Harga Neymar + Mbappe Lebih Mahal Berbanding Satu Skuad Bayern Munich

Harga yang dibayar oleh Paris Saint-Germain(PSG) untuk mendapatkan Neymar dan Kylian Mbappe sebagai ayam tambatan mereka adalah lebih mahal berbanding satu squad utama gergasi Jerman, Bayern Munich.

Bayern Munich dan PSG akan bertemu di perlawanan akhir Champions League bagi musim 2019/20 yang merupakan satu musim yang istimewa selepas beberapa pasukan pilihan lain telah terciduk awal.

Gergasi Bundesliga itu yang kaya dengan sejarah samada akan diperingkat domestik dan Eropah, manakal pasukan dari Paris itu pula kaya dengan wang ringgit untuk dileburkan hasil pelaburan pemiliknya.

Ini merupakan kali pertama, PSG berjaya mara ke pentas kejohanan paling agung di Eropah ini, Champions League selepas bertahun-tahun mencuba dengan pelbagai pelaburan telah dihabiskan.

Bayern Munich pula merupakan pemenang 5 kali Champions League sejak dipertandingkan 1973/74, 1974/75, 1975/76, 2000/01 dan kali terakhir bergelar juara 7 tahun yang lalu pada musim 2012–13.

Ini merupakan kali ke-11 Bayern Munich mara ke perlawanan akhir Champions League, menyamai rekod AC Milan. Real Madrid paling banyak ke final dengan 16 kali.

Neymar + Mbappe > Skuad Bayern Munich

Tanda harga PSG mendapatkan duo terhebat dunia, Neymar + Kylian Mbappe secara keseluruhannya telah mencecah £330.3 juta mengatasi skuad 23 pemain Bayern Munich yang berjumlah £324.21 juta.

Neymar telah disambar PSG dari Barcelona dengan harga memecahkan rekod dunia £198 juta dan Kylian Mbappe dengan harga pecah muka pecah kepala, £131 juta.

Walaupun secara keseluruhannya skuad Bayern Munich bernilai £324.21 juta tetapi kesebelasan utama Bayern Munich ketika menewaskan Lyon hanya bernilai £90 sahaja.

Pemain paling mahal Bayern Munich ketika menentang Lyon adalah Manuel Neuer yang dibeli berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu hanaya kerna kau ratu laksan di singgahsan pada harga £27 juta sahaja.

Pemain tengah, Thiago Alcantara berada dikedudukan kedua termahal dengan nilai £22.5 juta diikuti Jerome Boateng di bahagian pertahanan yang memegang tanda harga hanya £12.15 juta.

Lebih padu adalah penyerang paling tajam di dunia ketika ini, Robert Lewandowski tidak mempunyai harga diri kerana telah dirembat secara percuma. Gratis itu percuma gais.

Pembolos, penakfsir dan pencuri ruang, Thomas Muller dan Leon Goretzka juga merupakan pemain yang menyertai Bayern Munich secara percuma, di mana Muller merupakan produk akademi.

Serge Gnabry pula hanya berharga £7.2 juta sahaja hampir dengan yuran Joshua Kimmich £7.65 juta, David Alaba pula sekitar nilai £135,000.

Pemain muda sensasi ketika ini, Alphonso Davies hanya memakan kos £9 juta dan jika dikirakan sekali yuran pinjaman Ivan Perisic sebanyak £4.5 juta maka secara keseluruhan hanya bernilai £90.13 juta.

Harga pemain kesebelasan utama Bayern Munich vs Lyon:

1. Manuel Neuer (£27 juta)

2. Alphonso Davies (£9 juta)

3. David Alaba (£135,000)

4. Jerome Boateng (£12 juta)

5. Joshua Kimmich (£7.65 juta)

6. Leon Goretzka (Percuma)

7. Thiago (£22.5 juta)

8. Ivan Perisic (Pinjaman – £4.5 juta)

9. Serge Gnabry (£7.5 juta)

10. Thomas Muller (Akademi – Percuma)

11. Robert Lewandowski (Percuma)

Jumlah = £90,135,000

Pemain Bangku Simpanan Bayern Munich Lebih Mahal

Pemain di bangku simpanan Bayern Munich jauh lebih mahal berbanding dengan skuad utama mereka ketika menewaskan Lyon 3 gol tanpa balas untuk mara ke final Champions League buat kali ke-11.

Javi Martinez telah dibeli pada harga £36 juta dan Corentin Tollisso juga mempunya tanda harga yang hampir sama dengan sedikit lebih iaitu £37.35 juta. Benjamin Pavard pula berharga £31 juta.

Pemain paling mahal Bayern Munich adalah Lucas Hernandez yang diikat dengan harga £72 juta, Bayern Munich nyata tidak dapat lari dari harga pasaran pemain yang melambung tinggi dan tidak masuk akal.

Philippe Coutinho adalah seorang yang tinggi harga dirinya tetapi ditendang ke sana-sini namun secara teknikalnya bukan pemain Bayern Munich kerana berstatus pemain pinjaman daripada Barcelona.

Jika dicampurkan kesemua pemain di atas ini baru sahaja mencecah £266.4 juta, jauh lagi ditinggalkan oleh duo, Kylian Mbappe dan Neymar.

Jika dicampurkan kesemua 23 pemain skuad Bayer Munich iaitu Joshua Zirkzee, Kingsley Coman, Michael Cuisance, Ron-Throben Hoffmann, Alvaro Odriozola, Sven Ulreich dan Niklas Sule serta yuran pinjaman Coutinho sebanyak £7.65 juta maka belum cukup memintas harga Mbappe dan Neymar.

Secara keseluruhannya skuad 23 pemain Bayer Munich bernilai £324.21 juta dan Neymar + Mbappe £330.3 juta perbezaan £6.09 juta memihak kepada duo termahal dunia itu.

Secara kasarnya boelh la dianggap nilai skuad Bayern Munich = nilai Neymar + Mbappe.

Jika berdasarkan sejarah pasukan dalam Champions League, PSG boleh dianggap sebagai pasukan bawah anjing(Underdog) kerana pertama kali mara ke final dan pada nilaian wang ringgit mereka jauh di atas anjing.

BACA:  Dota 2: OG Juara The International 8, Bawa Pulang RM 45.82 Juta Selepas Tewaskan PSG LGD