Pemain Setan Merah Koyak Lalu Memijak Neymar

King of comeback Manchester United agak kurang bernasib baik apabila kalah tipis 1-3 di tangan PSG.

Manchester United dan Paris Saint-Germain bermain dalam aksi bola sepak serba menghiburkan pembukaan 45 minit di Old Trafford.

Neymar membuka gol untuk Paris dari sudut sukar pada minit keenam dan United memerlukan sedikit masa untuk masuk ke dalam permainan.

Fred kemudian bernasib baik kerana melepaskan kad merah terus untuk mendapatkan kepala di Leandro Paredes. VAR kemudian menarik semula kad merah itu menggantikannya kepada kad kuning.

Ada yang mempersoalkan, kenapa tak kad merah? Sedangkan pemain bayaran ansuran kredit mudah, Pepe sebelum ini dikenakan kad merah?

Marcus Rashford kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-33.

Terdapat satu lagi insiden dalam perlawanan  ini. Di mana McTominay dan Neymar bertengkar. Neymar sangat marah dengan McTominay yang berterusan bermain kotor dan mengasarinya.

McTominay yang koyak kerana pasukannya ternyata tidak bermain seperti diharapkan dan tidak mendapat penalti telah memijak kaki Neymar.

Pemain handalan Brazil itu meraung kesakitan namun McTominay tidak dibuang padang sebab pengadil merasakan Tominay tidak melakukan sebarang kesalahan memijak lawan.

Pengadil merasakan Tominay tidak sengaja memijak pemain Brazil itu.

Neymar dilihat hanya bisa menahan dan berpaut pada alat sulit Tominay untuk melegakan kesakitannya.

Namun Neymar tetap memberikan malam suram buat McTominay dengan rakan rakannya, apabila dia menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Saingan Champions League di kumpulan H yang dikatakan sebagai kumpulan maut telah membuktikan telahan itu benar di mana selepas perlawanan kelima masih tiada yang mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Manchester United, PSG dan RasenBallsport Leipzig masing-masing mengumpul 9 mata selepas 5 perlawanan. Sengit.

Pada perlawanan pertama Manchester United berjaya mengejutkan PSG dengan kemenangan dua gol berbalas satu di mana PSG serba tidak menjadi dalam perlawanan tersebut.

Namun dalam perlawanan ulangan ini sudah pasti PSG bukan PSG pada perlawanan pertama kerana mereka mahukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Seawal minit ketujuh perlawanan menyaksikan Neymar telah meletakkan PSG dihadapan dengan satu rembatan dari kanan gawang berjaya menewaskan David De Gea yang cuba mengemut.

Selepas itu PSG berterusan melancarkan serangan demi serangan bagi menggandakan kedudukan dan mendahului dengan selesa namun Manchester United mula mendapat rentak.

Pada minit ke-20 pemain Manchester United dan PSG telah berkerumun seperti mahu bergocoh tatkala Leandro Daniel Paredes telah terbaring di padang.

Semua gara-gara Fred yang membawa pertengkaran mulut kepada satu reaksi balas fizikal dan Leandro Daniel Paredes telah rebah gelepar dodam-dodam di tanah.

Satu tindakan bodoh dari Fred mujurlah melalui rujukan Video Assistant Referee(VAR) hanya kad kuning dilayangkan.

Berpunca daripada rembatan Anthony Martial yang ditepis Keylor Navas bola telah sampai ke kai Aaron Wan Bissaka yang terus menghantar kepada Marcus Rashford.

Rembatan Ranshford telah terbias kaki pemain PSG dan membuatkan Keylor Navas akhirnya tertewas.

Fred mencuri tumpuan pada separuh masa pertama apabila terselamat buat kali kedua selepas melakukan terjahan lewat dan telah memijak kaki Leandro Daniel Paredes.

Tiada kad kuning sekurang-kurangnya di mana jelas kekasaran itu.

Awal babak kedua, Anthony Martial telah membazirkan peluang yang terhidang apabila percubaannya jauh mendekati bumi dan terus ke bulan.

Edison Cavani telah melakukan satu percubaan sangat genius dengan satu bola lob melemaskan Keylor Navas namun mujur palang menjadi penyelamat.

Lantunan bola sekali lagi mencari Anthony Martial namun seluas-luas gawang terbuka Martial memilih untuk merembat pemain lawan yang sedia menghadang.

Selepas dua peluang terbaik dibazirkan oleh Martial, Marquinhos pula turut membazirkan peluang dengan satu sundulan bebas melewati palang ketika tidak dikawal.

David De Gea telah menyelamatkan sepakan leret Mitchel Bakker yang meleleh keluar untuk sepakan penjuru.

Dan sepakan penjuru inti telah membuahkan hasil dan kali ini Marquinhos tidak lagi membazirkan peluang dengan satu jolokan untuk gol kedua.

Bad to worse katanya pengulas buat Manchester United apabila Fred tidak dapat lagi diselamatkan apabila telah dibuang padang dan menyusahkan pasukan.

Tiada pilihan untuk Ole Gunnar Solskjaer yang terpaksa menyerang untuk mendapatkan gol penyamaan namun dihukum dengan serangan balas pantas PSG.

Sungguh jahat gol ketiga Neymar yang nyata telah membunuh semangat kebangkitan Manchester United dengan satu sepakan meleleh ketika Maguire dan De Gea sudah terkulai.

Manchester United: De Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Telles; Fred, McTominay; Rashford, Fernandes, Martial; Cavani.

Subs: Henderson, Bailly, Fosu-Mensah, Williams, James, Lingard, Mata, Matic, Pogba, van de Beek, Greenwood, Ighalo.

PSG: Navas; Florenzi, Kimpembe, Marquinhos, Diallo; Verratti, Danilo, Paredes; Kean, Neymar, Mbappe.

Subs: Rico, Letellier, Kehrer, Di Maria, Rafinha, Kurzawa, Herrera, Bakker, Gueye, Dagba, Pembele, Fadiga.

BACA:  Bolt: Brazil Perlukan Khidmat Neymar Untuk Menangi Piala Dunia