Pemain Pertahanan Liverpool Dakwa Zaha Lebih Sukar Dihadapi Berbanding Neymar & Ronaldo

Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold berkata Wilfried Zaha merupakan pemain lawan yang paling sukar pernah beliau hadapi setakat ini. Arnold turut berkata Zaha lebih sukar untuk dikawal berbanding Neymar dan Cristiano Ronaldo.

Pemain muda England berusia 20 tahun itu merupakan pemain utama Liverpool sejak melakukan debut pada Disember 2016, mengenepikan cabaran pemain yang lebih senior di posisi tersebut iaitu Nathaniel Clyne.

Arnold percaya Zaha memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi pemain yang hebat

Beliau juga dipanggil mewakili England untuk beraksi dalam edisi Piala Dunia yang lalu dan berada dalam kesebelasan utama ketika Liverpool tumpas di tangan Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Walaupun pernah berhadapan dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali, Ronaldo dan pemain paling mahal di dunia iaitu Neymar, Arnold percaya Wilfried Zaha merupakan pemain yang paling sukar pernah beliau hadapi setakat ini.

“Pada hari terbaiknya, saya boleh cakap Zaha adalah lawan yang paling sukar untuk dikawal.” Ujar Arnold dalam satu wawancara bersama The Times.

“Zaha mempunyai atletism yang baik. Anda tidak boleh merampas bola daripadanya, sukar untuk dijatuhkan, laju, penuh dengan skill, mampu menjaringkan gol, mencipta gol, dan juga seorang pemain yang mampu memenangi perlawanan.”

Neymar tidak cukup padu menurut Arnold. Zaha lebih power

“Ronaldo dan Neymar pula, semua orang dapat lihat mereka adalah pemain yang sangat bijak. Semua tahu apa yang Ronaldo dan Neymar mampu lakukan, pergerakan, tetapi pemain-pemain ini kurang menerima bola apabila berhadapan dengan kami [Liverpoo].”

“Sudah tentu Zaha tidak berada di tahap yang sama seperti Neymar atau Ronaldo, tetapi bagi saya, pada hari terbaik Zaha merupakan pemain yang paling sukar untuk dihadapi.”

Arnold menyertai akademi Liverpool sejak tahun 2004 dan mengambil masa selama 12 tahun sebelum melakukan penampilan rasminya bersama kelab tersebut. Beliau mempunyai impian untuk menjadi kapten Liverpool suatu hari nanti dan kini sedang menuntut ilmu dengan Jordan Henderson bagi mencapai cita-cita tersebut.

“Henderson merupakan ‘role model’ yang baik bagi mana-mana pemain di bandar ini. Di luar padang, beliau seorang yang agak pendiam.”

Juga tidak cukup padu menurut Arnold. 

“Sebaik sahaja beliau melintas garisan putih di atas padang, beliau bertukar menjadi orang lain dan bersemangat. Beliau akan menjerit dan memberi dorongan kepada rakan-rakan yang lain dan memberikan segala yang beliau ada untuk menang.”

“Itu merupakan perkara yang saya belajar daripada beliau sebagai seorang kapten. Untuk memimpin pasukan memenangi perlawanan. Henderson dilahirkan untuk menjadi seorang juara.”

“Saya mahu menjadi kapten Liverpool suatu hari nanti. Itulah impian saya sejak dulu lagi.”

BACA:  Harga Neymar + Mbappe Lebih Mahal Berbanding Satu Skuad Bayern Munich