Kepala jurulatih Brazil, Adenor Leonardo Bacchi atau nama tersohornya Tite telah mengumumkan skuad rasmi Brazil yang akan berentap di Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar.
Tite memilih untuk membawa 26 pemain maksima seperti yang dibenarkan oleh FIFA yang sebelum ini hanya membenarkan 23 orang pemain sahaja.
Daripada 26 orang pemain yang telah disenaraikan oleh Tite ini, 16 orang pemain Brazil akan mengecap nikmat Piala Dunia buat pertama kali dalam hidup mereka.
Melihat kepada senarai skuadnya, pemain pertahanan veteran Dani Alves mungkin merupakan kejutan terbesar daripada pengumuman daripada Tite ini.
39-year-old Dani Alves will become the oldest Brazilian player at a World Cup ๐ฎ
Djalma Santos previously held the record at 37 years old from the 1966 tournament ๐ง๐ท pic.twitter.com/uEB8kf0bGp
โ ESPN FC (@ESPNFC) November 7, 2022
Pemain pertahanan berpengalaman berusia 39 tahun itu, yang telah membuat 124 caps untuk Brazil, kini bermain untuk kelab Liga MX UNAM.
Dia menyertai rakan sepasukannya Alex Sandro, Danilo dan Alex Telles dalam skuad Brazil.
Penyerang Arsenal, Gabriel Martinelli memotong tang konar apabila turut disenarai walaupun pada awalnya dilaporkan akan terlepas Piala Dunia.
Manakala pemain yang beraksi di Premier League yang turut terpilih adalah Bruno Guimaraes, Casemiro, Fabinho dan Lucas Paqueta.
Roberto Firmino yang cemerlang musim ini dalam memberi mata demi mata kepada Liverpool tidak tersenarai yang pasti mengoyakkan jiwa penyokong Liverpool.
Berikut merupakan senarai penuh skuad Brazil ke Piala Dunia 2022:
Penjaga Gol:
Alisson Becker โ Liverpool (ENG)
Ederson Moraes โ Manchester City (ENG)
Weverton Pereira da Silva โ Palmeiras (BRA)
Pertahanan:
Alex Sandro โ Juventus (ITA)
Alex Telles โ Seville (ESP)
Dani Alves โ Pumas (MEX)
Danilo โ Juventus (ITA)
Bremer โ Juventus (ITA)
รder Militao โ Real Madrid (ESP)
Marquinhos โ Paris Saint Germain (FRA)
Thiago Silva โ Chelsea (ENG)
Tengah:
Bruno Guimaraes โ Newcastle (ENG)
Casemiro โ Manchester United (ENG)
Everton Ribeiro โ Flamengo (BRA)
Fabinho โ Liverpool (ENG)
Fred โ Manchester United (ENG)
Lucas Paquetรก โ West Ham United (ENG)
Penyerang:
Antony โ Manchester United (ENG)
Gabriel Jesus โ Arsenal (ENG)
Gabriel Martinelli โ Arsenal (ENG)
Neymar Jr. โ Paris Saint Germain (FRA)
Pedro โ Flamengo (BRA), Raphinha โ Barcelona (ESP)
Richarlison โ Tottenham (ENG)
Rodrygo โ Real Madrid (ESP)
Vinicius Jr. โ Real Madrid (ESP)
Brazil's World Cup squad is in ๐ง๐ท pic.twitter.com/8mLdulkRSF
โ GOAL (@goal) November 7, 2022
Brazil akan menentang Serbia dalam aksi pembukaan Piala Dunia pada 24 November, sebelum menentang Switzerland dan Cameroon dalam Kumpulan G.
Sebelum ini pemain sensasi Argentina, Lionel Messi menamakan Brazil sebagai antara pilihannya untuk memenangi Piala Dunia di Qatar.
Dan di sebalik prestasi buruk mereka baru-baru ini di bawah Gareth Southgate menjelang kejohanan, penyerang Paris Saint-Germain itu meramalkan England untuk pergi jauh di Qatar.
Messi memberitahu RMC Sport:
โBagi pasukan pilihan, terdapat pasukan besar seperti Brazil, Jerman, Perancis, England dan Sepanyol. Dan saya pasti saya terlupa beberapa.โ
โTetapi jika saya perlu mengekalkan satu atau dua, hari ini saya rasa Brazil dan Perancis adalah dua calon besar untuk Piala Dunia ini.โ
Lionel Messiโs BIG Prediction, not Argentina but โFrance & Brazil favorite to win 2022 FIFA World CUPโ#FIFAWorldCup #France #Brazil #LionelMessi https://t.co/z8SAPa79oA
โ InsideSport (@InsideSportIND) October 19, 2022
Berikut merupakan garis masa yang diberikan FIFA kepada pasukan yang layak ke Piala Dunia 2022 sebagai persediaan sebelum menyenaraikan pemain secara rasmi.
21 Oktober 2022: Senarai skuad sementara di mana seramai 35 sehingga 55 orang pemain boleh di senaraikan.
14 November 2022: Senarai akhir dan skuad rasmi melibatkan 23-26 pemain perlu di senaraikan.
15 November 2022: FIFA secara rasminya akan mengumumkan senarai pemain 32 pasukan yang bertanding di Piala Dunia.
Japan have announced their squad for the 2022 World Cup. ๐ฏ๐ต pic.twitter.com/3IRJcO3dNy
โ DANI APP (@_DaniApp10) November 3, 2022
Setakat ini selain Brazil hanya Jepun sahaja yang sudah mengesahkan skuad rasmi mereka ke Piala Dunia dan pasukan lain hanya mengumumkan skuad awalan atau sementara mereka sebelum skuad rasmi di sahkan.
Piala Dunia akan bermula pada 21 November 2022 dan berakhir pada 18 Disember 2022 di mana pertembungan antara tuan rumah Qatar dan Ecuador akan menjadi perlawanan pembukaaan kejohanan.