Calon Akhir Anugerah Pemain Terbaik Tahunan (PFA)

Musim lalu pasukan terhebat dunia Liverpool menghabiskan Liga Perdana dikedudukan kedua dibelakang Manchester City.

Namun walau gagal menjuarai saingan Liga Perdana, pertahanan kebal Liverpool, Virgil Van Dijk telah diangkat menjadi pemain terbaik tahunan PFA.

Musim sebelumnya juga, Anugerah PFA ini turut dimenangi oleh pemain Liverpool, Mo Salah.

Dua musim pasukan City muncul juara, Anugerah PFA menjadi milik pemain Liverpool, dan kelihatannya musim ini the reds bakal menjuarai Liga Perdana pertama mereka sejak 30 tahun lalu.

Adakah musim ini Kevin de Bruyne atau Sergio Aguero boleh mengenepikan calon dari Liverpool untuk meraih anugerah tersebut?

Berikut senarai calon akhir untuk memenangi Anugerah PFA

Sadio Mane (Liverpool)

Sadio Mane telah diiktiraf pemain terbaik Afrika 2019 selepas mengharungi 1 musim yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Mane kini berada di ambang penghormatan tertinggi dalam kancah saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain dari Senegal ini mungkin tidak sehebat Mohamed Salah dari sudut jumlah jaringan. Salah mencetak 16 gol dan Mane hanya mempunyai 14 jaringan.

Tetapi dari segi sumbangan dan impak yang melibatkan perlawanan besar, Mane lebih baik.

Mane menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Manchester Utd dan juga menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Aston Villa, Wolverhampton, Norwich City, West Ham United dan Bournemouth

6 perlawanan yang melihat Liverpool meraih mata penuh datang dari jaringan kemenangan pemain ini. Jadi anda boleh bayangkan di mana Liverpool jika tiada jaringan pada saat-saat penting itu.

Mane tidak diragui boleh menjadi pemain paling berguna dalam perlawanan penting. Mampu menjadi pemain penting apabila pasukan mahukan keajaiban.

Selain dari 14 jaringan, Mane juga mempunyai 7 bantuan gol.

Sekiranya anugerah pemain terbaik tahunan dijalankan, nama yang tertera pada kad kemenangan berkemungkinan besar adalah Sadio Mane.

Kevin de Bruyne

Kevin De Bruyne mempunyai jawapan bagaimana mahu kembali hebat selepas mengalami kecederaan.

De Bruyne tersisih dalam banyak perlawanan pada musim lepas akibat kecederaan ligamen yang dialaminya.

Satu kecederaan yang difahami ramai boleh mengurangkan impak apabila pemain tersebut kembali pulih.

Namun tidak bagi De Bruyne, beliau kembali mengganas pada musim ini selepas pulih dari kecederaan tersebut.

Pemain Belgium ini muncul dengan 17 bantuan gol untuk Manchester City di Liga Perdana. Statistik terbaik dari 5 liga utama eropah.

Hanya Thierry Henry yang merekod bantuan gol paling banyak dalam tempoh semusim.

De Bruyne mampu memecahkan rekod 21 bantuan jaringan Henry pada musim ini atau pada musim-musim akan datang.

Statistik tersebut hanya menceritakan tentang separuh dari kemampuan De Bruyne. Pemain ini mempunyai kemahiran menggelecek dan hantaran yang sempurna.

De Bruyne turut menghasilkan jumlah peluang untuk menjaringkan gol yang banyak sepanjang musim ini.

Apa yang mengagumkan tentang pemain ini, beliau bukan hanya meletakkan namanya dalam senarai bantuan jaringan dan create chances, namun beliau juga mempunyai 8 jaringan peribadi.

Jaringannya ketika menentang Chelsea dan Newcastle membolehkan pasukan City meraih mata penting.

Tiada pemain tengah lain yang menjaringkan gol lebih daripadanya.

Dengan aksi memukau selepas kecederaan, bekas pemain Wolfsburg ini menunjukkan sifatnya yang luar biasa.

Tiada siapa meraguinya jika pemain ini diangkat menjadi pemain terbaik tahunan.

Mohamed Salah (Liverpool)

Sejak menyertai Liverpool, Mohamed Salah tidak pernah gagal memberi sumbangan kepada pasukannya.

Perbelanjaan £ 37 juta Liverpool bagi mendapatkan pemain ini tidak pernah akan menjadi subjek gagal.

Kecemerlangannya bersama Liverpool menyaksikan banyak rekod telah terhasil darinya.

Salah menjadi pemain penting dalam memacu Liverpool menjadi juara eropah pada musim lalu. Beliau juga menjadi bintang besar dalam pasukan ketika Liverpool cemerlang di liga pada musim ini.

Salah mengumpul 16 jaringan, hanya Jamie Vardy dan Peirre Emmerick-Aubameyang yang berada di depannya.

Pemain Mesir ini juga mempunyai 6 bantuan dalam akaun peribadinya.

Apabila Salah tidak menjaringkan gol atau menyumbangkan bantuan gol, pemain ini masih menjadi menyumbang utama dalam permainan.

Mempunyai deria untuk sentiasa berada dikedudukan yang betul, larian yang merbahaya dan menjadi pakar dalam link-up play pasukan.

Pemain dari Mesir ini juga dalam landasan untuk menjadi salah seorang pemain lagenda di Liga Perdana Inggeris.

Beliau menjadi calon terkuat meraih pemain terbaik tahunan yang ke-2 selepas 3 musim kembali ke liga ini.

Trent Alexander-Arnord (Liverpool)

Terdapat satu situasi menarik oleh pemain yang baru berusia 21 tahun ini.

Beliau lebih layak dicalonkan dalam kategori pemain terbaik secara keseluruhan berbanding pemain muda terbaik tahunan.

Trent Alexander-Arnord telah memenuhi kriteria sebagai pemain utama bukan lagi pemain muda. Alexander-Arnord sentiasa menjadi pemain terbaik jika berada dalam kategori tersebut tanpa mampu dicabar oleh mana-mana pemain.

Dalam kategori itu juga, musim lepas beliau ‘tewas’ kepada Raheem Sterling.

Pada musim ini beliau telah mengumpul 12 bantuan gol. Menjadi angka paling tinggi bagi seorang pemain pertahanan di 5 liga terbaik eropah.

Di Liga Perdana pula beliau menjadi pemain pertahanan pertama yang berjaya mengumpul lebih 10 bantuan gol pada setiap musim berturut-turut.

Bintang muda Liverpool ini mencipta banyak bantuan gol kerana mempunyai deria penglihatan yang tajam, ketepatan hantaran dan mampu membuat keputusan yang baik bila mahu melakukan hantaran.

Terutamanya melibatkan hantaran lintang dan hantaran panjang dari tengah padang. Semua yang dilakukan oleh Alexander-Arnord sudah jauh mengatasi ramai pemain muda dan pemain ini sudah berada sebaris dengan pemain elit liga perdana.

Sergio Aguero (Manchester City)

Kejayaan Sergio Aguero musim ini banyak dipadam oleh prestasi buruk pertahanan Manchester City, jika tidak sumbangan dari penyerang ini kepada pasukan akan menjadi lebih bermakna.

Peledak dari Argentina ini telah menjaringkan 16 gol, kelihatan tidak terlalu banyak tetapi faktor pemain ini banyak mengalami siri kecederaan kecil membataskannya untuk bermain dalam lebih banyak perlawanan.

Nisbah jaringannya masih lagi baik dan Aguero jarang mengecewakan apabila beliau bermain.

Jaringannya telah menyumbangkan 9 mata kepada pasukan secara terus. Tiada pemain lain dalam skuad Manchester City menyumbang lebih dari angka tersebut.

Begitulah Aguero dilihat masih lagi pemain penting walaupun pemain ini akan berusia 32 tahun tidak lama lagi.

Aguero menjaringkan banyak gol pada setiap musim tetapi beliau tidak pernah lagi diangkat menjadi pemain terbaik tahunan sepanjang berada di Manchester City.

Peluangnya agak kecil pada musim ini, namun jika liga kembali disambung peluang untuk pemain ini menjadi calon pemain terbaik tahunan masih ada.

Virgil Van Dijk

Kecemerlangan Liverpool menuju kejuaraan pertama sejak sekian lama terhasil dari kerjasama 11 pemain utamanya. Virgil Van Dijk antara salah satu dari unit itu.

Pertahanan dari Belanda ini merupakan pemain terbaik tahunan pada musim lepas dan Van Dijk berpeluang mengekalkan status tersebut. Hanya Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo yang berjaya mengekalkannya pada masa lalu.

Ia bukan perkara mudah bagi seorang pemain pertahanan untuk menjadi pilihan pemain terbaik dalam anugerah pemain tahunan.

Pada musim ini Liverpool telah merekod lebih sedikit clean sheet berbanding musim lepas. Sementara itu Mohamed Salah dan Sadio Mane telah mencipta impak yang lebih besar berbanding sebelumnya.

Semua pemain ini boleh mencabar Van Dijk untuk menjadi pemain terbaik, walau apa pun pilihan, Van Dijk sudah menjadi pemain pertahanan terbaik di Liga Perdana Inggeris.

Hanya James Tarkowski yang mempunyai purata clearances lebih baik dari Van Dijk, tetapi Van Dijk merupakan pertahanan yang prolifik dengan mencatatkan 4 jaringan dalam saingan liga.

Beliau tidak pernah membuat keputusan yang salah apabila berada di dalam kotak penalti lawan, prestasi beliau tidak pernah menurun sejak musim bermula.

Jamie Vardy (Leicester City)

Leicester City sekali lagi mendapat musim yang baik pada kali ini selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 2016. Pasukan ini berada di 4 tangga teratas dan mampu membawa kembali aksi liga Juara-juara ke Stadium King Power.

Situasi ini tidak akan berlaku jika mereka tidak mempunyai Jamie Vardy. Setakat ini penyerang berusia 31 tahun ini telah menjaringkan 19 gol. Beliau juga pernah memimpin carta jaringan untuk beberapa bulan.

Semakin tua semakin berisi, pemain ini terus menjaringkan gol untuk menggembirakan penyokongnya. Kembali seperti 2016 dimana musim yang menyaksikan Leicester menjadi kisah dongeng Liga Perdana.

Sejak itu beliau sering menjadi antara penjaring terbanyak di liga perdana, bagaimanapun beliau belum meraih anugerah kasut emas.

Jika anugerah kasut emas akan dimuktamadkan sebelum liga tamat, maka Vardy adalah pemenangnya dan jika liga berjaya disambung semula, pemain ini berpeluang besar untuk memenanginya.

Senarai 5 penjaring Liga Perdana Inggeris

19 gol, Jamie Vardy (Leicester City)

17 gol, Pierre-Emmerick Aubameyang (Arsenal)

17 gol, Mohamed Salah (Liverpool)

16 gol, Sergio Aguero (Man City)

15 gol, Danny Ings (Southampton)

BACA:  Premier League 2019/20: Liverpool 4-0 Crystal Palace