Bolt: Brazil Perlukan Khidmat Neymar Untuk Menangi Piala Dunia

Pemegang rekod dunia 100 meter, Usain Bolt percaya peluang Brazil untuk merangkul Piala Dunia 2018 bergantung sama ada Neymar sempat sembuh atau tidak, tetapi beliau berharap Argentina akan memenanginya untuk Lionel Messi.

Bekas atlet berusia 31 tahun ini terdesak untuk melihat Messi menjulang trofi yang hampir dimenanginya itu 4 tahun lepas di Brazil, jika tidak kerana jaringan saat akhir Mario Gotze untuk memberikan kemenangan kepada Jerman.

Brazil bakal tumpul Neymar

Minat Bolt terhadap bolasepak bukanlah perkara yang baru. Beliau merupakan peminat Manchester United dan bakal mengetuai pasukan ‘World XI’ menentang pasukan pilihan England musim panas nanti dalam perlawanan amal anjuran UNICEF di Old Trafford.

Pelari berasal dari Jamaica ini baru sahaja menjalani pemilihan selama dua hari bersama Borussia Dortmund minggu ini dalam usahanya untuk bergelar pemain bolasepak profesional.

Bolt merupakan peminat Argentina dalam kancah bolasepak antarabangsa dan berharap dapat melihat rakannya, Messi menjulang trofi tersebut di Russia nanti. Tetapi Bolt mengakui Argentina bukanlah pasukan pilihan kerana terdapat beberapa negara lain lagi yang mempunyai peluang yang baik untuk mendakap Piala Dunia musim panas nanti.

Piala Dunia 2018 bakal menjadi peluang terakhir buat pemain seperti Lionel Messi, Gonzalo Higuain, Sergio Aguero dan Angel Di Maria untuk menjulang trofi terulung tersebut. Kejohanan kali ini juga merupakan medan terbaik buat Messi dan rakan-rakan untuk menebus kekecewaan mereka tewas dalam perlawanan akhir kepada Jerman 4 tahun lepas.

Bolt menghadiri ujian pemilihan pemain bersama Dortmund minggu ini

Ketika bercakap kepada Goal selepas tamat sesi latihan terakhirnya bersama Dortmund, Bolt berkata beliau akan mengunjungi Russia untuk menonton beberapa perlawanan Piala Dunia pada musim panas nanti.

“Sudah tentu saya akan berkunjung ke Russia dan menonton beberapa perlawanan Piala Dunia. Saya merupakan peminat ‘susah mati’ Argentina dan saya akan menonton aksi mereka di Russia nanti.”

“Jerman merupakan calon pilihan untuk mempertahankan gelaran juara dunia. Brazil juga tergolong dalam kategori tersebut seandainya Neymar kembali pulih. Dua lagi adalah Argentina dan Perancis. Mereka ini adalah 4 pasukan pilihan saya untuk menjulang Piala Dunia nanti.”

Bintang sensasi Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan serius pada awal Mac dan dijangka hanya akan kembali bermain pada penghujung Mei.

Hantu FIFA tidak sabar untuk melihat pace Bolt dalam FIFA 19

Neymar mengharungi musim yang cemerlang bersama PSG sebelum mengalami kecederaan, dimana beliau berjaya menjaringkan 20 gol dalam saingan Ligue 1. Bolt percaya Neymar merupakan pemain penting buat Selecao dan pasukan tersebut akan bergelut tanpa khidmat Neymar.

“Kehilangan Neymar dalam skuad Piala Dunia Brazil akan memberikan kesan besar kepada pasukan tersebut. Neymar merupakan pemain bertaraf tinggi dan antara pemain terbaik dunia ketika ini. Sekiranya beliau gagal pulih dan tidak cergas untuk beraksi, saya rasa Brazil tidak akan memenangi kejohanan tersebut.”

BACA:  [VIDEO]: Onana Maki Maguire Kerana Lakukan Hantaran Dungu Lawan Dortmund