Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger telah dinamakan sebagai pemain terpantas dalam saingan Premier League musim ini.
Menurut kajian kelajuan yang dilakukan oleh Opta, Rudiger mencatatkan catatan terpantas berbanding mana-mana pemain dalam saingan liga bola sepak Inggeris musim ini.
Beliau mencatatkan rekod tersebut ketika beraksi bertemu Brighton pada awal musim baru-baru ini dan catatan itulah yang meletakkan beliau sebagai pemain terpantas dalam saingan Premier League.
Antonio Rudiger is statistically the fastest player in the Premier League this season with Chelsea star’s top speed quicker than likes of Mohamed Salah and Adama Traore https://t.co/wC8s4wqHVK pic.twitter.com/ZjU6AuDaOY
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) March 22, 2022
Rudiger mencatatkan kelajuan 36.7 kmph (22.8 mph) untuk menjadikan beliau sebagai pemain paling pantas dalam saingan Premier League musim ini.
Catatan beliau itu tak jauh dipisahkan dari bintang Liverpool, Mohamed Salah dan bekas bintang Wolverhampton Wanderers, Adama Traore.
Salah dan Traore masing-masing mencatatkan kelajuan 36.6 kmph (22.7 mph) musim ini untuk terikat di kedudukan kedua sebagai pemain terpantas Premier League.
Seorang lagi pemain Liverpool, Ibrahima Konate pula berada di kedudukan keempat dalam senarai ini dengan beliau berjaya merekodkan 32.2kmph (22.5 mph).
Sementara pemain penyerang Aston Villa, Ollie Watkins dan bintang Leicester City, Patson Daka pula masing-masing berada di kedudukan kelima dengan mencatatkan 36.1 kmph (22.4 mph).
Antonio Rudiger has been recorded faster than the likes of Mohamed Salah and Adama Traore this season 💨https://t.co/J6Sx7E2sKf
— talkSPORT (@talkSPORT) March 22, 2022
Kontrak Rudiger bersama Chelsea akan tamat pada penghujung musim ini dengan beliau sepertinya akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.
Rudiger dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Juventus pada musim panas nanti dengan beliau dikatakan akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama The Old Lady.
Rudiger sudah bersetuju untuk sertai Juventus
Juventus dilaporkan telah bersetuju untuk menandatangani Antonio Rudiger dengan kontrak selama empat tahun pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.
Pemain kebangsaan Jerman itu akan meninggalkan Stamford Bridge pada penghujung musim ini secara percuma sebagai pemain berstatus free ejen.
Status beliau bersama Chelsea juga pada ketika ini agak terumbang-ambing dan agak sukar untuk melihat beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab.
🚨 Juventus have agreed a four-year deal with Antonio Rüdiger. He will join the Italian club on a free when his Chelsea contract runs out this summer.
(Source: Gazzetta dello Sport) pic.twitter.com/ByRlPg7kmM
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 19, 2022
Melihat kepada situasi Chelsea pada ketika ini, jelas sekali agak mustahil untuk Rudiger dapat apa beliau mahukan, dengan pemain centre-back itu mahu menjadi antara penerima gaji tertinggi kelab.
Real Madrid, Paris Saint Germain dan Barcelona dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Rudiger, namun menurut sumber laporan dari Gazzetta dello Sport, Juventus telah berjaya memenangi perlumbaan untuk dapatkan bintang Chelsea itu.
Rudiger akan menandatangani kontrak selama empat tahun bersama The Bianconeri dengan beliau dikatakan akan menerima sekitar €6.5 juta setahun.
Seandainya Juventus berjaya membawa Rudiger ke Turin, maka bintang Jerman itu akan menjadi seorang lagi pemain berprofil tinggi yang berjaya mereka dapati secara percuma.
La prima pagina della #Gazzetta oggi:
📣 RUDIGER, SÌSSIGNORATutte le #notizie 👉https://t.co/lRccgZpsxe pic.twitter.com/MwyEITSae7
— La Gazzetta dello Sport (@Gazzetta_it) March 19, 2022
🚨| Rüdiger to Juventus is DONE. Agreement for a 4-year contract with salary of €6.5m per year. @Gazzetta_it #rmalive
— Madrid Zone (@theMadridZone) March 19, 2022
Laporan sama juga menyatakan yang Juventus selain sudah berjaya mendapatkan Rudiger, mereka kini sedang mengintai peluang untuk mendapatkan Jorginho.
Pemain midfield Itali itu memiliki kontrak sehingga 2023 di Stamford Bridge, dan Chelsea kini sedang dalam usaha mereka untuk menawarkan kontrak baru kepadanya.
Sekali lagi, masalah sekatan yang sedang mereka hadapi menyebabkan The Blues semakin sukar untuk memujuk Jorginho, apa lagi mahu menawarkan kontrak baru kepadanya.
Juventus sememangnya memiliki rekod yang menakjubkan dalam mendapatkan pemain secara percuma, dengan nama-nama seperti Andrea Pirlo, Dani Alves, Sami Khedira, Emre Can, Adrien Rabiot dan Aaron Ramsey semuanya mereka dapati secara percuma sahaja.
Rudiger akan kembali ke saingan Serie A, yang mana beliau sebelum ini pernah beraksi bersama AS Roma selepas meninggalkan Stuttgart pada tahun 2015 yang lalu.
According to reports in Italy, Chelsea defender Antonio Rudiger has agreed to join Juventus on a 4-year deal when his contract expires this summer. (Gazzetta dello Sport) pic.twitter.com/RFq3PNrRki
— Transfer News Central (@TransferNewsCen) March 20, 2022
Chelsea menandatangani bintang Jerman itu dengan yuran perpindahan bernilai £29 juta sahaja pada tahun 2017 yang lalu.
Rudiger telah beraksi selama lima musim pada ketika ini, dengan beliau sudah berjaya membuat 190 penampilan untuk kelab.
Pemain berusia 29 tahun itu gagal mendapat tempat ketika era kendalian Frank Lampard, namun beliau berjaya untuk kembali menjadi nadi penting Chelsea di bawah kendalian Thomas Tuchel.
Beliau juga merupakan antara pemain terpenting kelab ketika membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League pada musim lalu.
Memandangkan kelab pada ketika ini sedang disekat oleh kerajaan United Kingdom, Chelsea ketika ini beroperasi menggunakan lesen khas selepas segala assets Roman Abramovich termasuk The Blues sendiri dibekukan.
Pihak kelab sangat berharap agar isu penukaran hak milik dapat segera diselesaikan, agar Chelsea akan masih mampu untuk diselamatkan.
Dalam tempoh sekatan ini, Chelsea masih tak dibenarkan menjual merchandise dan jersi serta mereka juga tak dibenarkan untuk menawarkan kontrak baru kepada pemain dan tak boleh jual beli pemain.
Kontrak Andreas Christensen dan Cesar Azpilicueta juga akan tamat pada musim panas ini, maka Chelsea jelas sekali bakal kehilangan ramai pemain dek kerana sekatan tersebut.
Antonio Rüdiger has reportedly said yes to a four-year deal with Serie A giants Juventus
The German's contract expires at the end of the season, and the Blues are unable to extend it due to the sanctions placed on club owner Roman Abramovich pic.twitter.com/B1HzLxLN0o
— FootballJOE (@FootballJOE) March 19, 2022
Mereka juga pada ketika ini berdepan kesukaran dalam menghadapi jadual perlawanan yang ada dek kerana dana kelab turut disekat.
Kerana itulah mereka sangat berharap agar urusan penjualan kelab akan mampu diselesaikan dengan segera, agar Chelsea FC tak perlu lagi melalui segala sekatan tersebut.
Sumber: SPORTbible