Klopp Pertahan Arnold Dengan Analisis Yang Merungkai Kisah Sebenar

Jurgen Klopp tampil mempertahankan Trent Alexander Arnold yang dikritik hebat kerana kemampuannya untuk bertahan yang merupakan tugas hakikinya teramatlah lemah bertaraf Championship.

Pengurus Liverpool itu tampil membela Trent Alexander Arnold dengan membentangkan analisis yang merungkai kisah sebenar dan peranan dimainkan Arnold dalam permainan yang diterapkan Klopp.

Prestasi Trent Alexander Arnold musim ini tidaklah begitu berkadar terus dengan prestasi pasukan Liverpool musim ini yang bocor sana-sini kerana gagal untuk bermain sebagai satu unit sepert musim-musim sudah

Pemain Left back England itu juga telah kehilangan tempat bersama skuad tiga singa untuk perlawanan UEFA Nations League (UNL) dan berisiko kehilangan aksi Piala Dunia.

Jurgen Klopp tidak mahu mengulas perkara itu kerana tidak mahu kenyataannya itu menjadi berita besar dalam bola sepak.

Namun Klopp telah menjelaskan bagaimana Liverpool bermain dan bagaimana Arnold sangat memenuhi kriteria untuk pelan itu dilaksanakan.

Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson merupakan antara kunci serangan Liverpool di mana mereka akan naik ke atas dari sebelah kiri dan kanan.

Kedua-dua pemain ini sangat penting dalam permainan high press Liverpool dan mempunyai kemampuan tinggi serta berkualiti untuk melakukan hantaran silang.

Klopp berkata:

“Cara kami bermain, sebagai contoh, jika anda bukan pakar bola sepak, jika kami melakukan tekanan tinggi (high press), sangat kerap, tidak selalu, tetapi selalunya Trent adalah yang naik paling tinggi daripada ketiga-tiga pertahanan lain di belakang.”

“Jadi ia bermakna dalam situasi tekanan tinggi, dialah yang akan tiba – dan itulah cara kami bermain bola sepak. Sekarang anda boleh berkata, ‘Ya, kemudian bertahan dengan lebih baik.’ Anda tidak boleh memiliki segala-galanya.”

“Jadi, jika anda mahukan tekanan tinggi, anda memerlukan pemain di posisi tertentu.”

“Bagaimanapun, kami meletakkan penyerang yang lebih luas untuk menutup kawasan itu dan bahagian tengah sedikit lebih tinggi, atau kami menutup barisan terakhir dengan tiga pemain, ditambah Fabinho atau sesiapa sahaja yang bermain posisis nombor 6 dan menjadikannya lebih tinggi.”

Kritikan umum terhadap Alexander-Arnold ialah kekurangan kesedaran tentang kedudukannya.

“Pemain berusia 23 tahun itu sering meninggalkan ruang di bahagian belakang dan bahagian tengah belakang sebelah kanan terpaksa menutupnya.

Klopp mendakwa itu adalah ‘risiko’ taktiknya dan Alexander-Arnold hanya mengikut arahannya.

“Jadi sekarang kita tidak mendapat bola di sana (sebelah Arnold) dan bola seterusnya pergi ke sebelah itu, ya, sekarang Joel [Matip], Joey [Gomez], Ibou [Konate], sesiapa di sebelah itu bermain, perlu menutupnya, dan tidak mengapa.”

“Ini risiko yang kami ambil, ia bukan risiko gila. Kami memenangi bola dalam sembilan daripada 10 kali tetapi dalam satu ketika di mana kami tidak memenanginya, orang bertanya, ‘Di mana Trent?’ Dan itu soalan yang saya tidak faham.”

“Semua orang yang sering menonton bola sepak, selama itu, mengapa anda kemudian akan berkata, ‘Ya, itu tugas utamanya’? Tetapi saya memberitahunya dia perlu berada di sana.”

Jurgen Klopp menyedari risiko yang perlu ditanggung dari taktikalnya itu namun kebarangkalian untuk berjaya memenangi bola adalah tinggi dan pemain lain sudah sedia untuk menutup ruang yang ditinggalkan Arnold.

Selama ini itulah permainan diterapkan Klopp sehingga melonjakkan nama Arnold sebagai antara terbaik dunia namun musim ini semuanya agak tidak menjadi dan itulah risiko yang perlu ditanggung.

Kelebihan lain Trent Alexander Arnold adalah pakar dalam sepakan bola mati dan untuk musim ini sudah terbukti kualiti itu di Champions League.

Ketika ramai mengkritik Arnold, Klopp tenang sahaja menadah telinga kerana dia sahaja yang memahami dan pandai menggunakan Arnold bagi memenuhi tuntutan pelan taktikalnya.

Situasi sama menimpa Jack Grealish yang dikatakan tidak setara dengan harganya namun tidak bagi Pep Guardiola yang menyatakan Grealish menjalankan tugas dengan baik dan memenuhi pelan taktikalnya.

Bagi Pep semua ini terjadi kerana ramai obses dalam menilai berdasarkan kepada statistik yang berkisar kepada jumlah gol dan assist sahaja.

BACA:  Peminat Terkejut Rob Green Memanggil Trent Dengan Panggilan Tak Sepatutnya