Ben White Dianggap Terlalu Bagus Untuk Arsenal Dan Lebih Sesuai Sertai United

Ben White dilihat terlalu bagus untuk Arsenal dengan Manchester United terlepas kesempatan untuk menandatangani beliau walau mereka sedang memburu pemain centre-back pada musim panas ini.

Ia merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Danny Mills yang percaya pertahanan Brighton itu seharusnya meletakkan garis panduan yang lebih tinggi berbanding memilih untuk sertai Arsenal.

Selepas mempamerkan aksi persembahan menakjubkan pada musim lalu, White dijangka akan dilepaskan dengan nilai £50 juta dengan Arsenal ketika ini sedang menunggu masa sahaja untuk mengumumkan penandatanganan beliau secara rasmi.

Walau bagaimanapun, keputusan pemain berusia 23 tahun itu untuk sertai Arsenal telah menimbulkan persoalan dalam fikiran Mills.

Mills merasakan White seharusnya menyertai pasukan yang lebih baik dan lebih mampu untuk mencabar kejuaraan Premier League dan bukannya menyertai pasukan pertengahan seperti The Gunners.

Beliau menganggap Manchester United seharusnya menandatangani White, memandangkan Ole Gunnar Solskjaer sedang mencari pemain centre-back baharu untuk digandingkan bersama Harry Maguire.

Bercakap ketika menjelaskan tentang perpindahan White menyertai Arsenal, bekas pemain Leeds United dan Manchester City telah menyatakan bahawa:

“Satu-satunya hal yang mengejutkan saya adalah Ben White telah menandatangani perjanjian bersama Arsenal.”

“Mari bayangkan yang dia akan kekal di Arsenal selama dua ke tiga tahun setidaknya sebelum pergi ke tempat lain. Saya hanya fikir dia sepatutnya boleh sertai pasukan lebih baik dari itu.”

“Apa yang boleh dia capai bila beraksi bersama Arsenal? League Cup? Itu pun kalau nasib dia baik. Mungkin FA Cup.”

Mills kemudiannya telah memuji White dengan menyatakan:

“Saya rasa dia merupakan pemain yang luar biasa menakjubkan dan saya rasa dia penandatanganan terbaik untuk Arsenal.”

“Saya cuma sedikit terkejut yang Manchester United, walau mereka tengah mencari pemain centre-back, mereka tak tandatangani White.”

White mencipta nama ketika beraksi sebagai pemain pinjaman di Leeds yang mana beliau bermain di posisi pertahanan untuk skuad kendalian Marcelo Bielsa.

Beliau berjaya membantu Leeds United untuk memenangi gelaran Championship dan mara ke saingan premier league.

Beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain terbaik dalam saingan premier league selepas dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England sebelum ini.

Manchester United tidak menandatangani Ben White kerana mereka ketika ini sedang berunding dengan Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Raphael Varane.

Winning mentaliti sangat diperlukan oleh skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu dengan Varane merupakan individu paling tepat untuk di bawa masuk.

Kedua-dua United dan Varane sudah bersetuju untuk bekerjasama, namun kini hanya menanti keputusan dari Real Madrid sama ada mereka mahu melepaskan pemenang Piala Dunia itu atau tidak.

Madrid sendiri sememangnya memerlukan dana tambahan untuk kelangsungan kelab dan mereka baru-baru ini telah kehilangan Ramos yang menyertai PSG secara percuma.

Oleh yang demikian, Varane merupakan salah satu jalan terbaik untuk Los Blancos membuat duit memandangkan pemain centre-back Perancis itu hanya memiliki baki satu tahun sahaja lagi dalam kontraknya.

Daripada melihat beliau pergi secara percuma tahun hadapan, adalah lebih baik untuk Real Madrid menjualnya sahaja pada musim panas ini.

White yang dianggap terlalu bagus untuk sertai Arsenal

Walau bagaimanapun, para peminat Arsenal tentunya akan sedikit terasa hati ketika mendengar Mills menyatakan yang White lebih bagus berbanding The Gunners.

Ia sepertinya satu penghinaan untuk Arsenal kerana dianggap tak setaraf dengan White dan tak akan memenangi apa-apa Piala. Adakah para penyokong Gunners setuju mereka menyokong pasukan yang lemah dan lembik? Atau mereka harus lawan kenyataan dari Mills? Bincangkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ben White Dan Ramsdale Ketawakan Penyokong Tottenham Hotspur Sebelum Sepak Mula Perlawanan