Reaksi Priceless Thiago Alcantara Melihat Gol Thunderbolt Jaringan Trent Alexander Arnold

Penyokong Liverpool terpukau dan terpesona dengan keindahan gol yang dijaringkan oleh Trent Alexander Arnold ketika aksi kemenangan The Reds menewaskan Newcastle 3-1 awal pagi tadi.

Bukan hanya para peminat yang terkejut dan terpukau, rakan sepasukan Trent, Thiago Alcantara turut menunjukkan reaksi yang sungguh priceless ketika melihat bola itu menerjah jaring gawang gol Newcastle.

Pemain midfield Sepanyol itu memiliki sudut terbaik untuk melihat bagaimana kencang dan padunya bola rembatan Trent Alexander Arnold menerjah jaring gawang gol lawan.

Beliau pada ketika itu berada betul-betul di belakang Trent sambil melihat jaringan Thunderbolt yang hampir mengoyakkan jaring gawang gol Newcastle itu.

Ketika bola rembatan Arnold tepat menuju ke sudut atas gawang untuk mengesahkan kemenangan 3-1 Liverpool menewaskan Newcastle, Thiago Alcantara telah menunjukkan reaksi yang sungguh priceless.

Sementara rakan sepasukan yang lain meluru ke arah Trent untuk meraikan gol tersebut, Thiago masih berdiri kaku sambil berpusing ke belakang seolah-olah beliau tidak percaya melihat gol sehebat itu.

Penandatanganan musim panas Liverpool, Ibrahima Konate turut menunjukkan reaksi yang sama dengan satu lagi video lain sempat merakam bagaimana aksi tidak percaya beliau melihat gol jaringan Arnold.

Bekas bintang Bayern Munich dan Barcelona itu jelas sekali tahu dan sedar bagaimana rasanya dapat menjaringkan gol yang cantik dan hebat seperti Trent.

Beliau baru-baru ini turut berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi kemenangan 2-0 Liverpool menewaskan Porto.

Gol yang sungguh cantik dan padu itu membuatkan ramai peminat yang terpukau dan ada juga beberapa pemain Liverpool sendiri yang turut terpesona melihat gol tersebut.

Gol cantik jaringan Thiago Alcantara bertemu Porto

Para pemain Liverpool sendiri terpukau dan teruja melihat gol luar biasa menakjubkan yang berjaya dijaringkan oleh Thiago Alcantara ketika aksi bertemu Porto hujung bulan lalu.

Thiago Alcantara menjaringkan gol half-volley yang sungguh dasyat dari jarak 25 ela untuk membantu Liverpool menewaskan Porto dalam aksi saingan Champions League.

Pemain midfield The Reds itu melepaskan rembatan half-volley dari luar kotak penalti tepat menemui penjuru gawang gol Porto dalam perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu.

Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan gergasi Portugal itu, dengan Thiago Alcantara dan Mohamed Salah muncul sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Gol half-volley yang dijaringkan oleh Thiago Alcantara itu tidak dinafikan lagi sememangnya sangat menakjubkan dan beliau berhak untuk dipuji kerana menjaringkan gol secantik itu.

Para pemain Liverpool yang dari awal sudah mengesahkan tempat beraksi di pusingan 16 terbaik meraikan jaringan Thiago Alcantara itu dengan penuh semangat dan ramai dari mereka seakan tidak percaya melihat kehebatan gol tersebut.

Joel Matip sampai pegang kepala seolah-olah tak percaya dengan kualiti rembatan Thiago Alcantara dan beliau juga turut terpukau melihat keindahan gol tersebut.

Selain Matip, Ibrahima Konate juga turut menunjukkan reaksi teruja ketika melihat bola half-volley rembatan Thiago itu menerjah jaring gawang gol Porto.

Walau gol itu sudah cukup mengujakan dan membuat ramai terpukau, namun Thiago Alcantara sendiri merasakan yang gol itu biasa sahaja dan beliau pernah menjaringkan gol yang lebih cantik dari itu sebelum ini.

Bercakap kepada BT Sport selepas tamat perlawanan, ketika Thiago mendedahkan yang beliau pernah menjaringkan gol lebih cantik dari itu, Oxlade-Chamberlain dilihat sangat terpegun dengan jawapan dari bintang Sepanyol itu.

Ketika ditanya adakah beliau pernah menjaringkan gol lebih cantik berbanding gol yang dijaringkan bertemu Porto ini, Thiago menjawab:

“Saya rasa ya.”

Oxlade-Chamberlain yang terpukau dengan jawapan dari Thiago itu memuji rakan sepasukannya atas persembahan hebat yang mereka persembahkan dalam perlawanan ini.

Walaupun Liverpool sudah menempah tempat beraksi di pusingan kalah mati, namun aksi yang dipersembahkan oleh para pemain sudah cukup membuktikan betapa mereka mempunyai semangat juang yang sangat tinggi.

“Kami mengambil langkah lebih berhati-hati dalam perlawanan ini, ia sangat penting untuk terus kekalkan standard.”

Jelas Oxlade-Chamberlain kepada BT Sport.

“Kami bermain dengan sangat baik pada hujung minggu lalu dan kami mahu pamerkan aksi yang lebih baik pada malam ini.”

“Memang ada pertukaran tapi adalah sangat penting untuk semua pemain yang diturunkan, dapat mempamerkan aksi yang hebat dan meneruskan rentak kemenangan. Itu baru profesional. Tiga mata adalah apa yang kami mahu.”

Jurgen Klopp turut berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya dan beliau turut tidak mampu berselindung tentang keterujaan beliau melihat kehebatan gol jaringan Thiago Alcantara itu.

Bercakap tentang aksi persembahan Liverpool dalam perlawanan ini, pengurus dari Jerman itu menyatakan bahawa:

“Ia sangat bagus. Kami boleh lakukan lebih baik, dan lebih tenang dalam situasi menjaringkan gol. Tapi ia sangat menakjubkan, yang mana ia bukan hal yang biasa berlaku untuk pasukan yang mereka tidak kerap bermain bersama.”

“Ada orang mungkin fikir yang kami akan bermain permainan yang mudah tapi kami di sini bukan untuk itu. Kami menang perlawanan dengan dua gol yang hebat. Terutama gol Thiago. Wow!”

“Terlalu banyak perkara hebat yang berlaku malam ini, kedua-dua secara individu mahupun berkumpulan. Kami ada pemain muda yang bermain, pemain baru pulih dari kecederaan dan ada pemain dapat minit ada pemain direhatkan.”

“Jika kamu ada dalam skuad kami, maksudnya kamu pemain yang bagus, ia semudah itu. Saya tak akan turunkan mana-mana pemain kalau mereka tak bersedia. Dengan Tyler Mortin dia agak terkejut sebelum sepak mula, tapi dia sudah melakukan tugasnya dengan baik dan saya sangat berbangga dia pamerkan persembahan seperti ini.”

Pemain kebangsaan Sepanyol itu memulakan kariernya di Anfield dengan sangat perlahan selepas beliau awalnya disahkan positif C0V-19 dan kemudiannya dibelenggu masalah kecederaan lutut selama tiga bulan ketika kariernya sebelum ini.

Antara aksi terhebat yang beliau pamerkan dan gol tercantik beliau sepanjang beraksi bersama Liverpool, tidak dinafikan lagi sememangnya gol ketika beraksi bertemu Porto ini.

Beliau secara tidak langsung telah membuktikan mengapa ramai yang kagum dengannya dan mengapa Klopp benar-benar mahu mendapatkan khidmatnya sebelum ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pemain Pertahanan Liverpool Dakwa Zaha Lebih Sukar Dihadapi Berbanding Neymar & Ronaldo