Pernah Dianggap Pembelian Genius, Thiago Alcantara Makan Dalam Padam Liverpool Dari Bio Instagram

Ketika didatangkan ke Anfield pada September 2020, Thiago Alcantara menjadi sanjungan peminat The Red dan ramai menganggap Jurgen Klopp telah berjaya merekrut seorang pemain kreatif setaraf Kevin de Bruyne.

Video-video aksi Thiago ketika bersama Bayern Munich turut membanjiri ruangan media sosial pada ketika itu, dikongsi oleh mereka yang begitu percaya akan kebolehannya.

Pada ketika itu Thiago dianggap sebagai pembelian yang akan memberi pulangan berbaloi kepada Liverpool sebagaimana yang dibuktikan oleh pemain-pemain yang didatangkan oleh kelab Merseyside iitu sebelumnya.

Namun demikian apa yang diharapkan tidak berlaku. Malah pemain itu melalui senario yang rumit di Anfield terutama kerana beberapa siri kecederaan yang dialami pemain itu.

‘Magis’ dan ‘genius’ yang sering dilaungkan dan diharapkan oleh penyokong The Kop tidak pernah kunjung tiba walaupun dalam beberapa perlawanan, pemain ini menampilkan sekilas kemampuannya.

Kini kontrak Thiago hanya berbaski setahun, dan situasi pemai  itu di Liverpool juga semakin rumit setelah gagal melayakkan diri ke Champions League musim hadapan.

Wartawan The Goal, Neil Jones ketika memberikan gambaran mengenai nasib Thiago berkata:

“Liverpool berkemungkinan akan membuat keputusan penting mengenai masa depan Thiago Alcantara. Fenerbahce adalah salah satu kelab yang berminat mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu.”

Ini bermakna pada usia 32 tahun, Thiago mungkin berhadapan akan ditunjukkan jalan keluar daripada skuad Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.

Spekulasi mengenai masa depan Thiago juga semakin bertiup kencang terutama selepas Liverpool mendatangkan dua pemain tengah baharu, Dominik Szoboszlai and Alexis Mac Allister.

Koresponden terpaling tau mengenai isu dalaman Liverpool, James Pearce juga mendedahkan situasi paling teruk sekarang ialah Thiago dan Joel Matip berkemungkinan akan ditunjukkan pintu keluar apabila kontrak mereka tamat pada penghujung musim hadapan.

James Pearce bagaimanapun berpendapat, Klopp mungkin masih memerlukan khidmat pemain itu pada musim ini.

Namun tindakan Thiago memadam nama kelab itu daripada bio di akaun Instagramnya kini menimbulkan tanda tanya peminat.

Ia juga mungkin petanda Thiago sudah melihat dirinya bukanlah genius atau memiliki magis sebagaimana didakwa oleh pemujanya sebelum ini.

Sebelum ini dalam sebuah video untuk mempromosi jersi baharu kelab itu, jersi milik Thiago juga tidak kelihatan – terus mencetuskan spekulasi di kalangan penyokong The Reds pemain itu bakal dijual di jendela perpindahan musim panas ini.

Mungkinkah Thiago merajuk disebabkan perkara itu sehingga memadam nama Liverpool daripada akaun Instagramnya?

Atau ia sudah pasti Thiago akan meninggalkan Liverpool selepas ini?

BACA:  Klopp: Liverpool Patut Bayar 'Double' Untuk Alisson !