hatrik dan dua gol yang dihasilkan Trossard kesalahannya diletakkan kepada Arnold.

Pengurus England, Gareth Southgate masih belum diyakinkan sepenuhnya oleh Alexander-Arnold dan dia tidak beraksi dalam kekalahan 1-0 di UEFA Nations League kepada Itali dan seri 3-3 menentang Jerman.

Jika ditanya kepada Jurgen Klopp sudah pasti Trent Alexander-Arnold akan diangkat sebagai pemain yang bagus namun rata-rata berpendapat lebih kurang sama dengan Frank Leboeuf.

Tidak dinafikan Trent Alexander-Arnold seorang pemain pertahanan yang sangat kreatif dengan kualiti hantaran bermutu tinggi dan menambah sengat dibahagian serangan namun kualiti untuk tugas hakiki sebagai seorang pemain pertahanan adalah sangat teruk.

Gary Lineker percaya pemenang Liga Perdana itu masih menjadi antara ancaman kreatif terbesar England dan menyatakan rasa tidak senangnya semasa perlawanan itu.

Lineker berkata: “Peringatan lembut bahawa pemain tengah paling kreatif England, James Maddison, tidak berada dalam skuad 28. Dan pemain bola sepak paling kreatif England, Trent Alexander-Arnold, duduk di bangku simpanan dengan serpihan kerusi di pantatnya…”

Alexander-Arnold telah mewakili Three Lions sebanyak 17 kali, tetapi Kyle Walker, Kieran Trippier dan Reece James mendahuluinya dalam urutan pemain kesayangan Gareth Southgate.

BACA:  [VIDEO] Liverpool Bernasib Baik Alexander Arnold Tidak Dibuang Padang