Carlo Ancelotti Beri Ucapan Motivasi Yang Berjaya Menaikkan Semangat Pemain Real Madrid

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti telah memberi ucapan yang berjaya menaikkan semangat anak-anak buahnya menjelang aksi perlawanan akhir bertemu Liverpool kemarin.

Real Madrid berjaya menewaskan Liverpool 1-0 ketika aksi dalam perlawanan akhir saingan Champions League di Paris kemarin.

Pengurus dari Itali itu kembali menjadi pengurus Real Madrid buat kali kedua selepas beliau memutuskan untuk meninggalkan Everton pada Julai lalu.

Menjelang aksi sepak mula perlawanan akhir, Ancelotti tampil memberi semangat kepada anak-anak buahnya agar lebih tenang dan yakin untuk turun bertemu Liverpool.

“Ia memerlukan keberanian yang menakjubkan untuk sampai ke tahap ini.”

Jelas Ancelotti pada Jumaat lalu.

“Kita melalui musim yang sungguh hebat pada musim ini dan kita semakin hampir untuk mencapai sesuatu yang besar pada musim ini.”

Beliau kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:

“Kami sangat tenang di kem, saya di sini untuk menguruskan perlawanan dengan pemain senior membantu pemain muda dan ada atmosphere yang menakjubkan dalam skuad dengan mereka semua turut sangat yakin.”

Ancelotti kemudiannya terus menerus menambah lagi keyakinan anak-anak buahnya pada Jumaat lalu sebelum sepak mula perlawanan akhir Champions League di Paris.

Ketika para pemain Real Madrid menjalani sesi latihan akhir, pengurus berusia 62 tahun itu telah memberi arahan kepada anak-anak buahnya supaya berkumpul di tengah-tengah padang di stadium Stade de France.

BT Sport memuat naik video ucapan penuh bersemangat itu yang membantu meningkatkan keyakinan para pemain.

Menurut siaran TV Sepanyol, El Chiringuito, Ancelotti mendedahkan bahawa:

“Apa yang telah kita lakukan sehingga sekarang ia sudah tak penting ketika ini. Jadi esok, kamu kena biasakan diri dengan itu.”

“Kamu semua sudah ada di sini dan kamu perlu nikmati perlawanan terpenting dalam dunia bola sepak. Ia akan jadi sesuatu yang indah, tapi ia memang akan jadi sukar.”

“Perlawanan akhir esok akan jadi seperti satu acara besar. Dan selepas perlawanan, kita semua akan bergembira.”

Selepas tamat aksi perlawanan akhir yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0 berpihak kepada Real Madrid itu, Carlo Ancelotti tampil mendedahkan tentang pandangan beliau menjelang aksi perlawanan bertemu Liverpool itu.

Pengurus dari Itali itu menyatakan yang Los Blancos sebenarnya sudah bersedia dan boleh menjangkakan apa yang akan berlaku selepas itu.

“Saya rasa ia sangat membantu kerana Liverpool merupakan pasukan yang lebih mudah di baca berbanding pasukan lain. Ia kerana mereka mempunyai identiti yang sangat jelas dan kita boleh lakukan persiapan seperti mana yang sudah kami lakukan.”

“Kami tahu strategi apa perlu diambil, jangan bagi mereka ruang di belakang pertahanan yang membolehkan mereka berlari masuk ke situ.”

“Walau permainan bola sepak kami tidak begitu menakjubkan malam ini untuk beraksi di tahap ini. Tapi bermain dari belakang untuk menyerap tekanan mereka sebenarnya bukanlah cadangan yang baik.”

“Kami ada bermain long ball, kemudian ketika mereka menekan di bahagian kami, kami berjaya kawal bola dengan lebih baik terutama pada aksi babak kedua.”

Selepas tamat aksi perlawanan akhir itu, legenda Arsenal, Thierry Henry tampil memberi nasihat kepada Mo Salah supaya berhenti sembang kencang sebelum sepak mula perlawanan.

Henry nasihatkan Salah supaya berhenti sembang kencang

Hasrat Mohamed Salah mahu membalas dendam ke atas Real Madrid sepertinya telah memakan diri beliau sendiri selepas skuad kendalian Carlo Ancelotti itu berjaya untuk sekali lagi menewaskan Liverpool di pentas perlawanan akhir.

Selepas tamat perlawanan tersebut, legenda Arsenal, Thierry Henry tampil memberi nasihat yang berguna untuk bintang Mesir itu supaya tidak mengulangi kesilapan sama berulang kali.

Mohamed Salah dengan yakin dan bersemangat mendedahkan yang beliau sangat berharap agar Real Madrid akan mampu untuk menewaskan Man City dan bertemu dengan Liverpool di pentas perlawanan akhir.

Beliau mendedahkan hal itu sebaik kejayaan Liverpool menewaskan Villarreal di peringkat separuh akhir dan bintang Mesir itu bertekad mahu Real Madrid yang menjadi lawan mereka di Paris.

The Egyptian King itu tanpa berselindung menyatakan yang beliau berdendam dengan Real Madrid dan mahu menebus semula kekalahan mereka ketika aksi perlawanan akhir 2018 yang lalu.

Salah pada ketika itu gagal untuk menghabiskan perlawanan tersebut kerana terpaksa di usung keluar selepas dikasari oleh Sergio Ramos.

Beliau menganggap detik itu sebagai detik paling mengecewakan sepanjang kariernya dan kerana itulah beliau benar-benar bertekad mahu membalas dendam.

Walau bagaimanapun, berbanding berjaya untuk membalas dendam, Salah terpaksa akur untuk sekali lagi dikecewakan oleh gergasi La Liga itu dalam aksi perlawanan akhir musim ini.

Gol jaringan Vinicius Jr pada aksi babak kedua permainan sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada Real Madrid, seterusnya membantu juara saingan La Liga itu untuk menjulang Mahkota Eropah buat kali yang ke-14.

Henry kini tampil memberi amaran kepada Mohamed Salah, supaya berhenti sembang kencang sebelum perlawanan dan mula bercakap selepas berjaya mencatatkan kemenangan.

“Kita dah cakap hal ini banyak kali, ia soal meletakkan bola ke dalam jaring gawang gol. Mereka (Real Madrid) ada satu percubaan tepat dan mereka jaringkan gol.”

Jelas legenda terhebat sepanjang zaman Premier League itu.

“Liverpool ada banyak peluang. Tapi mereka berdepan Thibaut Courtois. Ingat apa saya kata di peringkat separuh akhir, orang tak bagi dia penghargaan yang selayaknya dia dapat. Dia antara salah seorang penjaga gol terhebat dunia dan lebih bagus berbanding Ederson. Dan dia buktikan itu hari ini.”

“Saya selalu kata sesuatu, jangan bercakap sebelum perlawanan akhir. Tewaskan Real Madrid dan kemudian cakap dan katalah, ‘ia misi balas dendam dan segala macam itu’. Ketika kamu bercakap sebelum perlawanan akhir, maka kamu kena menang perlawanan itu.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ancelotti Menyenaraikan Kesebelasan Terbaik Pilihannya