Senarai Pertahanan Kanan Terbaik Dunia

Trent Alexander Arnold merupakan pemain pertahanan kanan Liverpool yang sangat cemerlang beberapa musim ini.

Pemain muda ini telah mempamerkan aksi cukup mantap sehingga ditabalkan sebagai pemain back kanan terbaik dunia.

Dari aksi yang telah dipersembahkan, tidak boleh dipertikaikan bahawa beliau lebih baik berbanding bintang lain di premier league seperti Kyle Walker dan Aaron Wan Bissaka.

Pemain Liverpool yang kini berusia 21 tahun itu muncul dari akademi the reds dan telah menyertai pasukan utama Liverpool pada tahun 2016.

Kini Trent merupakan tunjang utama untuk pasukan kendalian Jurgen Klopp. Sepanjang dua musim ini, Trent telah mempamerkan aksi luar biasa hebat.

FourFourTwo telah menamakan Trent sebagai Full-back terbaik dunia dan mendakwa bahawa beliau antara pemain Eropah yang mempamerkan aksi mantap secara konsisten.

Trent musim ini telah mencatatkan 12 bantuan jaringan dalam saingan premier league sepanjang musim ini.

Pencapaian yang terbaik untuk seorang pemain muda yang bermain di posisi pertahanan kanan.

“Sangat menarik untuk membincangkan tentang bakat muda di England, mereka mempunyai pemain muda yang hebat seperti Jadon Sancho dan Phil Foden.”

“Trent antara pemain muda terbaik yang mereka miliki dan bakal menjadi pemain terbaik didunia dalam beberapa musim lagi.”

Jelas FourFourTwo.

Bintang Bayern Munich, Joshua Kimmich berada ditempat kedua dibelakang Trent.

Tetapi ada yang mengatakan bahawa Kimmich mungkin akan menjadi pertahanan kanan terbaik dunia sekiranya beliau tidak terlalu fokus untuk menjadi defensive midfielder.

Menurut FourFourTwo, pemain berusia 25 tahun Jerman itu menjadikan Philip Lahm sebagai idolanya dan mahu menjadi seperti legenda Jerman itu.

Dan kerana itu jugalah beliau bermain di dua posisi yang di mainkan oleh Philip Lahm ketika bersama Bayern dahulu.

Walau bagaimanapun, ia tidak sedikit pon  menjejaskan pemain seperti Kimmich untuk menjadi aset yang paling bernilai untuk pasukan kelab dan negaranya seperti Philip Lahm.

Wan Bissaka telah menandatangani perjanjian bersama setan merah pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai £50 juta.

Dalam musim pertama bersama setan merah, Bissaka telah mempamerkan aksi cukup hebat dan berada di tangga ketiga dalam kedudukan 10 pertahanan kanan terbaik dunia.

Senarai 10 pemain pertahanan kanan terbaik dunia pilihan FourFourTwo:

10. Thomas Meunier (Paris Saint-Germain)

9. Nelson Semedo (Barcelona)

8. Dani Carvajal (Real Madrid)

7. Benjamin Pavard (Bayern Munich)

6. Ricardo Pereira (Leicester City)

5. Achraf Hakimi (Borussia Dortmund)

4. Kyle Walker (Manchester City)

3. Aaron Wan-Bissaka (Manchester United)

2. Joshua Kimmich (Bayern Munich)

1. Trent Alexander-Arnold (Liverpool)

Penilaian ini dibuat berdasarkan persembahan yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang musim ini dalam semua pertandingan.

Trent bukan sahaja banyak menyumbang untuk bantuan jaringan bersama Liverpool, beliau juga banyak membantu bahagian pertahanan dengan menjadi salah satu tembok besar untuk pasukan Liverpool.

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 1-1 Chelsea